Showing posts with label Jom Cari kedai makan. Show all posts
Showing posts with label Jom Cari kedai makan. Show all posts

Wednesday, 12 October 2011

Kemaskini semasa

Assalamualaikum wb...

Pagi tadi Maryam menduduki peperiksaan pemilihan kemasukan ke Tahun Satu.

Sedang membaca doa sebelum memasuki dewan peperiksaan
Yang berkepit dengan cikgu bertudung purple tu adalah Maryam. Tak  nak masuk dalam barisan.



Habis periksa kami pergi makan roti kering dan sup di Delifrance.

Dah happy.. Tak ingat dah nangis2 tadi... :)

Pencuci mulut pulak ialah Black Forest. Sengaja bawak budak2 joli sikit, nak pujuk Maryam yang baru lepas memerah otak jawap kertas periksa. Tengok dalam gambar kedua tu, siap dipeluk cikgu lagi sebab menangis.


Sedapnya Black Forest...


Balik rumah semua dah letih. Tiba2 nenek telefon kata nak hantar bubur. Rupanya, baby Suhaib yang hantar, dalam perjalanan nak pergi shopping.

Comelnya Baby Suhaib... Mata pun dah tak nampak dah...

Setakat ini dulu.

Nota penulis: Entri ini dibuat pada Sabtu lepas tapi menghadapi masalah masa nak publish.


Friday, 5 November 2010

Yess..

Salam..

Ingat tak dengan entri saya terdahulu mengenai stimbot dan gril?...


Guess what?..

Saya baru teringat, malam ni kami nak bawa anak2 dan kakak makan stimbot dan gril.... Seronoknya.. (lebih2 lah pulak)..


Tak sabar nak tengok budak2 dan kakak ternganga seperti saya hari tu....

Sekian, terima kasih... :)

Monday, 1 November 2010

Steamboat and grill

Salam..

Malam semalam, saya dan suami keluar sebentar untuk isi minyak kereta saya dan buat urusan di mesin atm.

Dalam perjalanan balik saya teringatkan Maryam yang suka makan roti bawang putih. Suami terus membelok untuk singgah di kedai kek berdekatan.

Nak jadi cerita, saya terpandang sebuah kedai makan stimbot. Saya tak pernah makan stimbot tapi suami pernah beberapa kali diajak kawan2nya. Dia pun memang pernah cakap nak bawak saya makan stimbot tapi belum lagi terlaksana.

Tup2 malam tadi suami terus ajak singgah kat situ. Saya pun ikut je le. Memang suci dalam debu betul pengalaman saya dengan stimbot ni. Tak tahu langsung apa benda dan konsepnya.

Masuk2 je kedai, suram2 je pencahayaannya... Kira ambik feel romantika kot. Tengok meja dia istimewa sikit. Kat tengah dia ada lubang sebesar bola golf. Lepas tu kat dinding dekat meja searas lutut pulak ada suis.

Masih blank lagi nih. Datang le sorang pelayan bawak menu. Baca2 dalam tu, ada set untuk seorang (RM19.90) dan set "karnivor" untuk 2 ke 3 orang (RM39.90). Lepas tu ada pulak harga untuk hidang satu2 setiap item.

Since kali pertama buat kerja ni, saya ingat tak payah lah pakai set dulu. Pilih2 mana yang nak... Cakap la kat pelayan tu, sekali dia jawab,

"Yang tu untuk order tambahan kak. Akak pilih antara set sorang atau set karnivor ni dulu. Kalau nak tambahan, baru order pakai yang tu."

Oooo... Macam tu ya...

Kalau macam tu, saya pun pilih yang untuk sorang. Adik tu kata,

"Yang tu untuk sorang. Kalau 2 ke 3 orang, ambik set karnivor ni."

Ehh.. tak boleh ke?. Saya kalau makan dengan suami, memang ambik set individu jer... romantik.. he he.. ye ke?.. ke nak jimat bajet?..

Sebab belum reti sangat, kami ikut je lah cadangan adik pelayan tu dan pilih set karnivor.

Lepas tu adik tu tanya lagi,

"Nak sup ayam ke sup tom yam."

Ni part yang best sekali... Saya pun tanya balik,

"Sup ni masuk sekali dalam set ke?.."

Adik tu pun jawab,

"Aaa.. aaa...."
(Dalam hati dia cakap yang ni.. "Akak ni memang sah tak pernah makan stimbut.. ha ha ha..")

Lepas tu baru saya faham, dah namanya stimbut, kalau tak de sup, kat mana nak campak menda2 yang pelbagai tu...

Lepas tu baru le diaorang siapkan peralatannya; periuk stimbut, mangkuk dan sup kat tengah2 periuk tu, dan pelbagai2 makanan laut kat dalam piring empatsegi: udang, ikan, sotong yang dah dilumur rempah, bebola ikan dan satu benda yang saya tak kenal.

Periuk tu pulak dia letak betul2 atas lubang di tengah meja tu.. Dan suis tu pulak untuk masak ler.... hhmmm..

