Assalamualaikum wb...
Akhir2 ni memang saya "ketagih" buat sudoku. Kalau dulu saya tak pandang pun Big Book of Sudoku yang suami belikan, sekarang asyik mengadap buku tu je. Dalam tu memang banyak sangat Sudoku dari pelbagai peringkat; yang paling senang hingga yang paling sukar. Tapi yang tak seronoknya, buku ni tebal sangat. Tak sesuai nak dibawa ke mana2.
Jadi malam tadi, bila keluarga singgah di MPH, saya beli dua buah buku Sudoku; yang susah dan yang sukar (Hard and Diabolical).
Bila dah kerap sangat mengadap Sudoku ni, saya terfikir pulak satu perkara.
Nikmat buat Sudoku ni ialah bila kita mengahadapi kesukaran semasa nak selesaikan Sudoku tu. Kalau kita dah selalu buat, mesti kita dah tak rasa seronok kalau buat yang peringkat mudah. Makin sukar, makin seronok. Dan yang paling seronok ialah bila kita berjaya selesaikan Sudoku yang sukar tu.
Namun sebaliknya, keseronokan tu takkan lama, dan seterusnya kita akan mula nak selesaikan masalah yang seterusnya. Dan proses itu akan berulang- ulang.
Kenapa agaknya ya, kita suka kepada kesukaran atau dalam erti kata lain "cabaran"?.
Saya sendiri tak tahu jawapannya. Tapi saya rasa proses menyelesaikan masalah Sudoku tu sebenarnya tidak banyak bezanya dengan proses kita menangani cabaran kehidupan kita sendiri.
Justeru, setiap kali kita terserempak dengan cabaran2 dalam mengharungi kehidupan seharian, janganlah mudah berputus asa. Selesaikan satu persatu, kerana suatu hari nanti bila semua telah kembali tenang seperti sedia kala, kita akan menoleh ke belakang dan tersenyum kerana kita telah berjaya mengatasi cabaran- cabaran itu, dan itulah nikmat kehidupan.
Wallahu a'lam...
Sunday, 16 October 2011
Friday, 14 October 2011
Sabar....
Assalamualaikum wb..
Kejadian yang berlaku ke atas blog saya pada hari ni benar2 menguji kesabaran saya, dan memaksa saya untuk membuat keputusan drastik.
Saya pindahkan blog saya ke url baru dan terpaksa meninggalkan Follower saya. Saya dah tinggal pesanan ringkas di blog lama. Jadi, sesiapa yang masih berminat nak Follow saya, maka mereka berpeluang untuk mencari blog baru saya.
Setakat ni, "rumah baru" saya masih haru-biru. Masih tak de semangat nak hiaskan. Nanti2 lah...
Nak cerita panjang pun malas...

Wednesday, 12 October 2011
Kemaskini semasa
Assalamualaikum wb...
Pagi tadi Maryam menduduki peperiksaan pemilihan kemasukan ke Tahun Satu.
Habis periksa kami pergi makan roti kering dan sup di Delifrance.
Pencuci mulut pulak ialah Black Forest. Sengaja bawak budak2 joli sikit, nak pujuk Maryam yang baru lepas memerah otak jawap kertas periksa. Tengok dalam gambar kedua tu, siap dipeluk cikgu lagi sebab menangis.
Balik rumah semua dah letih. Tiba2 nenek telefon kata nak hantar bubur. Rupanya, baby Suhaib yang hantar, dalam perjalanan nak pergi shopping.
Setakat ini dulu.
Nota penulis: Entri ini dibuat pada Sabtu lepas tapi menghadapi masalah masa nak publish.

Sedang membaca doa sebelum memasuki dewan peperiksaan |
Yang berkepit dengan cikgu bertudung purple tu adalah Maryam. Tak nak masuk dalam barisan. |
Habis periksa kami pergi makan roti kering dan sup di Delifrance.
Dah happy.. Tak ingat dah nangis2 tadi... :) |
Pencuci mulut pulak ialah Black Forest. Sengaja bawak budak2 joli sikit, nak pujuk Maryam yang baru lepas memerah otak jawap kertas periksa. Tengok dalam gambar kedua tu, siap dipeluk cikgu lagi sebab menangis.
Sedapnya Black Forest... |
Balik rumah semua dah letih. Tiba2 nenek telefon kata nak hantar bubur. Rupanya, baby Suhaib yang hantar, dalam perjalanan nak pergi shopping.
Comelnya Baby Suhaib... Mata pun dah tak nampak dah... |
Setakat ini dulu.
Nota penulis: Entri ini dibuat pada Sabtu lepas tapi menghadapi masalah masa nak publish.
Tuesday, 11 October 2011
Ia akan tiba
Kian jauh perjalanan kehidupan
kian sayup pesanan kematian
hingga kita terlupa
ia akan menjelma
tanpa diduga
tanpa bisa diteka
saat dan ketika
hanya kita harus bersedia
menyambutnya dengan rela.
Latih tubi 11/10/2011
kian sayup pesanan kematian
hingga kita terlupa
ia akan menjelma
tanpa diduga
tanpa bisa diteka
saat dan ketika
hanya kita harus bersedia
menyambutnya dengan rela.
Latih tubi 11/10/2011
Monday, 10 October 2011
Rezeki Jangan Ditolak
Musuh jangan dicari....
Assalamualaikum wb...
Ada sapa nak bergaduh ka?..
Tak de lah...
Sebenarnya saya memang betul2 sedang lapar tapi alang2 nak pegi minum. Takut nanti dah tengahari terlalu kenyang pulak untuk makan bekal.
Sedang saya sibuk2 intai bekas makanan ringan kat atas meja (yang dah tinggal serdak), tiba2 seorang rakan kerja masuk bawa kotak yang ada gambar KFC.
Rupa2nya dia belanja sebab kontrak perkhidmatannya disambung untuk setahun lagi. Patut lah saya tengok dia dah ke hulu ke hilir kat pejabat dua tiga hari ni.
Alhamdulillah, seketul ayam memang cukup2 je untuk mengalas perut sehingga pukul satu nanti. Ke, kenyang sampai ke petang?... :)
Apa2 pun, saya nak mula dah ni...
Allahumma barik lana, fi ma razaktana, wa qina 'azabannar....
Ameen....
Sunday, 9 October 2011
Dia datang...
Assalamualaikum wb....
Hari ini kehidupan saya kembali normal.
Hampir empat bulan saya dan suami menjadi "super parents".
Semenjak pembantu saya berhenti pada pertengahan bulan Julai lepas, urusan rumah tangga dikongsi bersama di antara saya dan suami. Anak2 pula dihantar sama ada ke rumah mak saya atau mak mertua (terima kasih ibu2 ku semua). Kadang kala, kalau cuti, adik ipar saya akan menjenguk ke rumah membantu mengemas mana yang patut.
Dulu, sewaktu bulan Ramadhan, saya sibuk menyiapkan pakaian raya keluarga. Jadi, kebanyakan kerja rumah dibantu suami sepenuhnya. Malahan, mengemas untuk raya pun dibuat oleh suami. Di dapur pula kami bergilir. Saya buat persiapan berbuka dan suami buat persiapan sahur. Saya dah masukkan semua makanan ke dalam bekas dan suami cuma tinggal keluarkan dari peti sejuk dan panaskan dalam mikrowave.
Sebaik sahaja selepas raya, suami sambung belajar separuh masa. Jadi, dia dah tak boleh tolong sangat. Kena buat tugasan kuliah dan hadiri perbincangan kumpulan. Masa ni, saya pulak ambil alih semua kerja rumah. Tapi Alhamdulillah, kali ni tak lah sekelam- kabut sangat sebab dah pernah lalui benda yang sama sebelum ni. Minda pun dah bersedia awal dengan pelbagai kemungkinan.
Dan puncak cabaran ialah bila saya baru saja turun kerja selepas bercuti panjang untuk Ramadhan dan Raya, terpaksa ambil cuti mengejut pulak sebab Maryam dan Asiah dijangkiti HFMD. Takkan nak tinggalkan anak2 yang tak sihat kat rumah mak/ mak mertua. Bukannya senang nak jaga budak2 yang enggan makan sebab ulcer kat dalam mulut. Yang ni saya dah buat entri sebelum ni.
Sebenarnya dalam kesibukan dan kelam- kabut tu, saya belajar banyak benda. Dari seorang yang tak kenal sangat dengan dapur, saya cuba belajar sikit2 dan ternyata saya tak de lah "buta dapur" sangat. Kali ni kami lebih banyak makan di rumah. Saya dah tahu nak atur masa supaya saya sempat siapkan mana2 yang patut selepas balik dari kerja.
Walaupun tidak lah sesempurna mana, saya puas hati sebab urusan rumah masih dalam kawalan walaupun saya hanya ada masa di waktu malam dan hujung minggu sahaja.
Saya rasa kalau pada suatu hari nanti, saya terpaksa untuk tidak menggaji pembantu rumah, saya rasa saya dah bersedia asalkan ada tempat untuk anak2 menumpang sementara saya berada di pejabat pada siang hari.
Tapi buat masa ni, saya nak menikmati kehidupan "selesa" sementara masih ada peluang menggaji pembantu rumah....... :)
Semalam, pembantu lama saya dah datang bekerja balik kat rumah saya. Jadi, saya tak payah susah2 nak ajar sebab dia pun lebih tahu dari saya selok- belok rumah.
Tapi, tak boleh la lepas tangan habis. Nanti tak lah kelam-kabut sangat kalau masa "itu" tiba...
Haha.. Jangan keliru.. Memang hari tu pembantu saya dah berhenti.. Kenapa datang kerja balik?.. Nanti2 kalau saya ada masa, kita cerita lagi ya...
Sekarang ni, saya nak rehat betul2.. :)

