Hari Kedua:
Pagi nih lewat sikit bangun sebab Asiah kurang sihat dan merengek sepanjang malam. Tak dapat tido.. setiap kali nak tido Asiah tarik rambut. Kalau kita bangun temankan dia, tak pulak dia merengek... Lepas sapu vicks kat kaki, dada dan baju depan barulah Asiah nyenyak.
Waktu nak bangun, rasa tak berbaloi nak pergi berniaga sebab belum ada pelanggan. Tapi saya kuatkan hati. Sekali melakukan sesuatu, kita perlu teruskan.. Itu memamg telah menjadi prinsip setiap perancangan kami suami isteri... Sebab tu lah kalau nak mulakan sesuatu kami memang fikir panjaaaaaang sangat. Sebab kalau dah mula kena teruskan walau apa yang dihadapi.
Jadi hari ni terus jugak berniaga dan dari sudut positif ada peningkatan kerana kami dah ada dua produk. Satu mihun saya dan satu lagi burger sosej adik saya. And here is the good news... Saya ada pelanggan hari nih.. Burger sosej laku sebungkus dan saya dapat la komisyen... Betapa berharganya setiap produk yang berjaya dijual oleh seorang penjaja walaupun laku hanya sedikit.
Jadi, hari ni saya telah memperoleh pengalaman baru...
Yaa... kita mesti teruskan.. sukses... :)
Salam..

No comments:
Post a Comment