Sunday, 30 May 2010

Seekor burung kecil

Seekor burung kecil terbang masuk ke dalam sebuah kedai makan.

Mungkinkah dia menganggap rezekinya ada di situ? Sama seperti pengunjung2 lain yang sedang menikmati sarapan mereka di situ.

Tiba2 dia melayang jatuh ke lantai.

Ahh.. burung kecil..

Di sini kau tidak menemui rezekimu. Mungkin sudah tersurat ajalmu tiba semasa mereka sedang menikmati hidangan.

Dan kipas siling masih ligat berpusing.

No comments:

Post a Comment