Friday, 7 October 2011
Cerita Sebuah Persahabatan
Assalamualaikum wb...
Semasa saya dalam tingkatan satu (beribu abad yang lampau), saya pernah dipilih untuk menyertai kumpulan nasyid sempena apa entah... Layaklah tak ingat sebab dah beribu abad yang lampau ianya berlaku... Tapi, saya masih ingat lagu yang kami bawa, lagu nasyid berkaitan Palestin. Antara lirik dia;
hhmm... hhmm.. testing.. testing..
one... two... one .. two...
korus:
"Rakyat Palestin terus di......
oleh insan yang bengis
berbagai ragam tindakan kejam
yahudi dan .......
mereka dibuat seperti
binatang sembelihan
dibunuh disakiti
tanpa belas kasihan"
Lagu kedua:
Tak ingat.... Nampak bayang2 je, tapi lirik dia tak jelas...
Sebenarnya saya nak cerita pasal seorang budak ni.. Yang sama- sama nasyid ni. Tapi dia terpilih sebagai salah seorang dari dua orang penyanyi utama. Dia ni kecik aje (masa tu lah), berkulit putih cerah, muka comel aje...Chinese look... Sebelum tu memang saya tak pernah bertegur sapa dengan budak ni...
Pada penilaian saya, dia ni nampak macam sombong sikit.. Serius je mukanya dia kalau bertembung... Lagipun saya tengok, baju kurung sekolah dia macam putih bersih dan sentiasa licin bergosok je. Mesti anak orang berada. Seganlah saya... Rumah saya, bukan setakat nak gosok baju, bekalan elektrik pun tak ada.. Malam2 dapat bekalan tenaga dari sambungan janakuasa kecil dari jiran sekampung. Yang cerita sedih ni lain kali kita buat entri... Kali ni saya nak cerita pasal budak comel yang muka serius ni dulu....
Dipendekkan cerita... Semasa masuk Tingkatan Dua, pihak sekolah buat pengkelasan pelajar. Jadi, pelajar di kelas saya terdiri dari kombinasi pelajar dari pelbagai kelas yang berbeza. Tup, tup saya dan budak comel yang saya panggil A (Bukan nama sebenar) ni ditempatkan di satu kelas. Bukan sahaja satu kelas, malahan satu dorm. Sebab, penempatan dorm dibuat berdasarkan kelas. Kelakar kan... Lepas tu boleh pihak sekolah salahkan pelajar pulak bila tak nak bergaul dengan pelajar kelas lain....
Jadi, saya dan A sekarang telah berada dalam satu geng. Kelas kami dulu di makmal sekolah, jadi duduk kat meja besar makmal tu setiap meja dalam 4 pelajar rasanya. Kami duduk satu meja sebab kawan rapat dia dari satu kelas dulu memang kenal dengan saya. Saya dah tahu dah yang dia tak sombong tapi cuma jenis pelajar serius aje. Tapi dalam geng besar kami dulu, ada pasangan atau pair. A ni geng dengan kawan rapat dia lah, dan saya ada pair saya sendiri. Betul ke istilah pair yang saya pakai ni... Hentam je lah Labu...
Mari kita pendekkan lagi cerita ni. Kami berada dalam satu kelas di sekolah yang sama sehingga tingkatan 4. Saya dan A dan beberapa orang kawan sekelas saya telah ditawarkan untuk masuk tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh kat Klang. Dan yang bestnya, kami berdua dan seorang lagi pelajar lelaki ditempatkan di satu kelas walaupun tak sama bilik. Kat sekolah ni kami dari satu negeri ada 5 org pelajar perempuan dan setiap seorang ditempatkan di 5 dorm yang berbeza. Kejam lah pulak... Dahlah jauh dari keluarga, dipisahkan pulak dari kawan senegeri.
Bermula dari di sekolah ni lah kami mula rapat. Kami duduk satu meja sebab waktu kami masuk sekolah tu, pelajar2 lain dah lama mendaftar. Memandangkan kami duduk jauh dari keluarga, saya dan A sentiasa ke mana- mana bersama. Malahan, kalau ikut kawan balik bercuti pun, kami akan pilih kawan dari negeri yang sama. Malah pernah kami berdua sama2 balik bercuti ikut seorang kakak.
Waktu lepas SPM, kawan- kawan lain masuk tingkatan 6 sementara menunggu keputusan universiti. Yang kami berdua ni, dengan selambanya duduk je kat rumah. Macam konfiden ya dapat masuk U.. Indahnya kenangan... :)... Nasib baik dapat masuk.. Kalau tak, menggagau la... Waktu mak ayah A menunaikan haji di Mekah, A dititipkan sekali kepada mak ayah saya untuk tengok2kan. Dan satu peristiwa yang sampai sekarang A tak boleh lupa, Abah terlibat dalam kemalangan motosikal dilanggar bas semasa dalam perjalanan balik dari menguruskan borang biasiswa A. Ini pun boleh cerita lain kali.
Alhamdulillah kami berdua dapat masuk MAtrik UIA. Sama- sama masuk Kuliyyah Ekonomi. Jadi, dapatlah kami atur semaksima yang mungkin, hampir semua kelas kami sama. Masuk kampus Induk UIA (waktu tu di Petaling Jaya), tahun dua kami sama2 ambil pengkhususan perakaunan. Tapi semenjak keluar dari sekolah lama, kami tidak pernah lagi ditempatkan di dorm/ atau bilik yang sama. Namun ia tak menghalang dari kami berkepit sepanjang masa. Kebetulan lagi sekali kami membentuk geng di UIA dan kami mempunyai satu bilik yang dijadikan pusat oleh geng kami. Jadi, lebih kurang, kami macam sebilik jugaklah.. Dalam erti kata lain, bilik orang bilik kami juga.. Kalau kat uni, istilah yang biasa ialah "squatting". Betul ekk?...
Tahun 3 kami kena buat praktikal. Saya kat firma audit dan A kat BSN. Tapi kebetulan jugak tempat praktikal kami tak jauh. Jadi, setiap waktu rehat Jumaat yang panjang, kami akan menapak untuk berjumpa dan makan tengahari dan meronda sama2.
Ok.. Belum habis lagi coretan saya. Tapi kali ni cerita lepas grad pulak. Waktu semester akhir, waktu orang lain sibuk belajar untuk periksa, saya hasut A untuk cari kerja kt KL. Kononnya cari pengalaman sehingga pesta konvo. Waktu tu, kerja kami pagi petang beli suratkhabar. Bukan nak baca sangat pun, tapi nak tengok iklan kerja kosong. Akhirnya saya dapat kerja kat sebuah syarikat kecil kat Raja Chulan A pulak rasanya dapat lambat sikit, tapi lepas tu dia dapat tawaran kat bank.
Kat KL, kami menyewa dengan tiga orang kawan seuni yang lain kat flat di Sentul. Saya dan A sebilik. Akhirnya, selepas bertahun2 tak pernah sebilik, saya dan A dapat jadi rakan sebilik. Berdua sahaja. Yang peliknya kat sini jugaklah kami pernah "berkrisis" untuk kali yang pertama dalam persahabatan kami. Waktu ni A dah ada kawan istimewa. Sebenarnya semua rakan serumah saya dah ada teman istimewa waktu tu kecuali saya.
Jadi, bila hujung minggu selalunya saya seorang je tinggal kat rumah. Jadi, saya kerap balik ke Uni menjenguk adik junior yang satu geng dengan kami dulu. Walaupun sebilik, saya dan A jarang bertemu muka dan bersama- sama... Seharian di pejabat, dan malam baru sampai ke rumah. Kami bersua malam je. Masa lapang kami jarang sama2. Saya dengan adik2 junior dan adik2 saya sendiri yang masih belajar di Uni, dan dia dengan kawannya.
Sehingga satu ketika saya perasan, kami seolah2 semakin renggang. Fizikal kami dekat, tapi jiwa kami amat asing. Malah, saya sampai terasakan kami tidak lagi berbual kecuali yang amat perlu. Sekali tu, saya boleh perasan, A mengelak dari bercakap dengan saya.
Mulanya saya anggap itu perasan saya sahaja. Tapi pada satu peringkat, saya perasan, bila saya balik dan dia ada di rumah, A boleh memalingkan muka dari saya. Saya rasa sedih sangat. Dah lah kami sebilik. Tapi kami tidak lagi bertegur sapa. Yang peliknya, tanpa pernah bertengkar atau berselisih faham. Tiba2 kami jadi orang yang paling asing di antara satu sama lain.
Satu hari, saya dah tak boleh tahan lagi. Saya memang rasa amat sedih. Saya ingat lagi.. Waktu tu hujung minggu (rasanya) saya baru habis menunaikan solat. Masih dalam telekung lagi. Saya panggil A bersemuka. Jujurnya, saya bukanlah jenis orang yang berani nak berbincang benda yang serius, selalunya saya kalau terasa, saya akan simpan. Biar ia hilang sendiri.
Tapi kali ni, saya tak boleh tahan. Lama dah saya simpan. Saya tertanya2 apa salah saya kalau betul2 lah perubahan sikap tu bukan perasaan saya jer.Kalau saya tersilap sangka, saya nak minta maaf. Saya panggil A. Waktu tu, saya tak boleh tahan air mata. Saya tanya kenapa dia buat saya macam tu. Apa kesalahan saya terhadap dia. Kalau betul2 saya ada buat salah yang saya tak sedar, saya nak mintak maaf.
A pun saya rasa tak sangka saya akan berani bersemuka macam tu. Selama persahabatan kami, memang tak pernah kami bersemuka secara serius macam tu. Dan saya perasan, kami tak pernah berbicara yang jiwang2 macam tu.
Bila saya tanya dengan sedih macam tu, A pun dah mula syahdu Katanya saya tak buat silap tapi dia rasa terpinggir dengan sikap saya. Saya lebih rapat dengan adik2 kampus dan dia rasa diketepikan... Saya terperanjat sangat. Saya tak sangka yang A boleh beranggapan macam tu.
Selama ini, saya sebenarnya rasa rendah diri terhadap A. Dia comel, saya comot. Walaupun pada mulanya saya di depan dari segi pelajaran, selepas itu prestasi A meningkat dengan mendadak berbanding saya. Dia orang berada, saya ada2 jer. Di kampus, dia kerap dijemput menganggotai jawatankuasa penting, saya ni tak de sapa yang perasan kewujudan di mana2 (kononnya).Dia ada teman istimewa yang mengambil berat pasal dirinya, saya lak sorang je. J adi, saya tak pernah terfikir yang dia akan berasa terpinggir walau apa yang saya lakukan.
Walhasil, kebaikan dari kejadian tu, kami mula melihat diri masing2 dari perspektif yang berbeza. Saya lebih menghargai diri saya dan persahabatan kami dan A pula lebih memahami sikap saya. Habis sessi bersemuka tu kedua- dua kami memohon maaf sambil menangis. Tapi lepas tu, kami cuba berhubung seperti biasa walaupun sedikit kekok. Tapi tak lama.. Lepas tu kami dah ok.
Ok. Biar saya habiskan.
Kenapa saya buat entri ni?. Minggu lepas saya terima sms dari A yang dia dan suami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah esok hari 8 Oktober 2011. Saya doakan dia dan suami dipermudahkan segala urusan dan dianugerahkan Haji Mabrur.
Untuk A..
Saya amat menghargai persahabatan kita selama ini... Semoga kita bersahabat sehingga ke syurga...AMeen...

Thursday, 6 October 2011
Saya hairan...
Assalamualaikum wb...
Apa yang saya hairankan?...
Tapi kalau saya dah berada di depan komputer dan blog saya pulak berada pada mod "Create Post", tak ada satu pun idea yang muncul....
Tak apa lah... Anggaplah saya tak tulis apa- apa pun...
Wednesday, 5 October 2011
Macam- macam Ado
Assalamualaikum wb..
Akhir- akhir ini saya banyak buat aktiviti "bloghopping". Membaca mana- mana entri yang menarik. Seperti juga aktiviti merayau- rayau di alam nyata, sekiranya tidak dikawal arah, aktiviti merayau- rayau di alam maya juga boleh menyebabkan kita "tersesat".
Kali ini dalam saya "melompat" dari satu blog ke satu blog, saya terjumpa rangkaian blog mengenai kehidupan rumahtangga. Seperti yang kita maklum, selalunya rangkaian blog mempunyai persamaan dari sudut temanya; hobi, cara hidup, Kerjaya dan aktiviti sosial, sekadar menyebut beberapa contoh.
Sehingga sampai satu tahap, saya rasa tak payah dah beli novel atau tengok drama. Layari je blog;

