Friday, 21 May 2010

Belajar tukar Header lah pulak

Jumaat yang berkunjung menandakan hari terakhir bekerja untuk minggu nih. Selalunya saya rasa sayu pada waktu ni kerana bagi saya, datangnya Isnin seterusnya saya tidak akan berpeluang untuk bersua kembali dengan minggu ini. (Apa saya tulih nih?... :)

Sebab tu lah, pada waktu-waktu kecemasan ni, saya akan cuba abadikan sesuatu untuk ingatan saya di masa depan. Jadi kali ni saya abadikan kenangan itu melalui pengalaman pertama saya buat Header blog ni. Saya pilih warna merah lagi. Okay tak?...

Sebelum buat, takut juga nak cuba. Takut format lari habis. Tapi kalau tak cuba, tak tahu setakat mana kita boleh buat. Betul dak?.. Bila dah buat, cuba sikit2 ikut arahan, ALhamdulillah, selamat.

Jadi..


Selamat menikmati hujung minggu dan pilihan dekorasi blog saya untuk kali nih...

Salam....

No comments:

Post a Comment