Tuesday, 11 May 2010

Projek Mega

Nampaknya projek gerai tepi jalan semakin rancak. Begedil habis setiap hari. Dan petang tadi telah ada seorang kakak yang bersedia untuk membekalkan kuih untuk jualan bulan puasa. Dia juga turut bertanya sama ada kami beroperasi sebelah pagi kerana dia sanggup membekalkan kuih untuk kami. Pada mulanya kami memang tidak merancang untuk beroperasi sebelah pagi kerana ketiadaan tenaga kerja.

Tetapi setelah berbincang, saya dan suami mengambil keputusan untuk mencuba beroperasi sebelah pagi sebelum bekerja. Dirancang untuk hari pertama beroperasi pagi pada hari Khamis ini. Produk yang diatawarkan?.. Mihun goreng... Kebetulan Fatihah tidak bersekolah pada hari tersebut kerana cuti peristiwa.. So, would be just nice kerana husband saya tidak perlu menghantarnya ke sekolah dan boleh bertolak ke pejabat lewat sedikit. Pejabatnya terletak berdekatan dengan rumah.

No comments:

Post a Comment