- Hobi: Kraf, Fotografi, Menulis, memasak
- Cara Hidup: agama, bangsa,
- Kerjaya: Jualan langsung, perniagaan atas talian,
- AKtiviti sosial: Pertubuhan kebajikan, Kegiatan sukarela, ibu tunggal
Sehingga sampai satu tahap, saya rasa tak payah dah beli novel atau tengok drama. Layari je blog;
"MACAM- MACAM ADO"
Nota Penulis: Ini adalah entri berjadual.
Tuesday, 4 October 2011
Suatu perkenalan...
Assalamualaikum wb...
Pada suatu ketika, saya pernah bercita- cita untuk menjadi penulis rencana. Saya mula membeli buku yang berkaitan dengan bidang penulisan. Justeru, apabila terbaca bahawa satu bengkel penulisan kreatif dan rencana akan diadakan di bandar kecil tempat kami menetap waktu itu, saya menganggap ia satu rahmat.
Saya memang amat teruja kerana bukan mudah untuk berpeluang menghadiri bengkel seperti itu yang selalunya dianjurkan di bandar- bandar besar sahaja. Namun, pada sessi pengenalan bengkel, saya mula diterjah kecewa. Memandangkan masa yang singkat ( dua hari), pihak tenaga pengajar merasakan untuk meneroka kedua2 topik (kreatif dan rencana) dalam satu bengkel adalah tidak berbaloi.
Jadi, akhirnya undian angkat tangan telah dibuat untuk menentukan topik mana yang perlu diteruskan dan menggugurkan satu lagi topik yang kurang mendapat sambutan. Dalam sebuah bilik yang dihadiri oleh sekitar 30 orang peserta, hanya satu tangan sahaja yang menyokong untuk memilih penulisan rencana iaitu tangan saya.
Memang tragis. Saya menangis dalam hati. Inilah satu2nya peluang saya nak belajar menulis rencana dari mereka yang pakar dan ia telah hancur dengan satu undian sahaja. Tapi, memandangkan suami saya pun ikut sekali dalam bengkel tu, saya pun mengambil keputusan untuk terus menyertai bengkel penulisan kreatif (sajak dan cerpen) walaupun dengan suku hati je.
Yalah.. Siapa yang nak belajar sajak dan cerpen?.. Saya memang sah2 dari dulu tak pernah ada bakat dalam sastera ni. Sajak adalah benda terakhir yang saya akan jadikan bahan bacaan saya. Cerpen pun boleh tahan lagi. Tapi bukan sajak.Bukannn...
Tapi, siapa kita untuk menentukan apa yang baik untuk kita. Kita merancang dan Allah juga merancang. Namun Allah lah Sebaik- baik Perancang.
Secara keseluruhannya bengkel yang dijalankan memang menarik. Dua orang tenaga pengajar dari DBP Kuching begitu bersemangat melaksanakan tugas mereka. Bengkel dibahagikan kepada dua bahagian utama; sajak dan cerpen.
Bak kata pepatah; tiada gading, akar pun berguna. Tak dapat belajar menulis rencana, saya buat perancangan kedua. Saya nak belajar menulis cerpen. Sajak?.. Nahi.. Nahi.. Nahi... Saya tak pandai dan tak faham sajak.
Tapi, walau macam tu, semua peserta memang kena hadir semua sessi. Jadi, saya memang kena dengar juga waktu sessi ceramah sajak. Dan ini merupakan kali pertama saya dengar secara serius apakah itu sajak dan bagaimana nak tulis sajak. Dulu kat sekolah memang pelajar aliran sastera, tapi waktu tu belajar sastera semata2 nak lulus periksa, jadi memang tak sampai ke mana lah. Habis periksa, habis lah cerita.
Salah satu latihan yang dibuat semasa bengkel menulis sajak ialah semua peserta dikehendaki mengemukakan sajak masing- masing untuk dibedah. Peserta yang tak ada sajak disuruh menulis sajak dan- dan tu jugak. Benda yang kunun-kununnya sajak tu nanti akan dihantar kepada penceramah dan dia akan cuba analisa sajak untuk pembaikan kat dalam kelas tu juga.
Saya pun buatlah baris- baris rangkap yang kononnya sajak berdasarkan teknik yang telah ditunjukkan penceramah. Saya ingat lagi, saya buat pasal kanak2 yang belajar bertatih yang sering rebah, tapi tak pernah mengalah. Saya samakan dengan proses kehidupan kita yang sering tersilap tapi kita tidak boleh mengalah dan mesti terus berjuang untuk hidup.
Dan saya ingat lagi, "puisi/ sajak" yang saya hentam keromo tu di antara yang dipilih oleh penceramah untuk dibedah. Haih.. Saya kira terkagum lah jugak. Kiranya ada juga lah benda kat situ yang layak nak dikritik untuk penambahbaikan. Dari kritikan penceramah (waktu tu muka saya yang duduk betul2 kat depan penceramah memang dah setebal tembok, walaupun penceramah tak kenal pun sapa yang menulis benda tu) saya mula membuka jiwa saya untuk mengenali dunia sajak dengan lebih intim.
Itulah sajak pertama saya yang saya hasilkan lima tahun lalu (tapi sayangnya saya tak simpan sebab waktu itu saya tak pernah terfikir yang saya boleh buat banyak lagi sajak di masa depan). Dan itulah sejarah perkenalan saya dengan dunia penulisan sajak.
Daripada seorang manusia yang memang seratus peratus jahil sajak, saya memulakan pencarian dan penggalian bakat dari dalam diri saya sendiri. Saya menjadikan diri saya sebagai "bahan eksperimen" sama ada bakat itu diwarisi dari dalam diri atau boleh dipelajari.
Sekarang saya masih lagi "bertatih" dalam menulis sajak dan tahap saya boleh dinilai dari pelbagai tulisan "latih- tubi" di blog ini.
Kesimpulannya, setiap apa yang berlaku kepada kita tetap mempunyai hikmah tersendiri. Mungkin pada masa ia berlaku, kita anggap tidak mendatangkan kebaikan terhadap diri kita. Namun, hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi di masa depan. Jadi, terpulang kepada kita sama ada ingin melepaskan peluang yang lalu di depan mata, atau menggenggamnya sehingga ia mendatangkan kebaikan kepada kita suatu masa nanti.
Wallahua'lam....
Saturday, 1 October 2011
Nasi Tomato di suatu petang...
Assalamualaikum wb...
Baru je siap masak Nasi Tomato berlaukkan Sambal Tumis Udang Dan Ayam Goreng Salad. Maryam sedang khusyuk menikmati hidangan.

Friday, 30 September 2011
Kenapa Blogger?...
Assalamualaikum wb...
Saya mula berkenalan dengan dunia Blogger pada pertengahan tahun 2008.Namun Blogger bukanlah laman sosial yang pertama dan terakhir saya sertai. Pertama, Multiply yang saya sertai sekitar tahun 2006 (rasanya), Facebook pada awal tahun 2009 dan beberapa laman sosial semasa selepas itu. Tapi bila saya mula berblogger, saya terus berhenti menggunakan Multiply. Begitu juga, bila saya mula aktif FB, aktiviti di Blogger saya turut terhenti. Laman2 yang lain seperti Friendster, MySpace dan yang terkini Twitter pula tidak begitu menarik perhatian saya. Setakat menyertai gaya semasa je.
Untuk Multiply memang saya tidak lagi menjenguk tetapi Blogger saya jengah kembali pada pertengahan 2009 apabila "dijemput" Blogger Mys yang menjadi Pengikut Pertama saya. Terima kasih my dear SIL. Sehingga sekarang, saya tetap bersama Blogger untuk mencatat perjalanan kehidupan saya. Facebook pula hanya menjadi jambatan saya kepada kawan2 dan saudara mara serta sebagai Game Port saya. Multiply pulak dah taraf "rumah usang" dah.
Kenapa setia kepada Blogger?.
Sebab saya pemalu... :) Hehe.. Apa kaitan blog2 ni dengan sifat pemalu saya...
Asalnya saya menulis di blog adalah untuk belajar menulis sajak. Dan juga sebagai tempat simpanan benda yang kononnya dipanggil sajak saya itu. Dan saya malu nak paparkan tulisan saya tu kepada orang lain. Kalau kat Multiply dan FB, setiap kemaskini kita akan terus dipapar di Wall kawan2 kita. Tapi sebaliknya, kat Blogger ni, kemaskini kita hanya dipaparkan di Dashboard follower kita jer. Sapa2 yang berminat nak baca saja yang akan "datang" baca. Jadi kemaskini kita takkan membanjiri Wall kawan2 kita seperti di Multiply dan FB. Lagipun, banyak bahan bacaan yang ditawarkan oleh pelbagai blogger di seluruh dunia yang boleh dijadikan panduan hidup seharian saya berbanding dengan FB yang lebih kepada rangkaian bersosial.
Walau macam tu sekalipun, saya sebenarnya tetap teragak2 setiap kali nak kemaskini blog. Rasa macam apa yang saya tulis kat sini hanya "sampah" aje. Tapi, bila ingat balik yang blog ni saya tulis untuk kepuasan diri sendiri tanpa ingin memberi kesan negatif kepada orang lain, saya teruskan jugak. Bagi saya, perjalanan di Blogger ini mewakili perjalanan kehidupan saya. Seperti yang saya nyatakan pada ruang Header blog Usrah Fatihah;
Blog ini adalah Kanvas Kehidupan saya.
Semoga ada bahan tulisan saya yang dipaparkan di sini layak sebagai amal jariah yang akan menjadi "insuran" saya suatu hari nanti walaupun hanya secebis.
Ameen....
Sabar ya...
Assalamualaikum wb...
Tak lama selepas raya lalu suami mula menghadiri kelas secara separuh masa. Kelas diadakan hanya pada hujung minggu dua kali sebulan. Tak macam saya dulu, kelas setiap hujung minggu selama 2 tahun. Sekurang2nya kami masih ada hujung minggu bersama 2 kali sebulan. Tak lah bosan sangat.
Walaupun kelas pada hujung minggu sahaja, tapi tutorial dibuat sekali seminggu.
Sebenarnya saya nak cerita apa ni?. Saya pun tak tahu nak tulis apa, tapi yang pastinya, kalau suami ada kelas hujung minggu atau tutorial malam, kami anak- beranak memang bosan sangat. Rumah rasa sunyi semacam aje.
Bila saya rasa sunyi macam ni, teringat pulak masa kami duduk berasingan semasa saya kembali belajar hari tu. Bila ingat balik, saya rasa bersalah pulak nak
Jadi, sekarang duduk diam2 ya. Kalau rasa bosan, ingat dalam hati, suami kamu lagi teruk dari ni berkorban demi cita2 kamu yang nak menyambung pengajian hari tu. :)
Setakat ini dulu...
Catatan semasa: Anak2 dah bergelimpangan kat ruang tamu bila
Thursday, 29 September 2011
Semerah Cinta Stilleto...
Assalamualaikum wb..
Sekadar mengimbau...
Pernah tidak lama dulu sekumpulan lelaki di Amerika menganjurkan acara jalan kaki dengan berkasut tumit tinggi.
Menurut mereka, ia merupakan satu cara untuk mereka kaum lelaki di Amerika menyatakan sokongan terhadap wanita yang memikul pelbagai tanggungjawab di dalam institusi keluarga khasnya dan di dalam masayarakat umumnya.
Saya tertanya- tanya sendiri. Mengapa mesti kasut bertumit tinggi dijadikan simbol seorang wanita?. Nampaknya saya bukanlah salah seorang dari wanita yang mereka maksudkan, kerana saya tidak memakai kasut tumit tinggi dan tidak pernah selesa berkasut tumit tinggi walaupun saiz ketinggian saya seperti amat memerlukan kasut tumit tinggi. :)
Rasanya banyak cara lain yang lebih dekat dengan golongan wanita yang boleh dijadikan simbol untuk meraikan pengorbanan kaum wanita. Kenapa kasut tumit tinggi yang berperanan utama dalam menonjolkan penampilan fizikal wanita pula yang terlintas di fikiran mereka. Malahan tidak keterlaluan kalau hendak dikatakan bahawa kasut tumit tinggi juga kerap dikaitkan dengan imej seksi seorang wanita.
Apa- apa pun, terpulang kepada kita untuk menilai tahap pemikiran masyarakat yang kerap dianggap sebagai golongan yang bertamaddun dan maju dari segala bidang tersebut.
Bagi saya secara peribadi, seperti satu penghinaan pulak bila mereka menggunakan imej kasut tumit tinggi untuk golongan wanita seolah- olah itu sahaja yang mereka boleh nampak sumbangan golongan wanita. Mungkin ia tepat untuk golongan wanita masyarakat mereka agaknya.
Saya berbangga kerana saya tidak termasuk dalam golongan wanita tersebut.
Salam.

