Showing posts with label sastera. Show all posts
Showing posts with label sastera. Show all posts

Monday, 24 May 2010

Sajak Dr Lim Swee Tin

Pagi tadi saya terdengar segmen baca sajak di IKIM.FM. Rasanya ini kali kedua saya terdengar sajak tu. Saya suka sangat pemilihan kata dalam sajak tu. Pelbagai jenis kata dan indah2 pulak tu. Bukan macam saya, balik2 yang tu.. balik2 yang ni... Nampak sangat perbendaharaan kata saya masih terlalu kontang.

Saya tunggu sampai habis. Rupa2nya penulisnya ialah Dr Lim Swee Tin. Tajuknya lebih kurang bunyi nih " Ini Cerita Beranda Rumah Kita". Saya cuba google tapi tak jumpa. Ada terjumpa satu tapi cuma dalam forum. Takut tersilap quote, jadi saya tak berani ambik.

Sebenarnya saya mengkagumi Dr Lim Swee Tin sebelum saya mengetahui siapa dia. Saya pun baru berjinak2 dengan sajak ni. Kira masih mentah sangat. Kalau budak kecik kira baru masuk taski.

Sebelum tu saya terlihat wajah dan aksi Dr Lim Swee Tin semasa beliau mendeklamasikan sajak2 berunsur patriotik di televisyen. Saya tidak mengenalinya tapi terpana kerana seorang bukan Melayu begitu fasih dan bersemangat mendeklamasikan sajak berbahasa Melayu.

Apabila saya mula mendekatkan diri dengan penulisan sajak, saya beli banyak buku2 puisi dan penulisan sastera. Sedikit demi sedikit saya mula berkenalan dengan pelbagai nama bijak pandai dalam dunia puisi. Rupa2 nya lelaki yang saya pernah tengok dan kagumi itu merupakan salah seorang Otai Sajak. Patut la gayanya begitu.

Dalam simpanan saya sekarang ada beberapa buku sajak tulisan Dr Lim Swee Tin. Petang nanti saya nak tengok balik, mana tahu ada sajak tu. Kalau tak, maknanya bermulalah satu lagi pencarian dalam hidup saya.

Hmm... Salam....

Tuesday, 11 May 2010

Rozais AL-Anamy

Saya membaca ruangan Sastera Budaya 9 Mei 2010 artikel Diskusi karya antara wilayah. Di situ turut dipaparkan gambar seorang penulis wanita yang karya beliau turut diperkatakan dalam diskusi tersebut.

Wajahnya menarik perhatian saya kerana saya pernah melihat wajah seiras wajahnya semasa saya menuntut di UIA hhmmm berapa tahun yang lepas yek?.. saya kira jap... tahun ni 2010, saya grads 1996.. jadi paling-paling pun 14 tahun yang lepas.

Saya cuba google nama beliau dan terjumpa blog ini; http://rozaisalanamy.blogspot.com/. Berdasarkan maklumat di blog tersebut beliau berasal dari kelantan. Sewaktu di UIA dulu memang saya mengenali ramai pelajar Kelantan dan kelompok pelajar kelantan kerap merupakan di antara kelompok terbesar di IPT (berdasarkan pengalaman saya dan bukannya pendapat yang telah disokong dengan kajian terperinci).

Sekiranya betullah penulis ini memang sebenarnya orang tersebut, dia tetap takkan mengenali saya sebab orang tu memang bukan dalam kelompok kenalan saya. Cuma kenalan kepada kenalan kepada kenalan bla... bla.. bla...

Janganlah kata saya nak menempel orang terkenal pulak ye.... Tapi di sini saya nak berkongsi yang blognya memang menarik menurut pandangan saya dan dicadangkan untuk dimasukkan dalam senarai blog untuk dilawati.