"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri".
Lirik di atas merupakan lirik yang sinonim dengan kehidupan rumahtangga. Pasti ramai yang bersetuju dengan hakikat ini.
Betapa eratnya hubungan sepasang suami isteri pasti sekali-sekala terdapat silap faham atau perbezaan pendapat di antara mereka. Tak tahulah pulak saya kalau ada pasangan yang memang tak pernah langsung berbeza pendapat. Bagi saya kalau sampai tahap macam tu, boleh saya anggap pelik.
Bukan saya dengki atau iri hati dengan pasangan "bahagia" macam tu, tetapi Islam sendiri pun mengiktiraf perbezaan pendapat kerana ia boleh menjurus kepada peningkatan mutu.
Sebenarnya saya bukanlah nak berceloteh pasal motivasi rumahtangga dalam entri ni. Sebaliknya saya ingin menyentuh mengenai isu pembantu rumah.
Apa yang saya nak kaitkan dengan tajuk itu ialah bagai mana seerat hubungan suami isteri pun ada masa "kelabu"nya apatah lagi hubungan majikan dan pembantu rumah. Tetapi janganlah jadikan ia sebab untuk kita melayan pembantu secara kurang wajar.
Akhir-akhir ini negara heboh dengan isu pembantu rumah mesti diberi cuti sehari seminggu. Walaupun hanya mengaitkan pembantu rumah tetapi isu ini mendapat perhatian ramai kerana kebanyakan keluarga di Malaysia bergantung rapat dengan perkhidmatan mereka.
Jelas sekali dengan cara hidup masyarakat kini di mana isteri turut keluar bekerja, pembantu rumah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Senario ini juga berlaku dalam diri saya.
Sebagai seorang isteri dan ibu yang bekerja, saya amat memerlukan bantuan seseorang untuk memudahkan penjagaan anak-anak semasa saya dan suami keluar bekerja. Jadi bagi saya, pembantu rumah merupakan faktor kritikal untuk memastikan saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri, ibu dan pekerja dengan baik.
Lantas saya berpendapat adalah wajar bagi saya untuk memastikan pembantu rumah sentiasa menjalankan tugas dengan ikhlas dan baik dengan cara menjaga kebajikan mereka.
Isu sama ada pembantu rumah layak menikmati cuti sehari setiap minggu itu, maka terpulanglah dengan pihak majikan pembantu itu sendiri untuk berfikir.
Dia sendiri sebagai pekerja adakah berasa adil sekiranya majikannya di pejabat tidak memberinya kemudahan bercuti dalam masa dia berkhidmat? Atau bagaimanakah perasaannya sekiranya ketua pejabatnya sentiasa menaruh syak wasangka terhadap setiap perbuatannya sepanjang melaksanakan tugas rasminya?.
Saya bukanlah nak membela golongan pembantu rumah tetapi biarlah sekali-sekala kita menanggalkan "topi" majikan dan meletakkan kita di tempat mereka.
Malahan dari sudut pengurusan strategik sumber manusia sendiri pastinya pakar pengurusan akur bahawa sumber manusia yang diberi kepercayaan dijangka akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti keseluruhan sesuatu organisasi.
Jadi.. Renung-renungkan.. (Pinjam tagline Prof Izi)

No comments:
Post a Comment