Wednesday, 28 September 2011
Abang cintakan...
Assalamualaikum wb...
Saya bukanlah jenis yang kaki tengok drama sangat. Terutama drama yang bersiri. Memang tak terkejar. Tapi setakat ni, saya "ter"ikut juga Sinetron Nikita yang disiarkan di TV9 dari pukul 5.30 ke 6.30 ptg setiap hari bekerja.
Kenapa saya kata "ter" tu? Sebabnya mula2 tengok cerita ni waktu pembantu saya masih lagi bekerja. Setiap petang balik dari pejabat, memang sedang baik je cerita tu sedang ditayangkan. Waktu tu saya intai2 manja jer, kalau nak tahu lebih, saya tanya je kat pembantu saya. Jimat masa. Tak payah tercongok sejam kat depan TV.
Tapi sekarang pembantu saya dah berhenti, dah takde lah orang nak update status terkini cerita ni untuk saya. Jadi, kalau tak ada hal lain atau kalau saya tak lupa, memang saya "tune in" TV9. Lagi2 sekarang ni kira tengah klimaks kerana Nikita sedang berada dalam dilemma untuk memilih di antara pemuda pilihan hati yang cinta terhalang atau pemuda baik yang menyintainya tapi cuma dianggap sebagai kawan baik sahaja.
Haha... Saya pun tak tahu apa yang istimewa sangat cerita ni, tapi itulah penangan kalau kita dah terjerat dalam drama bersiri. Mesti nak tengok penyudahnya. Tapi siri Nikita ni memang boleh tahan jugak panjang sirinya. Dah 100 lebih episod dah. Tapi saya tengok rasanya bila siri tu dah dekat2 nak ke 100 jugak lah. Selain tu intai2 manja jer. Intai2 manja pun saya memang sangat suka dengan lakonan berkesan Lydia Kandou sebagai emak Nikita yang menghidapi penyakit Alzheimer dan percintaan komedi ala2 "tom and jerry" Dr April dan Vano abang angkat Nikita.
Abang cintakan..."
Apa pulak cerita cinta2 ni?... Sebenarnya ada lagi satu drama TV yang sedang saya ikut sekarang ni. Tapi yang ni ditayangkan dua kali seminggu je. Jadi, boleh tahan lagilah kalau nak jadi penonton setia.
Saya mula tertarik untuk menonton drama Keimanan Cinta ni bila tengok promo yang disiarkan. Watak utama yang lakonkan oleh Jason Chong yang saya "kenali" sebagai pemuda lembut dalam sitkom Fara memang menyebabkan saya nak sangat tengok cerita ni.
Tapi dalam nak tengok pun, tak de nya saya sempat tengok dari mula. Dah memang tabiat saya, jarang tengok cerita2 bersiri dari mula. Tahu tak kenapa?. Sebab, drama2 bersiri kalau mula2 memang sangat2 lah anti klimaks. Jadi, kalau tak tengok pun tak rugi.
Kebetulan waktu hari raya lepas, kita tukar susun atur ruang tamu dan letakkan set kerusi mengadap tv. Kalau sebelum ni, depan tv tu kita hamparkan karpet untuk senang anak2 baring sambil tengok tv. Saya pula malas nak baring2 depan tv kecuali kalau nak tidur je. Dan kalau tengok tv dari jauh (duduk di kerusi), memang kuranglah keseronokannya sebab:
- tak nampak sangat sebab tv kita yang comel jer
- tak dengar sangat sebab kat di antara tv dan kita ada anak2 yang riuh- rendah melepak.
- budak2 selalu berdiri depan tv, jadi memang sangat tak seronok.
Cerita dia saya rasa memang bagus. Pelakon2 pulak memang bawak watak masing2 dengan baik. Fazura seorang gadis muslimah yang tegas telah dengan rela hati menolak lamaran dari Azman, sahabatnya (Yang dia pun memang menyimpan perasaan) demi untuk memenuhi hasrat majikannya (berbangsa Cina) yang ingin menjodohkan Fazura dengan cucunya yang "playboy" dengan harapan cucunya akan berubah apabila memeluk Islam.
Jason Chong yang membawa watak sebagai Alan, seorang pemuda yang "happy-go-lucky" terpaksa mengikut pilihan datuknya dengan harapan akan dapat mewarisi harta kekayaan datuknya. Kiranya drama ni tak delah berat sangat. Mungkin ini juga yang menarik perhatian saya sebab saya memang tak minat sangat nak tengok drama2 yang tragis2.
Sekarang ni jalan cerita memang tengah sedih. Alan yang buat tak kisah je kat Fazura selama ni sebab rasa tak layak berkahwin dengan gadis baik seperti Fazura (mereka berdua hanya mengetahui siapa pasangan mereka semasa nak akad nikah walaupun sebenarnya mereka memang kenal sebab bekerja di pejabat yang sama) mula menyesal dengan layanan dinginnya apabila mengetahui yang Fazura mengidap Leukimia.
Dan semasa di hospital, akhirnya Alan akur dengan perasaannya dan meluahkan harapannya supaya Fazura sembuh semula kerana dia telah mula menyintai isterinya... :)..
Tu yang keluar ungkapan "Abang cintakan Fazura.."... Memang syahdu jugak sebab sebelum tu digambarkan yang dia bahasakan dia dan Fazura "saya" "awak" je walaupun Fazura ia2 je memanggilnya Abang. Tapi pelakon yang bawa watak Fazura tu pun boleh tahan. Berjaya menjiwai wataknya dengan baik. Dia banyak bermain emosi melalui riak wajahnya dan monolog diri sendiri.
Memang berbaloi peruntukkan masa tengok drama ni. Telinga pun rasa selesa je sebab dailog2 yang digunakan teratur dan beradap. Mungkin saya dah masuk kategori veteran kut, tapi saya memang tak boleh terima bahasa sempoi yang kerap digunakan dalam dailog drama masa kini. Mata pun sejuk memandang sebab semua pelakon wanitanya menutup aurat (yang Islam) dan hampir tiada adegan bersentuhan di antara pelakon lelaki dan wanita. Isu pulak memang isu yang saya minati iaitu perbandingan agama dan persefahaman dalam kepelbagaian agama dan bangsa.
Saya bagi drama ni 5 bintang... :)
Salam.
Tuesday, 27 September 2011
Ketinggalan keretapi
Assalamualaikum wb...
Rasanya saya jer yang ketinggalan keretapi dengan new blog interface feature ni. Patut lah saya tengok ramai yang guna fungsi
Alkisahnya.....
Tapi tak pe lah. Bak kata pepatah, "Better Late Than Never"....
Syukur... :)
Thursday, 22 September 2011
Sudoku Frenzy
Assalamualaikum wb..
Semenjak dua menjak ni, seronok pulak main sudoku online. Main online ni lebih seronok dari buat kat buku/ kertas. Tak larat nak padam kalau silap buat kat buku. Dah tu, kalau dah ujung2 tiba2 dicover kesilapan, jenuh lah padam semua lak....
Tapi, kalau kat pc, senang betulkan kalau dah silap buat. Lebih2 lagi kalau ada versi yang boleh buat draft.
Saya akan cuba kongsi laman2 yang menawarkan sudoku online kat entri ni...
1. Sudoku 9x9.com ----> Not Bad, menawarkan beberapa tahap kesukaran yang berbeza, banyak fungsi, tetapi mengelirukan kalau belum biasa.
2. Sudoku Live -----> Kunci masuk nombor dengan papan kekunci, kalau nak daftar skor kena daftar masuk dulu (tak de nya nak daftar), takde fungsi bantuan walaupun menawarkan beberapa tahap kesukaran.
Setakat ini dulu. Nak cari lagi ni...

Monday, 19 September 2011
Ayam Masak Merah
Assalamualaikum,
Saya ada buat catatan saya menyediakan Ayam Masak Merah beserta link resepi dari Chef Hanieliza yang dijamin sedap. Kira happening lah untuk blog saya ni, sebab saya kan tak pandai masak.. :)
Klik kat sini untuk bacaan lanjut.

Wednesday, 14 September 2011
Langkah seterusnya
Assalamualaikum....
Hari ni dah masuk hari ketiga Asiah mengunci mulutnya. Pagi ni Asiah dah mula nampak lemah. Dia dah tak selesa berbaring seperti biasa. Dia menelungkupkan mukanya di hujung sofa. Saya yang merancang nak turun ke pejabat terpaksa bertukar fikiran.
Saya rasa kena ambil tindakan drastik untuk memastikan bahan yang lebih pekat dari susu masuk ke dalam badan Asiah. Saya keluarkan bubur nasi kosong dari peti sejuk dan masukkan ke dalam cawan yang selalu digunakan untuk Asiah minum susu.
Saya campurkan dengan sedikit air panas dan lenyekkan sehingga cair seperti air kanji.
Seperti biasa Asiah kunci mulutnya rapat2. Pada mulanya saya guna cara lembut. Saya pujuk dia untuk buka mulut sendiri tapi dia berkeras tak nak buka mulut langsung.
Jadi, saya terpaksa main kasar. Kalau tidak, tak mustahil Asiah akan dirujuk ke hospital kalau dah terlalu lemah. Saya kuatkan hati dan sudukan sedikit bubur ke dalam mulutnya secara paksa. Bila saya tahan tangannya, Asiah dah dapat baca tindakan saya. Dia mula meraung. Mulutnya yang luas ternganga memudahkan kerja saya.
Tapi bukan semudah itu. Asiah cuba sedaya-upaya untuk meluahkan makanan keluar. Walaupun rasa tak sampai hati, saya terpaksa tinggikan suara supaya Asiah rasa takut.
Taktik saya berjaya. Asiah cuba untuk menelan bubur sedikit sambil menangis. Saya tahu mesti sakit sebab memang banyak ulcer kat hujung lidahnya. Saya kuatkan hati sehingga akhirnya habis bubur secawan kecil. Pada mulanya disuap secara paksa, tapi tak lama lepas tu Asiah buka mulut sendiri walaupun dengan linangan air mata. Rasa syukur sangat bila akhirnya Asiah nak buka mulut sendiri.
Sekarang Asiah dah nampak segar walaupun masih tak nak buka mulut.
Gambar Selepas acara...

Hfmd
Assalamualaikum......
Saya dah dua hari tak ke pejabat sebab Maryam dan Asiah disahkan dijangkiti virus Hand Food and Mouth Disease.
Maryam yang dah berusia 6 thn saya tak risau sangat sebab boleh faham konsep sakit. Asiah pula dah 2 hari tak nak makan. Sepanjang masa dia akan kunci mulutnya. Nak minum susu pun perlu pujuk betul2.

Tuesday, 6 September 2011
Sollatullah Salamullah
Assalamualaikum wb dan salam 9 Syawal 1432 H.
Pastinya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri.
Sepuluh jari disusun, kemaafan dipohon kerana pastinya sebagai seorang insan, saya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan yang mungkin menyinggung perasaan rakan2 sama ada di alam nyata atau di alam maya.
Kemas kini Aktiviti Raya di Sana Sini saya tahun ni:
1. Rasa kurang lengkap sedikit sebab abang sulung (da only boy in da family) dan keluarga tak balik beraya kerana isteri sarat mengandung dan anak nya yang sulung nak ambik UPSR. Sampai tak de selera nak tangkap gambar keluarga yang menjadi agenda wajib setiap raya.
2. Selain dari (1) di atas,memang kiranya saya, suami dan anak2 memang beraya sakan. Mana tidaknya, tiap hari dari raya pertama kami tak duduk di rumah sendiri.
2(i)Hari Raya Pertama berziarah ke rumah keluarga saya, keluarga mertua dan saudara mara sebelah mertua. Dapat la peluang berziarah bersama abang ipar dan keluarganya yang duduk di Miri.
2(ii) Hari Raya Kedua memenuhi jemputan rumah terbuka bapa saudara, kawan sepejabat suami, kawan sekelas Fatihah dan guru kelas Maryam.
2(iii) Hari Raya Ketiga pulak saya dah buat janji dengan adik saya dan keluarga untuk berziarah sekali ke rumah abang dan kakak kepada Abah. Sebelah malam pulak curi masa berziarah ke rumah jiran sebelah. Dapat lah berbual panjang dan bertukar- tukar cerita dengan jiran yang berkongsi bumbung dan dinding tapi amat sukar nak bersua pada hari biasa.
2(iv)Hari Raya keempat sebelah pagi memenuhi jemputan rumah terbuka rakan sepejabat suami dan rumah mak saudara saya. Selepas solat Jumaat pulak dah buat janji dengan rakan karib saya dan keluarga yang menetap di KL untuk berziarah ke rumah beberapa orang rakan- rakan lama satu sekolah menengah. Dalam perancangan cuma 4 buah rumah, tapi akhirnya sampai 9 malam kami berjaya menziarahi 7 buah rumah kawan2. Memang seronok sangat dapat jumpa kawan2 lama yang dah sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing2.
2(v) Hari raya Kelima pergi pulak kenduri sepupu jauh saya kat dewan Hikmah. Seronok sangat tengok kemeriahan di hari raya dan dpt hai hai kat ramai wajah yang dikenali. Balik dari situ pegi pulak rumah terbuka sepupu. Petang pulak berziarah ke rumah adik saya sambil menonton DVD Pirate of Carribean. Malamnya, seorang lagi sepupu jemput makan laksa Penang kat rumah dia.
2(vi) Hari Raya Keenam ni saya dan suami dah rancang awal2 untuk duduk rehat di rumah sebab hari Isnin saya dah nak mula kerja. Tapi sebab semangat raya tu masih menyala- nyala lagi, saya buat cadangan kat suami untuk ajak kawan2 yang dilawat pada raya keempat datang ke rumah makan tengahari. Yalah, kalau dia orang saja2 nak berziarah ke rumah, memang sah jumpa pintu pagar bertutup la. Suami setuju dan akhirnya saya berjaya mengumpul 3 orang kawan dan keluarga datang makan tengahari bertemakan selera kampung; ikan bakar, ikan goreng, ikan masak asam, sayur keladi, ulam pucuk ubi. Turut diselitkan tempoyak dan sayur umbut. Kalau ada kesempatan saya cerita dalam siri lain pulak lah bab ni.
Kata tak nak jalan dah, lepas tetamu terakhir datang (adik saya), kami bergegas pulak memenuhi jemputan emak kawan Fatihah ke rumah terbuka. Saya terjumpa kawan Fatihah dan emaknya waktu beli persiapan makan tengahari tu. Lepas tu bergegas pulak ke rumah adik saya (yang kami dah pegi menonton Pirate of Carribean tu) yang ajak makan nasi tomato dan kari parathanya.
Itulah dia Raya Sana Sini saya tahun ni. Berbesar hati sangat kat suami sebab dengan sabarnya menemani saya berziarah ke rumah kawan2 lama saya dan membantu meraikan kawan2 saya semasa majlis makan tengahari tu. Yang seronoknya, kebetulan mak mertua saya pun datang pada hari sebelumnya "berambeh" dan adik ipar pulak datang pada paginya untuk membantu memasak.
Apa kaitannya dengan tajuk entri kat atas tu?.... Sebenarnya saya nak cerita pasal lagu2 religi dari kumpulan Wali Band dari Indonesia. Sangat sedap lah lagu2nya. Saya mula terdengar lagu2 tu semasa menghadiri rumah terbuka bapa saudara saya. Waktu tu disiarkan program hiburan Wali Band bersama AKem di Astro. Esoknya saya terus beli CDnya dan pasang di kereta. Salah satu lagu yang paling saya gemari ialah lagu Selawat. Cubalah dengar... PAsti anda pun akan terpikat.
Setakat ini untuk kali ni....
Assalamualaikum...

