"Jangan Bersedih, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia"
Itulah tajuk buku yang saya beli semalam. Sempena Hari Guru, Fatihah merengek dibelikan hadiah untuk dua orang gurunya; guru kelas dan guru pendamping. Setelah berbincang, saya dan suami berpendapat buku merupakan hadiah yang paling sesuai untuk diperolehi dalam jangka masa yang singkat untuk seorang guru.
Sementelah kami juga ingin menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan kami untuk insan yang sanggup untuk membantu mendidik anak-anak kami, akhirnya saya memilih buku yang bertajuk di atas.
Walaupun memang kerap terserempak dengan buku tersebut di rak toko MPH, hati saya tidak pernah tergerak untuk membelek dengan lebih terperinci. Namun kerana berniat untuk membeli sebagai hadiah, saya membelek dengan lebih terperinci untuk memastikan ia sesuai untuk dijadikan hadiah.
Akhirnya saya membeli 3 naskah buku tersebut sebagai hadiah termasuk kepada diri saya sendiri. Saya pasti saya akan memperolehi banyak manfaat darinya, Insya'Allah untuk diri saya sendiri dan mungkin boleh dikongsi bersama di ruang maya ini.
Tajuk Buku: Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Paling BahagiaItulah tajuk buku yang saya beli semalam. Sempena Hari Guru, Fatihah merengek dibelikan hadiah untuk dua orang gurunya; guru kelas dan guru pendamping. Setelah berbincang, saya dan suami berpendapat buku merupakan hadiah yang paling sesuai untuk diperolehi dalam jangka masa yang singkat untuk seorang guru.
Sementelah kami juga ingin menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan kami untuk insan yang sanggup untuk membantu mendidik anak-anak kami, akhirnya saya memilih buku yang bertajuk di atas.
Walaupun memang kerap terserempak dengan buku tersebut di rak toko MPH, hati saya tidak pernah tergerak untuk membelek dengan lebih terperinci. Namun kerana berniat untuk membeli sebagai hadiah, saya membelek dengan lebih terperinci untuk memastikan ia sesuai untuk dijadikan hadiah.
Akhirnya saya membeli 3 naskah buku tersebut sebagai hadiah termasuk kepada diri saya sendiri. Saya pasti saya akan memperolehi banyak manfaat darinya, Insya'Allah untuk diri saya sendiri dan mungkin boleh dikongsi bersama di ruang maya ini.
Penulis: Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah: Muhammad Huzaifah
Penerbit: Al-Hidayah
No comments:
Post a Comment