Lepas tu suami pun tunjuk le bakat memasaknya.... Kalau nak yang stim, masuk kan dalam mangkuk.. Kalau nak gril pulak, bubuh minyak sikit dan campak jer bende2 gril kat periuk tu...

Saya pulak baru lah nampak jelas macam mana sebenarnya benda stimbot dan gril ni. Saya suka gril lagi dari yang stimbot. Udang dia memang segar. Hirisan ikan dia pun sedap.

Kalau dah set tu pun untuk 2 ke 3 orang, memang tak larat nak habiskan. Nasi yang sepinggan pun kami tak dapat habiskan. Akhirnya dengan wajah yang manis, kami mintak adik tu tapaukan; sup stimbut dan sayur sekali, bebola ikan (sikit jer kami makan) dan juga nasi putih. Yang lain2 tu berjaya kami habiskan.

Itulah dia catatan pengalaman pertama saya makan stimbot dan gril. Dalam sedap2 makan tu teringat2 kat anak2 kat rumah. Kalau diorang ada, mesti diorang seronok makan pelik2 macam ni...

Cakap kat suami, Insya'Allah destinasi seterusnya untuk sessi makan kat luar, kami dah dapat tempatnya...

Salam...

Thursday, 3 June 2010

Lunch Out

Baru sebentar suami telefon nak ajak keluar makan tengahari. Alhamdulillah... dapatlah makan kat kedai lain lah pulak...

Tadi memang saya dah fikir fasal tu sebab Fatihah cuti jadi suami tak payah bergegas nak ambik dari sekolah. Bolehlah ambik isteri dia pulak.

Ni mesti nak pergi tHe Spring sebab sebelahnya ada masjid yang buat solat Jumaat.

Nak kemas2 lah.. kejap lagi mesti dia call suruh tunggu kat depan...

Salam...

Wednesday, 2 June 2010

Rojak oh rojak..

Hari tu entri saya mengenai rojak buah... Hari ni saya blogwalking dan terjumpa satu entri mengenai rojak buah dan ABC kat blog blindperfect.

Hanya dengan menatap gambar2 yang dipaparkan di situ, saya dah kecur liur... Bayangkan sepinggan rojak yang dipenuhi dengan pelbagai buahan; timun, sengkuang, nenas, mangga, kedondong.. Pitisnya pulak ditaburi kacang tumbuk... hhhmmm....

Gerai rojak ni kat Miri jer.. Mana tahu satu hari nanti saya kena pergi Miri untuk tugasan rasmi.. Bolehlah saya cari tempat nih..

Rojak oh rojak..

Salam..

Sunday, 23 May 2010

Laparnya

Selepas masuk pejabat pagi tadi, bergegas pulak ke sekolah Fatihah. Nak ambik cuti banyak pulak kerja kat pejabat. Kalau cuti dirancang awal, boleh buat serah tugas awal2. Tak lah makan hati kawan yang ambil alih nanti.

Sebenarnya Fatihah dah mula panas badan sejak semalam. Dah bagi ubat. Pagi nanti masih panas tapi sebab periksa dah mula, kena jugak pegi sekolah. Tengok jadual, satu sabjek je, lepas tu kelas macam biasa. Jadi, saya rancang nak ambil Fatiha balik, boleh jugak dia rehat untuk esok pulak.

Ingatkan nak bawak pergi klinik terus tapi tengok panas dah turun, saya bawak je balik terus untuk berehat. Dah alang2 balik rumah saya terus makan tengahari. Jadi tak payah lah sibuk2 pulak keluar makan. Boleh lepak dan menentenet.

Lagipun, kat tempat saya kerja memang ada satu jer tempat makan Islam. Ada satu tu Muslim yang sewa tapi sebelah2 semua bukan Muslim. Saya ada jugak cuba beli kat situ dan tapau bawak balik pejabat, tapi rasa tak leh jalan lah pulak. Lepas tu takde dah saya pegi kat situ.

Sebelum ni ada jugak restoran KFC kat tingkat bawah sekali. Sekurang2 nya ada jugak tempat saya nak tukar selera kalau dah kerap sangat makan kat kedai makan biasa. Tapi tup2 lepas tahun baru hari tu, tak cakap pun kat saya, tiba2 je saya tengok dah tutup.

Rupa2nya restoren tu dah pindah kat tHe Springs. Hmm... saya dan anak2 bukan main lagi seronok hari tu sebab tHe Springs dah bukak restoren KFC. Rupanya2 "bala".

Jadi, bagi saya nak cari tempat makan tengahari kat pejabat ni memang satu isu. Kalau suami jemput bawak keluar, memang saya seronok tahap naga. Sebab boleh rasa makan kat tempat lain.

Apa2 pun, saya tetap bersyukur. Sekurang2nya ada jugak kedai makan Muslim walaupun cuma satu. Kalau takde.... Hiii.. Takleh bayangkan..

Salam....

Friday, 14 May 2010

Ayam Penyet:

nasik campur pun ada dijual di sini


yummy... ayam penyetsambal ni yang besh....
dah licin...

pun licin..

Alhamdulillah..

Kedai Makan: Family Cafe
Lokasi: Jalan Haji Taha, Kuching, Sarawak
Beroperasi: Siang dan Malam