Thursday, 4 August 2011
Perjalanan Ramadhan seorang Maryam
Assalamualaikum wb...
Salam 5 Ramadhan 1432 H.
Kunjungan Ramadhan telah memasuki hari ke 5 dan Maryam masih gigih menjalankan ibadah puasanya untuk kali pertama sepenuhnya.
Saat yang paling dia sukai ialah saat berbuka puasa. Walaupun kami berbuka puasa dengan juadah yang sekadarnya sahaja (mana yang sempat dimasak atau dibeli semasa suami balik dari pejabat), Maryam tetap tidak sabar2 menyambut kedatangan masa berbuka.
Bila dah masuk pukul 6 petang (berbuka pada sekitar 6.55 petang) Maryam mula bertanya sama ada masih lama lagi nak berbuka puasa. Dan sebaik sahaja pengumuman masuk berbuka puasa, Maryam akan menikmati dengan penuh selera apa sahaja yang terhidang di meja. Walhal, sebelum ini Maryam kurang berminat untuk makan terutama selepas pembantu kami berhenti.
Bersahur pun Maryam tidak menghadapi masalah. Saya dari awal telah mengingatkannya untuk memastikan makan banyak supaya tidak lapar semasa berpuasa. Setakat ini Maryam bersahur dengan berselera dan bangun dengan mudah semasa dikejutkan untuk bersahur.
Sebenarnya bukanlah suatu yang mudah untuk mengajar anak berpuasa terutama mereka yang dalam kategori "manja" seperti Maryam. Pada hari pertama dan sehingga hari ini, setiap kali bangun pagi Maryam menangis. Mungkin kerana takut perutnya lapar semasa berpuasa. Cuma menangisnya tidak sekuat semasa hari pertama. Sekarang sudah menjadi rengekan kecil sahaja.
Pukul tiga petang 1 Ramadhan saya menerima panggilan telefon dari rumah. MAryam menangis teresak2. Lapar katanya. Memang saya memahami perasaannya tapi pada pendapat saya, kalau dia dibenarkan berbuka pada kali pertama berpuasa (tahun2 lepas dia dah berlatih puasa sekerat2 hari), dia akan ambil mudah setiap kali merasa sukar berpuasa. Saya call suami dan mintak dia kendalikan situasi tu.
Petang tu balik kerja, saya terus tanya status puasa Maryam. Dia nampak cergas dan ceria jer Alhamdulillah puasanya pada hari pertama berjaya diselamatkan. Malam tu saya berbincang dengan suami. Nampaknya strategi rangsangan semangat perlu dilaksanakan. Kami bersetuju untuk berbuka puasa di luar esoknya.
Jadi, malam tu dah diwar2kan rancangan berbuka puasa di KFC pada esoknya supaya pada hari kedua Maryam akan lebih bersemangat untuk berpuasa. Walaupun bangun pagi masih menangis, tapi Maryam tidak lagi mengadu lapar pada sebelah petang. Dia berpuasa dengan penuh semangat sebab akan berbuka di KFC.
Tapi bila dah berbuka di KFC, kena beli jauh lebih awal sebelum waktu berbuka. Cabarannya pula ialah untuk memastikan Maryam tidak terliur menunggu waktu berbuka. Yang kelakarnya, tak lama selepas makan terhidang di meja, Maryam tanpa "disedari" memasukkan seketul jagung ke mulut. Suami cepat2 suruh dia keluarkan dan berkumur.
Kemudian waktu pengumuman nak masuk waktu berbuka dibuat, dia terlebih dahulu sekali lagi memasukkan jagung tu ke mulutnya. Sekali lagi suami suruh keluarkan semula. Sah ke tak sah, yang penting kita harus bertegas menunjukkan cara berpuasa yang sepatutnya dilalui.
Balik tu kami suami isteri terus buatkan perancangan strategi rangsangan semangat fasa kedua pulak. Pakej rangsangan seterusnya ialah, sekiranya Maryam berjaya berpuasa penuh selama 2 minggu pertama, kami akan berbuka puasa di Secret Recipe. Berpuasa penuh selama selama 2 minggu dalam percubaan pertama memang bukan suatu perkara yang mudah, jadi imbuhannya perlulah suatu yang berbaloi.
Setakat ini, hari ke5 dan misi berpuasa penuh nampaknya berjalan dengan lancar. Semoga Maryam mampu meneruskan perjuangannya supaya kami sekeluarga dapat menumpang merasai imbuhannya... :)
Sehingga kemaskini seterusnya... Insya'Allah.
Selamat Berpuasa.. Ramadhan Kareem...

Monday, 1 August 2011
Sambal Cicah Pelbagai Guna
Salam 2 Ramadhan 1432H.
Sebentar tadi saya berkongsi Resepi Sambal Cicah Pelbagai Guna versi saya sendiri di blog kreatif saya.
Kalau berminat nak tahu dan mencuba untuk membuka selera semasa bersahur, jemputlah menjenguk di sana ya.
Selamat mencuba.. :)

Sunday, 31 July 2011
Maryam Berpuasa
Salam 1 Ramadhan 1432 H.
Hari pertama untuk umat Islam melaksanakan ibadat puasa.
Hari ni Maryam berniat untuk puasa penuh. Pagi tadi sungguh- sungguh dia makan sahur. Malam tadi kami sekeluarga membeli- belah sedikit untuk persediaan berbuka dan bersahur.
Saya sengaja minta suami belikan sirap ros dan susu untuk buat air bandung. Saya tahu Maryam suka minum air bandung. Jadi, bila Maryam tengok macam istimewa jer hidangan untuk orang- orang yang berpuasa ni, biar dia berusaha untuk berpuasa penuh.
Alhamdulillah Fatihah dah tak payah lagi nak dipujuk untuk berpuasa kerana memang dia dah mampu berpuasa penuh dari Tahun 1 lagi. Sekarang saya sedang memberi semangat untuk Fatihah menunaikan Solat Terawikh walaupun tidak berjemaah di masjid. Alhamdulillah semalam dia buat terawih sendiri.
Saya?..
:)...
Semoga Ramadhan tahun ini akan sama2 kita jalani dengan penuh keberkatan dan keinsafan....
Ramadhan Kareem..

Saturday, 30 July 2011
Kesian Mama...
Salam Syaaban 1432H. Menghitung hari menyambut kedatangan Ramadhan Kareem...
Dah dua hari suami bertugas di luar stesen. Sepanjang 11 tahun perkahwinan, ini kali pertama hanya saya dan anak2 tinggal di rumah. Waktu mula- mula kawin, saya dan suami duduk dengan keluarga saya. Bila kami duduk sendiri, waktu tu Fatihah dah lahir, kami dah ada pembantu rumah.
Mula2 saya ingat nak bermalam kat rumah mak, tapi bila mengenangkan projek baju raya satu pun belum mula lagi, saya kuatkan hati duduk sendiri dengan anak2. Malam tadi merupakan malam pertama saya seorang diri jaga anak- anak. Maryam pun perasa benda ni, sampai dia cakap;
Saya tanya kenapa?
Dia jawab dengan penuh simpati;
(Saya tak dapat menahan senyum dah.. :))
Setiap hari adalah lembaran baru kepada kehidupan yang bakal menjadikan kita semakin dewasa.
Alhamdulillah.
Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem...

"Kesian Mama. "
Saya tanya kenapa?
Dia jawab dengan penuh simpati;
"Sebab terpaksa jaga anak2 seorang diri."
(Saya tak dapat menahan senyum dah.. :))
Setiap hari adalah lembaran baru kepada kehidupan yang bakal menjadikan kita semakin dewasa.
Alhamdulillah.
Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem...
Wednesday, 27 July 2011
Who?
Salam 26 Syaaban 1432H.
Hujung minggu lepas, semasa berehat- rehat sambil melipat pakaian (aktiviti wajib sejak tak ada pembantu), saya turut menonton vcd Tinker Bell yang dipasangkan oleh anak2.
Saya tertarik pada satu babak di mana Terence, sahabat baik Tinker Bell sedang meluahkan perasaannya kepada "seseorang". Terence pada masa itu sedang susah hati kerana berselisih faham dengan Tinker Bell. Dia berpendapat Tinker Bell sepatutnya minta maaf terlebih dahulu kerana dia yang memulakan perselisihan faham tersebut.
Sepanjang sesi "kaunseling" tersebut, Mr Owl yang berperanan sebagai kaunselor tidak mengeluarkan sebarang pendapat atau nasihat kecuali 3 kali perkataan "WHO?" yang diluahkan dengan nada yang berbeza pada beberapa tempat ucapan Terence.
Yang menariknya, pada penghujung sesi tersebut, Terence sendiri yang menemui jalan penyelesaian kepada masalahnya iaitu dialah yang sepatutnya memulakan langkah berbaik2 untuk memastikan dia dan Tinker Bell menyambung semula persahabatan. Dia mengucapkan terima kasih kepada Mr Owl kerana telah "membantu" beliau menyelesaikan masalahnya. Dan menurut Terence, terbukti Mr Owl memanglah "seorang" yang paling bijak di tempat itu.
Pengajarannya, untuk membantu seseorang menyelesaikan masalah, tak semestinya kita menghujaninya dengan timbunan nasihat. Memadailah untuk menjadi pendengar yang setia dan melontarkan pertanyaan2 tepat di tempat yang sesuai untuk membantu beliau berfikir dengan lebih rasional.
Siapakan yang lebih bijak untuk menyelesaikan masalah selain dari orang yang menghadapi masalah tersebut?
Wallahua'lam...
Selamat menyambut dan menghidupkan Ramadhan AlMubarak....

