Thursday, 29 September 2011

Semerah Cinta Stilleto...

Assalamualaikum wb..


Sekadar mengimbau...

Pernah tidak lama dulu sekumpulan lelaki di Amerika menganjurkan acara jalan kaki dengan berkasut tumit tinggi.

Menurut mereka, ia merupakan satu cara untuk mereka kaum lelaki di Amerika menyatakan sokongan terhadap wanita yang memikul pelbagai tanggungjawab  di dalam institusi keluarga khasnya dan di dalam masayarakat umumnya.

Saya tertanya- tanya sendiri. Mengapa mesti kasut bertumit tinggi dijadikan simbol seorang wanita?. Nampaknya saya bukanlah salah seorang dari wanita yang mereka maksudkan, kerana saya tidak memakai kasut tumit tinggi dan tidak pernah selesa berkasut tumit tinggi walaupun saiz ketinggian saya seperti amat memerlukan kasut tumit tinggi. :)

Rasanya banyak cara lain yang lebih dekat dengan golongan wanita yang boleh dijadikan simbol untuk meraikan pengorbanan kaum wanita. Kenapa kasut tumit tinggi yang berperanan utama dalam menonjolkan penampilan fizikal wanita pula yang terlintas di fikiran mereka. Malahan tidak keterlaluan kalau hendak dikatakan bahawa kasut tumit tinggi juga kerap dikaitkan dengan imej seksi seorang wanita.

Apa- apa pun, terpulang kepada kita untuk menilai tahap pemikiran masyarakat yang kerap dianggap sebagai golongan yang bertamaddun dan maju dari segala bidang tersebut.

Bagi saya secara peribadi, seperti satu penghinaan pulak bila mereka menggunakan imej kasut tumit tinggi untuk golongan wanita seolah- olah itu sahaja yang mereka boleh nampak sumbangan golongan wanita. Mungkin ia tepat untuk golongan wanita masyarakat mereka agaknya.

Saya  berbangga kerana saya tidak termasuk dalam golongan wanita tersebut.

Salam.





No comments:

Post a Comment