Monday, 24 May 2010

Saya suka

Kadangkala semasa mendengar radio atau membaca, saya akan tiba2 tersentap dengan penggunaan perkataan tertentu. Mungkin kerana indah, unik atau saja2 tanpa sebarang sebab.

Antaranya yang akhir2 ini saya dengar:

1. meranap: bermakna hancur; runtuh; musnah;

contoh penggunaan:
  1. rumah itu ranap semasa kejadian gempa bumi yang berlaku semalam
  2. Jambatan itu ranap sewaktu banjir melanda minggu lepas.
Boleh tak kita guna untuk meghasilkan kata2 indah?

contoh:

maruah yang ranap:

Akar Bertuah

di hujung terowong
debu syaitan berterbangan

memamah susila menyebar noda

saat demi saat
detik demi detik
meranap maruah

anak bangsa
jenguklah jiwa
aku memohon

bangunlah
bangkit melangkah
menongkah resah

kerna kalian
akar bertuah
pohon masa depan (boleh juga ditukar kepada pohon wawasan)

eehh.. ehh.. sajak lah.. ":)

Layan....

2 comments:

  1. "selaut budi tak mampu menandingi jasamu tuan"

    atau

    " Bulan mengambang penuh, tersangkut di dada langit umpama keronsang bersinar terang.Haba siang masih bersisa, menjarah dingin malam"

    dll...

    banyak lagi kata2 indah dalam bahasa ibunda kita.lembut dan beralas...

    ReplyDelete
  2. puitisnya...

    kan saya dah kata.. banyak batu2 berharga yang masih terpendam tu.. Kalau digilap selalu, pasti akan menyerlah kemerlapnya... :)

    ReplyDelete