Hidup ini terlalu singkat
Hidup ini terlalu singkat
untuk disibukkan dengan
isu kain artis yang carik
dek terpijak semasa malam anugerah,
hidup ini terlalu singkat
untuk disedihkan dengan
pergolakan rumahtangga
lakonan di kaca tv
hidup ini terlalu singkat
untuk debu dunia
yang berterbangan melayang
mengaburkan pandangan
kerana ia hanya jambatan
untuk kita ke akhirat sana
yang pasti kekal
selamanya.
untuk disibukkan dengan
isu kain artis yang carik
dek terpijak semasa malam anugerah,
hidup ini terlalu singkat
untuk disedihkan dengan
pergolakan rumahtangga
lakonan di kaca tv
hidup ini terlalu singkat
untuk debu dunia
yang berterbangan melayang
mengaburkan pandangan
kerana ia hanya jambatan
untuk kita ke akhirat sana
yang pasti kekal
selamanya.
Wednesday, 20 July 2011
Tahu tak kenapa?
Tahu tak kenapa saya buat entri sajak yang ala- ala sedih sebelum ni?
Maryam anak kedua saya memang rapat dengan pembantu saya. Pembantu saya mula bekerja semasa saya mengandungkan Maryam dua bulan dan sekarang Maryam baru sahaja meraikan hari lahirnya yang ke 6 tahun, minggu lepas.
Ceritanya begini;
Sebelum balik kampung pembantu saya dah tinggalkan sehelai baju T. Mulanya saya buat tak kisah aje. Tapi lepas tu saya rasa bersyukur pulak sebab pembantu saya buat macam tu.
Tak payah jauh sangat, masih dalam kereta semasa perjalanan balik dari perhentian bas, Maryam dah bengkak mata menangis.
Lepas tu, setiap kali dia sedih, dia akan peluk baju tu. Malam2 pulak bawak baju tu masuk tidur. Mula2 dulu Maryam sampai pakai baju T tu sebab rindukan pembantu saya.
Saya tak de lah risau sangat sebab saya yakin, Insya'Allah sikit2 Maryam akan belajar hakikat perpisahan tu.
Saya cuma terfikir, seandainya saya pergi dulu dijemput kembali ke Rahmatullah, agaknya anak2 saya mesti menghadapi situasi yang lebih sukar. Dan saya tidak dapat tidak, telah merasa kepiluan yang bakal mereka rasai.
Dan saya berdoa, seandainya masa itu tiba, semoga Allah jadikan kami dari golongan hamba2Nya yang tabah.
Insya'Allah.

Pesan buat puteriku
Suatu ketika
aku akan pergi
meneruskan perjalanan
ke negeri abadi
usah ditangisi anakku
kerana ia suatu yang pasti
kau dan aku akan ke sana
walau masa mungkin berbeza
dan bila saat itu tiba
tiada yang lebih berharga
dari doa ikhlasmu
puteriku yang solehah.
aku akan pergi
meneruskan perjalanan
ke negeri abadi
usah ditangisi anakku
kerana ia suatu yang pasti
kau dan aku akan ke sana
walau masa mungkin berbeza
dan bila saat itu tiba
tiada yang lebih berharga
dari doa ikhlasmu
puteriku yang solehah.
Tuesday, 19 July 2011
Hari ini bertanam jagung
Assalamualaikum wb. dan salam 18 Syaaban 1432H.
Pagi Sabtu lepas kami sekeluarga menghantar "Kakak" ke perhentian bas. "Kakak" bersara setelah bersama keluarga kami hampir 7 tahun.
Daripada seorang gadis belasan tahun, sekarang Kakak telah menjadi isteri orang. Dalam erti kata lain, Kakak dewasa di depan mata saya.
Saya amat bersyukur sebab akhirnya penghujung kepada perhubungan kami adalah penghujung yang positif. Bukan tak pernah kami bermasam muka. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita yang duduk sebumbung.
Seingat saya, pernah sekali dia merajuk kerana gurauan saya. Hanya memerap di bilik dan panggilan anak2 pun tidak dilayan. Waktu tu 4 tahun yang lepas. Saya kesihan kat anak2 yang menangis sebab tidak dilayan. Terus saya cakap kat dia kalau dah tak nak duduk dgn keluarga saya, cakap terus terang. Saya akan hantar dia balik. Dalam merajuk tu dia menjawap tak nak berhenti. Sejak tu saya berhati2 dalam bergurau supaya tak menyinggung perasaannya. Dan dia juga belajar untuk lebih memahami sikap saya.
Selain dari tu, ada juga perkara2 remeh -temeh yang saya kurang senang mengenainya dan mungkin juga sikap saya yang dia kurang senangi. Tapi saya mengambil pendekatan positif. Mana ada manusia yang sempurna. Selagi kita bersedia untuk membuka minda dan bertolak ansur, Insya'Allah semua perkara akan dapat diselesaikan.
Kalau dia mula menjejak kaki ke rumah saya 7 tahun lalu hanya sebagai seorang pembantu, tapi bila dia melangkah keluar pada Sabtu lepas, dia pergi sebagai seorang keluarga.
Mungkin suatu hari nanti, ingatannya terhadap kami sekeluarga akan lenyap dan begitu juga sebaliknya, namun;

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Assalamualaikum....
Saturday, 16 July 2011
Bermain layang- layang
Assalamualaikum wb.
Usia saya telah hampir mencecah 40 tahun, tapi seingat saya baru hari ni saya betul2 bermain layang- layang.
Anak2 telah beberapa hari merengek nak bermain layang- layang. Musim angin telah tiba dan padang di depan rumah di penuhi dengan kanak2 bermain layang2.
Petang tadi telah lengkap semua peralatan yang diperlukan, dua layang2 spiderman, setongkol benang dan sudah tentu cuaca yang berangin.
Layang2 Maryam berjaya naik terbang bersama angin petang. Bila suami perlu membantu Fatihah menaikkan layang2nya, saya terpaksa (terpaksa ke?) menghulurkan bantuan untuk menahan layang2 Maryam.
Baru saya menyedari, mengendalikan layang2 yang sedang terbang di angkasa bukanlah suatu yang mudah. Mula2 layang2 yang saya pegang tak dapat naik tinggi. Seorang adik yang sedang asyik bermain layang2 menghampiri dan bersuara,
Tiba2 saya tersentak....
Kadang2, untuk mencapai kejayaan, kita perlu belajar untuk membiarkan ia lebih bebas...
Hari ini saya belajar dari seutas layang- layang...

" Kalau layang2 tu nak jatuh, hulurkan benangnya lebih panjang."
Tiba2 saya tersentak....
Kadang2, untuk mencapai kejayaan, kita perlu belajar untuk membiarkan ia lebih bebas...
Hari ini saya belajar dari seutas layang- layang...
Wednesday, 13 July 2011
My 3 little girls
Assalamualaikum wb.
Tiga mawar di kamar hati mama..
Majlis harijadi Maryam merangkap AL-Wida Neti (pembantu).
Handphona charm khas untuk kakak. Dihiasi dengan permulaan huruf nama anak2; Fatihah, Maryam dan Asiah. Cerita lanjut kat sini.
Sambil2 selongkar stok manik, sempat lagi buat penanda buku untuk ditayangkan di Kedai Online Fatihah.
Jumpa lagi.

Tuesday, 12 July 2011
The Amazing Qur'an
Misteri terungkai
Sesekali
biarkan jemari
bebas menari
tanpa berhenti
rehatkan minda
usah cuba menaksir
atau mentafsir
sebarang makna
dan
kau akan terpana
seuntai misteri
telah terungkai.
biarkan jemari
bebas menari
tanpa berhenti
rehatkan minda
usah cuba menaksir
atau mentafsir
sebarang makna
dan
kau akan terpana
seuntai misteri
telah terungkai.
Sunday, 10 July 2011
Al- Wida
Assalamualaikum wb.
Salam 5 Syaaban 1432 Hijrah.
Tak sampai sepurnama, cahaya Ramadhan akan kembali menyinari jiwa kita. Semoga kita sama2 akan dianugerahkan peluang untuk yang kesekian kalinya menikmati keindahan Ramadhan, Insya'Allah.
Minggu ini juga merupakan Sabtu terakhir kami sekeluarga bersama pembantu kami, setelah 7 tahun bersama di bawah satu bumbung.
Tak dinafikan, setelah sekian lama bersama, walaupun hanya seorang pembantu, terlalu banyak pahit manis yang kami kongsi. Dan Alhamdulillah, saya amat2 bersyukur kerana saat perpisahan dia dan keluarga kami, bukanlah perpisahan yang disebabkan kejadian yang negatif.
Dia menamatkan perkhidmatannya kerana telah berkahwin hujung tahun lepas dan suaminya akan tamat kontrak kerja di sini. Saya sebagai seorang yang telah merasa pengalaman hidup berasingan dengan suami kerana keperluan tugas dan menuntut ilmu, amat memahami situasi tersebut.
Memang sebelum ini setiap kali permit kerjanya tamat, saya akan beri peluang dia untuk memperbaharui permit kerja dengan tawaran kenaikan gaji dan bonus. Tapi, seperti yang saya selalu nyatakan padanya, seandainya dia telah berkahwin, saya lebih menyokong untuk dia tinggal bersama suami dan mula membina kehidupan berkeluarga yang normal.
Semalam, kami percepatkan majlis ulang tahun ke 6 Maryam yang sepatutnya diraikan pada minggu depan supaya pembantu saya dapat bersama2 meraikan majlis tersebut. Pada masa yang sama saya dan suami sekalikan sebagai majlis doa selamat perpisahan untuknya. Dalam erti kata lain, majlis Al-Wida... :)
Rasa sedih bila tengook dia mula berkemas. Kalau selalu, dia balik bawak sebuah beg aje. Esok nak balik baru berkemas. Saya dan suami pun dah mula tengok2 mana2 buku yang sesuai sebagai kenang- kenangan dibawa balik. Dua hari lepas waktu beli baju raya, suami belikan sehelai kain untuk dia macam biasa walaupun dia tak sempat nak beraya dengan kami dah.
Walaupun saya memang bayar gaji pembantu saya tiap2 bulan, tapi rasanya masih tak terbalas jasanya selama ni yang membantu saya menguruskan anak2 dan rumah tanpa banyak berkira. Jadi, peluang di saat2 akhir untuk meraikannya enggan saya lepaskan. Selepas ni dah tak de peluang dah nak bagi2 lagi barang kat dia.
Pendek kata;

Pisang emas bawa belayar,
masak sebiji di atas peti
hutang emas dapat dibayar
hutang budi, dibalas Illahi.
masak sebiji di atas peti
hutang emas dapat dibayar
hutang budi, dibalas Illahi.
Semoga sepanjang dia bersama kami, ada amal2 kebaikan yang boleh dijadikan contoh untuk dia manfaatkan sepanjang kehidupan yang akan menjadi amal jariah kami sekeluarga, Isya'Allah.
Tuesday, 5 July 2011
Catatan Perjalanan V1.0
Hari yang berlalu
adalah pemandangan indah
di jendela kereta
di sebuah perjalanan yang panjang
sesekali melalui terowong
aku terkapa dan bingung
gelapnya tidak terkata
tanpa sebarang cahaya
mungkinkah telah tersesat
tanpa bisa sampai ke destinasi yang dicita
Namun sabarlah
aku bukan mengembara sesukaku
telah lengkap segala panduan dan arahan
sebelum memulakan perjalanan
jangan mudah gelabah dan tersasar
sehingga kembara tiada nikmatnya
yakinlah selalu
asalkan aku berpegang teguh
pada panduan dan arahan yang betul
di setiap hujung terowong
pasti ada cahaya yang bakal menanti.

Thursday, 30 June 2011
saat hijab dibuka
Saat hijab dibuka
hati terpana
indah cahaya
menerjah mata
dan tidak dibebankan
selain dari yang terdaya.
hati terpana
indah cahaya
menerjah mata
dan tidak dibebankan
selain dari yang terdaya.
Monday, 27 June 2011
Subhanallah
Subhanallah
Walhamdulillah
Wa La ilaha illallah
Wa Allahuakbar,
aku rindu KasihMu.
Walhamdulillah
Wa La ilaha illallah
Wa Allahuakbar,
aku rindu KasihMu.
Tuesday, 14 June 2011
The invitation to Truth.
Assalamualaikum,
AKhir- akhir ini saya tergerak untuk mengkaji mengenai Islam dari pelbagai perspektif yang berbeza. Salah satu dari bahan rujukan yang saya rasa amat bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mengkaji Islam terdapat di sini.
Semoga kita sama- sama dipermudahkan, Insya'Allah.

