Kerap kita ragu-ragu untuk melakukan sesuatu kerana tidak yakin dengan kemampuan diri. Tetapi pernahkah kita berfikir bahawa tanpa memulakan langkah pertama untuk mencuba maka sepanjang hidup kita tidak akan mengetahui kemampuan sebenar kita sendiri.
Manakala, sebarang hasil dari percubaan pertama kita akan menjadi titik tolak ke arah satu kemungkinan tanpa batasan yang melangkaui jangkauan sesiapa pun. Andainya percubaan pertama tidak memenuhi piawaian yang telah ditetapkan maka ia boleh menjadi sebab untuk kita menilik ke dalam diri untuk mengetahui punca kegagalan. Hasilnya kita akan mencuba lagi sehingga berjaya.
Begitu jua sekiranya percubaan pertama telah membuahkan kejayaan, ia merupakan galakan untuk kita terus berusaha untuk meningkatkan lagi pencapaian ke aras yang lebih membanggakan.
Ternyata sikap berani mencuba tetap mendatangkan keuntungan tidak kira apakah hasilnya manakala takut kepada kegagalan akan mengheret kita ke jurang kerugian yang dalam.
WallahuA'lam.

No comments:
Post a Comment