Tuesday, 25 May 2010

Gigih Suami, Kasih Isteri

Huzairie dianugerah Guru Cemerlang OKU Kebangsaan
Berita Harian, Isnin 17 Mei 2010
Muka 6

Hati saya tersentuh dengan kegigihan si suami dan kasih si isteri yang dipaparkan oleh berita ini.

Sang suami seorang guru OKU yang lumpuh akan datang awal ke sekolah seawal 7 pagi dan akan mengengsot naik tangga bersendirian kerana tidak mahu menyusahkan orang lain termasuk isterinya sendiri. Kelas beliau terletak di tingkat 2.

Si isteri pula setiap hari membantu suami dengan mengangkat kerusi roda suami ke kelas di tingkat 2. Si isteri juga akan menemani suami sehingga pukul 7 malam bagi menyelesaikan segala aktiviti sekolah bersama murid-murid.



Daripada sketsa kehidupan yang ringkas ini sebenarnya terlalu banyak pengajaran yang boleh kita cedok darinya.


1. Kita mampu untuk mencapai cita-cita berbekalkan usaha dan kegigihan. Tiada alasan untuk tidak berjaya dalam hidup.

2. Keikhlasan merupakan perencah utama dalam rumahtangga. Walau dalam kesukaran apa sekalipun, keikhlasan dalam perhubungan mampun mengatasi sebarang cabaran rumahtangga.

3. Tiada istilah Orang Kurang Upaya. Golongan ini merupakan golongan istimewa yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental luar biasa. Mereka mampu berada seiring malah kadang2 lebih maju dari golongan yang lebih sempurna.

Justeru, mereka adalah Orang Lebih Upaya. Mereka hanya menjadi kurang upaya kerana tidak dibekalkan dengan infrastruktur atau kemudahan yang bersesuaian dengan keadaan mereka.

4. Profesyen guru amat murni. Jadi, jangan sekali-kali dicemari oleh sikap "manusia" yang berperangai "bukan manusia" sama ada dari pihak yang mengajar dan yang diajar.

5. Dah.... Letih dah... :)

Salam..

No comments:

Post a Comment