Wednesday, 26 May 2010

Kartun Hagemaru

Semasa menjenguk blog yang saya ikuti, perhatian saya dicuri oleh sebuah artikel mengenai Siri Kartun Hagemaru.

Kalau nak dikira memang anak2 saya suka tengok citer ni. Dulu saya pandang dengan ekor mata je dan tak suka sangat dengan nilai-nilai yang ditunjukkan dalam cerita tersebut terutama sikap kedekut yang diamalkan oleh keluarga Hagemaru terutama ibunya.

Namun, suatu hari saya mula memberi perhatian apabila suami saya "ter"menonton siri tersebut dan sukalah pulak dia. Katanya, cerita tu mengajar kita berjimat-cermat. Jadi, bila saya terjumpa anak2 sedang tengok Hagemaru, saya pun duduk la sekali. Nak tengok siri Hagemaru ni macamana sebenarnya.

Bila dah tengok betul2 memang kelakar. Sebenarnya Hagemaru ni kisah seorang budak yang dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang berjimat melampau hingga masuk ke dalam kategori kedekut.

Sebagai contoh dalam satu siri tu sabun di tandas sekolah Hagemaru kerap habis disebabkan Hagemaru bawa balik untuk diberi kepada emaknya. Jadi guru sekolah pantau setiap kali Hagemaru masuk tandas.

Tau tak Hagemaru buat apa?.. Dia sabun kan tangan dia banyak2 dan lepas tu biar sabun tu kering kat tangan dia. Dia bawa balik dan tunjukkan kat emak dia. Lepas tu emak dia pegi kikis sabun tu untuk buat serbuk sabun. Ha... tak ke bijak tu..

Sebenarnya, memanglah kedekut tahap melampau, kan.... Tetapi pada pendapat saya mesej yang disampaikan dari siri tu sebenarnya ialah untuk kita mengamalkan sikap berjimat cermat. Cuma kalau disampaikan dengan cara biasa, bosanlah pulak penonton terutamanya kanak2.

Jadi dia buatlah pendekatan melampau untuk menarik perhatian penonton. Lagi satu, kalau kita perhatikan betul2, banyak benar cara2 penjimatan yang boleh kita ambil contoh yang ditunjukkan di dalam siri tersebut yang pelik2 dan kreatif tetapi tak pernah terfikir dek akal kita.

Kesimpulannya, sekiranya kita menonton siri tersebut dengan lensa positif, tidak mustahil ia berupaya membantu kita memikirkan langkah berjimat-cermat yang boleh diamalkan. Tapi dengan syarat, cari yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Salam...

3 comments:

  1. pernah tonton siri kartun nie, bila mana ibu Hagemaru menyeterika baju Hagemaru ke ayahnya (lupa dah) dengan menggunakan periuk panas yang di atas dapur.memang berjimat cermat terlampau laa...

    ReplyDelete
  2. yep.. satu lagi yang kelakar, hagemaru ambik bahagian lompat galah dan bawak galah tu balik rumah untuk mak dia sidai baju.. :)

    ReplyDelete
  3. hehehehe...sejak tak da astro..nama hagemaru kian pudar dimulut anak-anak..

    ReplyDelete