Salam 5 Syaaban 1432 Hijrah.
Tak sampai sepurnama, cahaya Ramadhan akan kembali menyinari jiwa kita. Semoga kita sama2 akan dianugerahkan peluang untuk yang kesekian kalinya menikmati keindahan Ramadhan, Insya'Allah.
Minggu ini juga merupakan Sabtu terakhir kami sekeluarga bersama pembantu kami, setelah 7 tahun bersama di bawah satu bumbung.
Tak dinafikan, setelah sekian lama bersama, walaupun hanya seorang pembantu, terlalu banyak pahit manis yang kami kongsi. Dan Alhamdulillah, saya amat2 bersyukur kerana saat perpisahan dia dan keluarga kami, bukanlah perpisahan yang disebabkan kejadian yang negatif.
Dia menamatkan perkhidmatannya kerana telah berkahwin hujung tahun lepas dan suaminya akan tamat kontrak kerja di sini. Saya sebagai seorang yang telah merasa pengalaman hidup berasingan dengan suami kerana keperluan tugas dan menuntut ilmu, amat memahami situasi tersebut.
Memang sebelum ini setiap kali permit kerjanya tamat, saya akan beri peluang dia untuk memperbaharui permit kerja dengan tawaran kenaikan gaji dan bonus. Tapi, seperti yang saya selalu nyatakan padanya, seandainya dia telah berkahwin, saya lebih menyokong untuk dia tinggal bersama suami dan mula membina kehidupan berkeluarga yang normal.
Semalam, kami percepatkan majlis ulang tahun ke 6 Maryam yang sepatutnya diraikan pada minggu depan supaya pembantu saya dapat bersama2 meraikan majlis tersebut. Pada masa yang sama saya dan suami sekalikan sebagai majlis doa selamat perpisahan untuknya. Dalam erti kata lain, majlis Al-Wida... :)
Rasa sedih bila tengook dia mula berkemas. Kalau selalu, dia balik bawak sebuah beg aje. Esok nak balik baru berkemas. Saya dan suami pun dah mula tengok2 mana2 buku yang sesuai sebagai kenang- kenangan dibawa balik. Dua hari lepas waktu beli baju raya, suami belikan sehelai kain untuk dia macam biasa walaupun dia tak sempat nak beraya dengan kami dah.
Walaupun saya memang bayar gaji pembantu saya tiap2 bulan, tapi rasanya masih tak terbalas jasanya selama ni yang membantu saya menguruskan anak2 dan rumah tanpa banyak berkira. Jadi, peluang di saat2 akhir untuk meraikannya enggan saya lepaskan. Selepas ni dah tak de peluang dah nak bagi2 lagi barang kat dia.
Pendek kata;
Pisang emas bawa belayar,
masak sebiji di atas peti
hutang emas dapat dibayar
hutang budi, dibalas Illahi.
masak sebiji di atas peti
hutang emas dapat dibayar
hutang budi, dibalas Illahi.
Semoga sepanjang dia bersama kami, ada amal2 kebaikan yang boleh dijadikan contoh untuk dia manfaatkan sepanjang kehidupan yang akan menjadi amal jariah kami sekeluarga, Isya'Allah.
Assalamualaikum...
ReplyDeletesetiap pertemuan ada perpisahan...mudahan bertemu pengganti nya kelak.
makseh psl duit hanger:)