Tuesday, 5 April 2011

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun

Saya baru mendapat berita sedih sebentar tadi. Kawan sekelas saya sewaktu belajar di tingkatan 4 dan 5 (1988/1989) telah kembali ke Rahmatullahi kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Bagi saya Arwah memang orang yang baik, sebab tu Allah lebih sayangkan dia dan jemput dia lebih awal dari saya.

Semoga Arwah ditempatkan di kalangan kekasih Allah. InsyaAllah.

Al-Fatihah.




Acik

Masih terbayang senyum manis
dan gurau sendamu
saat kita sama2 menimba ilmu
di bumi wakafan


Acik

Tenanglah Acik di sisiNya
kerana Allah lebih menyayangimu
dan kita akan bersua semula
bila tiba masanya.

Al-Fatihah.

2 comments:

  1. Salam takziah kepada keluarga arwah dan mereka yang menyayanginya. Semoga roh dicucuri rahmat. Al-fatihah.

    ReplyDelete
  2. Salam Along,

    Thanks Along. Saya Aminkan doa ALong. Tetap rasa kehilangan walaupun dah berpisah berpuluh tahun.

    ReplyDelete