Saturday, 28 May 2011
Fasa Seterusnya...
Kalau nak berminat nak sambung belajar lagi, cuba- cuba le carik tempat.....
Ehh... Betul ke yang saya dengar ni?.. Kang silap dengar lak.... Baik tanya balik..
"Betul ke yang abang cakap nih?..."
Ye lah... Kalau tak nak, tak payah la...
Eh,... Eh,.. Nak... Nak...
Rezeki jangan ditolak, musuh pulak jangan dicari.... :)
Jadi, minggu lepas saya mula buat siasatan... Tanya la mana2 yang berkenaan mengenai biasiswa dan tempat belajar.
Hasilnya, Insya'Allah ada peluang nak dapat biasiswa sebab jarak saya belajar dulu dah melangkau dua tahun.
Cuma pasal kursus dia lari sikit. Memang dari dulu lagi saya dah rancang, kalau nak belajar balik saya nak ambik yang berdasarkan kerja kursus. Konon2nya, kalau kena hadir kelas, tak le hanyut sangat. Almaklum, saya ni memang amat2 mengenali diri sendiri. Memang mudah "lupa daratan".
Bila saya menghubungi pihak kampus, Koordinator kursus tu kata belum pasti bila nak buat yang ada kerja kursus sebab tak cukup pelajar. Tapi kalau saya nak, saya boleh buat yang berdasarkan penyelidikan.
Alamak... Kena bincang balik ni.. Ini bukan perancangan asal saya. Kang tak pasal2 lak saya kena bayar balik duit biasiswa kalau tak habis belajar.
Tapi, bila bincang balik dengan suami, dia sokong saya untuk teruskan walaupun perlu buat penyelidikan.
Diringkaskan cerita, Insya'Allah dalam jangka masa terdekat saya akan hubungi balik Dr tu untuk mengesahkan yang saya akan meneruskan rancangan saya supaya dia boleh sediakan penyelia untuk membantu saya buat kertas cadangan topik penyelidikan.
Doakan saya dipermudahkan dalam semua urusan yang berkaitan, AMin....
Salam....

Thursday, 26 May 2011
anak merdeka
Sesekali menjengah ke luar jendela
terasa indahnya rumah kita
di tamannya harum mewangi
kelopak mawar mulus terpelihara
redup cahaya di pohon senja
mengajar erti rindu dan setia
pada akar budaya yang menjalar
di segenap degup dan nadi
anak merdeka
di hatimu ada setia
di pundakmu ada janji
yang harus dijunjung
demi bunda tercinta.
terasa indahnya rumah kita
di tamannya harum mewangi
kelopak mawar mulus terpelihara
redup cahaya di pohon senja
mengajar erti rindu dan setia
pada akar budaya yang menjalar
di segenap degup dan nadi
anak merdeka
di hatimu ada setia
di pundakmu ada janji
yang harus dijunjung
demi bunda tercinta.
Wednesday, 25 May 2011
Uban Nenek
Dia hanya seorang tua
kedut di wajah
adalah foto seribu cerita
diusap secebis bangga
anak- pinak yang telah dewasa
cucu-cicit tumpang bermanja
dia hanya seorang tua
uban di kepala
adalah cahaya kasih
menggendong duka
menganyam kenangan
di hujung usia
sesekali berziarah
aku hanya mampu menyapa
walau mungkin
di matanya aku bukan siapa
namun yang pasti
di hatiku dia adalah masa depan
yang pasti akan menjengah
di suatu ketika.
Nota:
Menziarah nenek yang telah uzur. Sebentar tadi baru saya menyedari yang sehelai ubannya terlekat di lengan baju kurung saya.

Tuesday, 17 May 2011
Semangat anak bangsa
Telah bergema suara itu
sayu dan syahdu menyapa jiwa
saat hati mula berkata
tiada lagi setia
di tenangnya desa
debu kota dan air mata
adalah semangat anak bangsa
yang kian mengabur
ditelan silau suasa
di puncak menara
dan engkau di situ
jiwa dan hati bersatu
garis nadi merdeka
kini tiada diragu.
Latih tubi 18.05.2011
sekadar mengetuk jari tanpa memberi peluang untuk mind logik menunjuk taringnya....

Jualan Buku Popular Kuching
Salam semua.
Sekadar untuk berkongsi maklumat "hangat" yang saya dapati dari "bunting" yang direntang di beberapa tempat di bandar Kuching:
Saya akan kemaskini sekiranya terdapat maklumat yang perlu dibetulkan. Maklumkan saya dengan segera sekiranya terdapat maklumat yang kurang tepat.
Diclaimer: MAklumat ini tidak dijamin 100% tepat kerana saya menulis berdasarkan daya ingat semata-mata.
Jom ramai2... Tak dapat pegi Pesta Buku Antarabangsa, dapat pegi Pesta Buku Popular pun kira bolehlah... :)

Jualan Buku Popular sehingga 70%
Tarikh: 27 Mei - 5 Jun 2011
Tempat: Dewan Pameran Permata Food Center (Dekat BAngunan LHDN)

Sunday, 8 May 2011
Indahnya
Indahnya
senyum kalian adalah kelopak mawar
di taman syurga
tangis kalian adalah kicauan burung
di laman bonda
dan pastinya
aku bukan yang terbaik
namun terima kasih anak-anak
kerana kehadiran kalian
aku dimartabat gelaran
seorang IBU.
senyum kalian adalah kelopak mawar
di taman syurga
tangis kalian adalah kicauan burung
di laman bonda
dan pastinya
aku bukan yang terbaik
namun terima kasih anak-anak
kerana kehadiran kalian
aku dimartabat gelaran
seorang IBU.
Selamat Hari Ibu
untuk semua ibu.
untuk semua ibu.
Sunday, 1 May 2011
Nikmat yang paling besar
Nikmat yang paling besar
saat mengungkap Allahuakbar
dengan jiwa yang sedar
dan jasad yang segar
usah digusar
andai harta dunia menghindar
rapuh tiang bersandar
duga hidup yang sukar
kerana,
nikmat yang paling besar
melafaz Allahuakbar
dengan jiwa yang sedar
dan jasad yang segar.
saat mengungkap Allahuakbar
dengan jiwa yang sedar
dan jasad yang segar
usah digusar
andai harta dunia menghindar
rapuh tiang bersandar
duga hidup yang sukar
kerana,
nikmat yang paling besar
melafaz Allahuakbar
dengan jiwa yang sedar
dan jasad yang segar.
Monday, 18 April 2011
An Jing
Assalamualaikum wb...
Dah beberapa minggu ni saya tak dapat mengikuti saluran radio kegemaran saya (IKIMfm) semasa kerja sebab bunyi angin dalam radio tu kuat sangat. Bukan saluran IKIMfm saja yang macam ni, saluran lain yang berbahasa Melayu pun sama. Jadi, apa yang saya nak buat supaya tak rasa sunyi sangat?
Sejak minggu lepas, saya dengar saluran berbahasa Mandarin.. hehe...
Sebenarnya dulu2 memang saya minat nak belajar bahasa Mandarin. Ada satu zaman tu, saya pantang tengok kamus dan buku belajar bahasa mandarin, mesti saya cekup. Kena pulak saya ni memang seorang yang boleh lah dianggap selflearner (suka belajar kemahiran sendiri2 tanpa berguru).
Tapi so far, belum lah lagi saya pandai berbahasa mandarin sebab segan nak cuba. Cuma bolehlah tangkap sikit bunyi dia.
Jadi ceritanya, selalu saya dengar perkataan An Jing. Sebutan dia "an cing". Bukan dog ya... :)
Semalam saya cuba cari dalam kamus makna dia. Hari ni saya google dalam internet.
Kat bawah ialah salah satu hasil pencarian saya:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Custom Search |
An Jing – Jay Chou (Zhou Jielun) | Download Chinese Lyrics
23 Dec 2010 ... An Jing – Jay Chou (Zhou Jielun) ... Song Title: An Jing Chinese Song Title: 安静 (Quiet) Artist: Jay Chou (Zhou Jielun 周杰伦) ...++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
An Jing - dalam tulisan macam ni --->>> An 安 Jing 静
(sebutan kita "An Cing" sebab dalam bahasa mandarin tak de bunyi J)
membawa maksud "tenang/ senyap" atau dalam bahasa Inggeris "quiet/ peace".
Kalau berminat nak tengok lirik lagu cina yang ada menyertakan cara sebut lirik dia dalam abjad rumi (betul ke sebut rumi?) boleh jenguk laman web ni www.downloadchinese.com
Mari kita sama2 belajar... :)
Salam...
Sunday, 17 April 2011
Setiap Kali Melangkah
Setiap kali melangkah
mataku sering terarah
pada kelopak yang merah
pada awan yang resah
pada sungai yang pasrah
pada rumput yang tabah
pada pohon yang rebah
pada pasir yang indah
pada ombak yang menerjah
pada laut yang gundah
pada camar yang melayah
setiap kali aku melangkah
tiada yang lebih indah
dari kasihMu yang melimpah ruah.
Latih tubi 18/4/2011
mataku sering terarah
pada kelopak yang merah
pada awan yang resah
pada sungai yang pasrah
pada rumput yang tabah
pada pohon yang rebah
pada pasir yang indah
pada ombak yang menerjah
pada laut yang gundah
pada camar yang melayah
setiap kali aku melangkah
tiada yang lebih indah
dari kasihMu yang melimpah ruah.
Latih tubi 18/4/2011
Friday, 15 April 2011
Gadis kecil dan mawar merah
Mawar merah di taman
kelopaknya berdarah
dan gadis kecil menangis
jarinya luka.
Latih tubi 15.04.2011
1650 pm
kelopaknya berdarah
dan gadis kecil menangis
jarinya luka.
Latih tubi 15.04.2011
1650 pm
Dinding kaca dan merpati putih
Di sebalik dinding kaca
merpati putih mengintai
sinar mentari pagi
adalah harapan baru
dan embun dingin
entah bila akan beranjak.
Latih tubi 15/04/2011
merpati putih mengintai
sinar mentari pagi
adalah harapan baru
dan embun dingin
entah bila akan beranjak.
Latih tubi 15/04/2011
Wednesday, 6 April 2011
Sedih ke suka?
Assalamualaikum wb.
Saya sekarang sedang sedih ke suka?
Situasinya:
Tiba2 hari ni teringin nak merayau di pasaraya kat tingkat bawah. Lama dah tak buat kerja ni... Lagipun ingat nak beli makanan sikit untuk simpan kat laci kerja. Boleh nyam nyam kalau bosan.
Lepas solat zohor, saya pun buatlah aktiviti seperti yang dirancangkan. Saya jalan2 kat bahagian pakaian kanak2... Saya jalan2 kat bahagian permainan.... Banyak yang menarik, tapi menyedari wang yang ada dalam beg duit adalah edisi terhad, saya malas nak layan.
Lepas tu saya turun pulak ke bahagian peralatan tulisan. Bahagian ni memang menarik dan saya boleh tawaf 7 kali kat tempat yang sama dalam sekali lawatan. Kat situ saya sempat ambil dua batang pensel yang boleh saya guna untuk melukis.
Sebatang tu 8B yang memang dah tinggal sebatang. Saya beli sebab memang belum ada lagi yang 8B. Sebatang lagi 2B yang menarik bentuk penselnya. Saya memang dah ada 2B tapi saja jer sebab nampak cantik.
Lepas tu saya pegi lak kat bahagian makanan. Pusing2, saya capai sebungkus Neslo 3 dalam 1. Tengok pulak coklat, saya capai sebungkus besar Cloud 9. Rasa2nya cukup kot duit saya.
Saya intai dalam beg duit, ada dua keping not merah RM10 dan beberapa not biru RM1. Baik tengok awal, kang malu jer kalau kat kaunter nanti duit tak cukup nak bayar. Kira punya kira, barang2 tu dalam RM 20.
Hmm... Pensel dua batang RM2.30, Neslo RM11.++ dan coklat Cloud 9 RM5.5... Jadi jumlah semua kira dalam jangkauan saya lah... Mari kita bayar....
Tet.. tet.. tet... Jurujual tu tekan kaunter tunai dia... Lepas diskaun pensel dua batang tu 10%, kira punya kira.... Adik tu kata:
Fuhhh.. Lega... Saya pun keluarkan not merah dua keping tu dan letakkan atas kaunter... Lepas tu saya intai lak kat tempat syiling. Syiling 10 sen pun ada. Saya pun kira suka hati lah.
Tapi yang peliknya, bila saya angkat muka nak bagi duit syiling kat adik tu, muka dia macam serba salah... Sambil tu dia unjukkan sekeping not merah yang seya keluarkan tadi. Apa masalah pulak?
Seperti yang diketahui memang saya ambik barang untuk ngam2 duit saya tu. Rupa2nya, not RM10 saya tu ada koyak sikit tapi saya tak perasan. Lagipun dah diselotep. Saya pun tak tau yang not macam tu tak diterima untuk belian.
Saya pun saja tunjukkan beg duit saya kat budak2 kaunter tu. Saja jer nak buat adik tu rasa serba salah.. Lepas tu saya jenguk kat dalam beg plastik barang saya yang masih kat atas kaunter tu.
Saja saya cakap kuat walaupun kononnya bercakap sendiri. Dalam hati memang bengkek jugak sebab rasanya not RM10 tu masih elok lagi. Tapi malas nak cerita panjang. Lagipun tu bukan kedai saya.... Dalam masa yang singkat tu saya buat keputusan.
Adik dua orang tu tengok satu sama lain, tanya saya:
Saya terus keluar.
Jadi sekarang ni, saya sedih ke suka?
V
V
V
V
V
V
V
V
Kenapa saya suka?
Sebab semua barang tu memang bukan keperluan. Pensel saya dah berbatang2 kat rumah, yang saya beli semenjak dua menjak saya kononnya nak belajar melukis. Neslo 3 dalam 1 dan cloud 9 tu pulak memang saya berbelah bagi nak beli sebab manis. Akhir2 ni pun saya dah banyak makan benda2 yang manis. Jadi, bila benda jadi macam tu, kira saya telah diselamatkan dari nafsu "tamak" saya... :)
Pengajarannya..... Jangan tunggu sampai duit anda ditolak oleh budak kaunter baru nak sedar dengan tabiat berbelanja anda yang tidak sihat itu... Hehe....

"Kak, semua RM20.10"

"Kak tak de duit lain ke?"
Seperti yang diketahui memang saya ambik barang untuk ngam2 duit saya tu. Rupa2nya, not RM10 saya tu ada koyak sikit tapi saya tak perasan. Lagipun dah diselotep. Saya pun tak tau yang not macam tu tak diterima untuk belian.
Saya pun saja tunjukkan beg duit saya kat budak2 kaunter tu. Saja jer nak buat adik tu rasa serba salah.. Lepas tu saya jenguk kat dalam beg plastik barang saya yang masih kat atas kaunter tu.
"Mana satu aku nak keluarkan ni?"
Saja saya cakap kuat walaupun kononnya bercakap sendiri. Dalam hati memang bengkek jugak sebab rasanya not RM10 tu masih elok lagi. Tapi malas nak cerita panjang. Lagipun tu bukan kedai saya.... Dalam masa yang singkat tu saya buat keputusan.
"Tak pelah, tak jadi beli lah"
Adik dua orang tu tengok satu sama lain, tanya saya:
"Jadi, barang2 ni semua kensel lah?
"Yalah, tak de duit, macamana nak beli?"
Saya terus keluar.
Jadi sekarang ni, saya sedih ke suka?
V
V
V
V
V
V
V
V
Hehe... Saya SUKA....
Kenapa saya suka?
Sebab semua barang tu memang bukan keperluan. Pensel saya dah berbatang2 kat rumah, yang saya beli semenjak dua menjak saya kononnya nak belajar melukis. Neslo 3 dalam 1 dan cloud 9 tu pulak memang saya berbelah bagi nak beli sebab manis. Akhir2 ni pun saya dah banyak makan benda2 yang manis. Jadi, bila benda jadi macam tu, kira saya telah diselamatkan dari nafsu "tamak" saya... :)
Pengajarannya..... Jangan tunggu sampai duit anda ditolak oleh budak kaunter baru nak sedar dengan tabiat berbelanja anda yang tidak sihat itu... Hehe....
Salam.
Gurindam bersyukur
Sekali melangkah
usah mengalah
andai tersungkur
bangkit mengatur
andai dihujah
jawab merendah
andai ditegur
usah mengguntur
hidup bersyukur
sentiasa akur
saat sukar
haruslah tegar
hujung hari
menginsaf diri
hidup selamat
sentiasa berkat.
7/4/2011
usah mengalah
andai tersungkur
bangkit mengatur
andai dihujah
jawab merendah
andai ditegur
usah mengguntur
hidup bersyukur
sentiasa akur
saat sukar
haruslah tegar
hujung hari
menginsaf diri
hidup selamat
sentiasa berkat.
7/4/2011
Tuesday, 5 April 2011
Nota buat Acik
Lewat senja semalam
kau ucapkan salam
lama nian kau menghilang
mengharung ombak kehidupan
meredah hutan pengalaman
merentas sungai kebahagiaan
walau sentiasa menyepi
tidak pernah berkirim khabar
ruang di sudut kamar ini
masih setia menanti
saat kau kembali
bercerita dan bersenda
warna warni pelangi
ranjau duri belukar
yang kau tempohi
semasa berkelana
namun hari ini
aku pasrah menggenggam takdir
kita takkan bersua di sini
kerna kau telah pergi mengadap Illahi
Pemergian mu sahabat takkan kuratapi
perjalanan mu baru bermula
dan giliran kami di sini akan tiba
suatu hari nanti.
PASTI.
kau ucapkan salam
lama nian kau menghilang
mengharung ombak kehidupan
meredah hutan pengalaman
merentas sungai kebahagiaan
walau sentiasa menyepi
tidak pernah berkirim khabar
ruang di sudut kamar ini
masih setia menanti
saat kau kembali
bercerita dan bersenda
warna warni pelangi
ranjau duri belukar
yang kau tempohi
semasa berkelana
namun hari ini
aku pasrah menggenggam takdir
kita takkan bersua di sini
kerna kau telah pergi mengadap Illahi
Pemergian mu sahabat takkan kuratapi
perjalanan mu baru bermula
dan giliran kami di sini akan tiba
suatu hari nanti.
PASTI.
Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun
Saya baru mendapat berita sedih sebentar tadi. Kawan sekelas saya sewaktu belajar di tingkatan 4 dan 5 (1988/1989) telah kembali ke Rahmatullahi kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Bagi saya Arwah memang orang yang baik, sebab tu Allah lebih sayangkan dia dan jemput dia lebih awal dari saya.
Semoga Arwah ditempatkan di kalangan kekasih Allah. InsyaAllah.
Al-Fatihah.
Acik
Masih terbayang senyum manis
dan gurau sendamu
saat kita sama2 menimba ilmu
di bumi wakafan
Acik
Tenanglah Acik di sisiNya
kerana Allah lebih menyayangimu
dan kita akan bersua semula
bila tiba masanya.

Monday, 4 April 2011
Selamat Malam
Selamat malam wahai bulan
usah kau tunggu rayuan si pungguk
kerna di zaman ini
setia bukan segalanya
jelita juga bukan jaminannya
untuk memiliki anugerah cinta
Selamat malam wahai bulan
usah kau meratap hiba
kerna aku si pungguk
harus berpijak di bumi nyata.
Latih tubi 5/1/2011
12.30 am.
usah kau tunggu rayuan si pungguk
kerna di zaman ini
setia bukan segalanya
jelita juga bukan jaminannya
untuk memiliki anugerah cinta
Selamat malam wahai bulan
usah kau meratap hiba
kerna aku si pungguk
harus berpijak di bumi nyata.
Latih tubi 5/1/2011
12.30 am.
Di garisan itu
Di garisan itu
cinta dan cita bersatu
semangat dan harap berpadu
bayang gelap dan kelabu
bukannya kebejatan
yang bertopengkan insan
di sebalik ruang suram
ada kelopak yang merah
ada indah terserlah.
Latih tubi 4/4/2011
cinta dan cita bersatu
semangat dan harap berpadu
bayang gelap dan kelabu
bukannya kebejatan
yang bertopengkan insan
di sebalik ruang suram
ada kelopak yang merah
ada indah terserlah.
Latih tubi 4/4/2011
Saturday, 2 April 2011
Biarkan mata berbicara
Biarkan mata bersuara
kerna ia lebih bermakna
dari guruh dan gema
di segala ruang
Biarkan mata berbicara
kerna ia bisa berbahasa
dengan lebih berbisa
dari racun di mulut sawa
Biarkan mata berkata
kerna ia adalah seribu senjata
lebih bermakna
lebih bersuara
lebih berbicara
merentas telinga
menyapa jiwa.
Latih tubi 3/4/2011
kerna ia lebih bermakna
dari guruh dan gema
di segala ruang
Biarkan mata berbicara
kerna ia bisa berbahasa
dengan lebih berbisa
dari racun di mulut sawa
Biarkan mata berkata
kerna ia adalah seribu senjata
lebih bermakna
lebih bersuara
lebih berbicara
merentas telinga
menyapa jiwa.
Latih tubi 3/4/2011
Wednesday, 30 March 2011
Nilai si kulit siput
Suatu petang di tepi pantai
seorang gadis menghayun langkah
menyapa cahaya jingga
yang mengintai di kaki langit
nun di sana
kulit siput berserakan
singgah bersama ombak
buih putih memecah pantai
hati si gadis berbisik
indahnya si kulit siput
pelbagai warna dan bentuk
menggamit mata dan jiwa
tapi amat kasihan
tetap takkan bernilai
kalau dibanding intan permata
dan harta dunia
tersentak si gadis terpana
harta dunia juga serupa
hanya sekadar kulit siput
saat kita berada di dunia sana.
Latih tubi 31.3.2011
seorang gadis menghayun langkah
menyapa cahaya jingga
yang mengintai di kaki langit
nun di sana
kulit siput berserakan
singgah bersama ombak
buih putih memecah pantai
hati si gadis berbisik
indahnya si kulit siput
pelbagai warna dan bentuk
menggamit mata dan jiwa
tapi amat kasihan
tetap takkan bernilai
kalau dibanding intan permata
dan harta dunia
tersentak si gadis terpana
harta dunia juga serupa
hanya sekadar kulit siput
saat kita berada di dunia sana.
Latih tubi 31.3.2011
Taburan kata
Pelbagai kata kunci dan konsep yang kerap menerawang di minda saya akhir- akhir ini.... Mungkin sekiranya ia direkodkan, akan menjelmakan mesej tertentu yang membawa sebarang makna...
+++++++++++++++++++++
Salam.
+++++++++++++++++++++
kulit kerang
usia bonus
minda positif
seni
lubuk emas
saat di hujung nyawa
hidup dengan cara yang terbaik
Setiap aktiviti di dunia harus menjanjikan nilai output terbaik yang bakal dinikmati di akhirat. Jadi, lakukan hanya yang terbaik sahaja bersandarkan produktiviti akhirat.
Terlalu banyak perkara yang perlu dilaksanakan padahal masa terlalu terhad. Betul ke?
Orang yang beruntung adalah mereka yang melakukan hanya perkara di dunia yang menjamin produktiviti akhirat yang maksima menggunakan sumber dalam jumlah yang sama; masa (24 jam untuk semua manusia di dunia). Pilihan di tangan kita.
Hidup hanya sekali... JAdi, jangan sia2kannya...
Kalau hidup berkali2, tak apa kalau nak buat sesuka tanpa memperdulikan imbuhan/ imbalan yang bakal diterima di Akhirat, sebab mungkin ada peluang nak memperbaiki diri selepas melihat nasib di Akhirat.
Peringatan buat diri yang terlalu kerap leka.

Subscribe to:
Posts (Atom)