Showing posts with label Maryam. Show all posts
Showing posts with label Maryam. Show all posts

Wednesday, 12 October 2011

Kemaskini semasa

Assalamualaikum wb...

Pagi tadi Maryam menduduki peperiksaan pemilihan kemasukan ke Tahun Satu.

Sedang membaca doa sebelum memasuki dewan peperiksaan
Yang berkepit dengan cikgu bertudung purple tu adalah Maryam. Tak  nak masuk dalam barisan.



Habis periksa kami pergi makan roti kering dan sup di Delifrance.

Dah happy.. Tak ingat dah nangis2 tadi... :)

Pencuci mulut pulak ialah Black Forest. Sengaja bawak budak2 joli sikit, nak pujuk Maryam yang baru lepas memerah otak jawap kertas periksa. Tengok dalam gambar kedua tu, siap dipeluk cikgu lagi sebab menangis.


Sedapnya Black Forest...


Balik rumah semua dah letih. Tiba2 nenek telefon kata nak hantar bubur. Rupanya, baby Suhaib yang hantar, dalam perjalanan nak pergi shopping.

Comelnya Baby Suhaib... Mata pun dah tak nampak dah...

Setakat ini dulu.

Nota penulis: Entri ini dibuat pada Sabtu lepas tapi menghadapi masalah masa nak publish.


Wednesday, 14 September 2011

Hfmd

Assalamualaikum......

Saya dah dua hari tak ke pejabat sebab Maryam dan Asiah disahkan dijangkiti virus Hand Food and Mouth Disease.

Maryam yang dah berusia 6 thn saya tak risau sangat sebab boleh faham konsep sakit. Asiah pula dah 2 hari tak nak makan. Sepanjang masa dia akan kunci mulutnya. Nak minum susu pun perlu pujuk betul2.

Thursday, 4 August 2011

Perjalanan Ramadhan seorang Maryam

Assalamualaikum wb...

Salam 5 Ramadhan 1432 H.

Kunjungan Ramadhan telah memasuki hari ke 5 dan Maryam masih gigih menjalankan ibadah puasanya untuk kali pertama sepenuhnya.

Saat yang paling dia sukai ialah saat berbuka puasa. Walaupun kami berbuka puasa dengan juadah yang sekadarnya sahaja (mana yang sempat dimasak atau dibeli semasa suami balik dari pejabat), Maryam tetap tidak sabar2 menyambut kedatangan masa berbuka.

Bila dah masuk pukul 6 petang (berbuka pada sekitar 6.55 petang) Maryam mula bertanya sama ada masih lama lagi nak berbuka puasa. Dan sebaik sahaja pengumuman masuk berbuka puasa, Maryam akan menikmati dengan penuh selera apa sahaja yang terhidang di meja. Walhal, sebelum ini Maryam kurang berminat untuk makan terutama selepas pembantu kami berhenti.

Bersahur pun Maryam tidak menghadapi masalah. Saya dari awal telah mengingatkannya untuk memastikan makan banyak supaya tidak lapar semasa berpuasa. Setakat ini Maryam bersahur dengan berselera dan bangun dengan mudah semasa dikejutkan untuk bersahur.

Sebenarnya bukanlah suatu yang mudah untuk mengajar anak berpuasa terutama mereka yang dalam kategori "manja" seperti Maryam. Pada hari pertama dan sehingga hari ini, setiap kali bangun pagi Maryam menangis. Mungkin kerana takut perutnya lapar semasa berpuasa. Cuma menangisnya tidak sekuat semasa hari pertama. Sekarang sudah menjadi rengekan kecil sahaja.

Pukul tiga petang 1 Ramadhan saya menerima panggilan telefon dari rumah. MAryam menangis teresak2. Lapar katanya. Memang saya memahami perasaannya tapi pada pendapat saya, kalau dia dibenarkan berbuka pada kali pertama berpuasa (tahun2 lepas dia dah berlatih puasa sekerat2 hari), dia akan ambil mudah setiap kali merasa sukar berpuasa. Saya call suami dan mintak dia kendalikan situasi tu.

Petang tu balik kerja, saya terus tanya status puasa Maryam. Dia nampak cergas dan ceria jer Alhamdulillah puasanya pada hari pertama berjaya diselamatkan. Malam tu saya berbincang dengan suami. Nampaknya strategi rangsangan semangat perlu dilaksanakan. Kami bersetuju untuk berbuka puasa di luar esoknya.

Jadi, malam tu dah diwar2kan rancangan berbuka puasa di KFC pada esoknya supaya pada hari kedua Maryam akan lebih bersemangat untuk berpuasa. Walaupun bangun pagi masih menangis, tapi Maryam tidak lagi mengadu lapar pada sebelah petang. Dia berpuasa dengan penuh semangat sebab akan berbuka di KFC.

Tapi bila dah berbuka di KFC, kena beli jauh lebih awal sebelum waktu berbuka. Cabarannya pula ialah untuk memastikan Maryam tidak terliur menunggu waktu berbuka. Yang kelakarnya, tak lama selepas makan terhidang di meja, Maryam tanpa "disedari" memasukkan seketul jagung ke mulut. Suami cepat2 suruh dia keluarkan dan berkumur.

Kemudian waktu pengumuman nak masuk waktu berbuka dibuat, dia terlebih dahulu sekali lagi memasukkan jagung tu ke mulutnya. Sekali lagi suami suruh keluarkan semula. Sah ke tak sah, yang penting kita harus bertegas menunjukkan cara berpuasa yang sepatutnya dilalui.

Balik tu kami suami isteri terus buatkan perancangan strategi rangsangan semangat fasa kedua pulak. Pakej rangsangan seterusnya ialah, sekiranya Maryam berjaya berpuasa penuh selama 2 minggu pertama, kami akan berbuka puasa di Secret Recipe. Berpuasa penuh selama selama 2 minggu dalam percubaan pertama memang bukan suatu perkara yang mudah, jadi imbuhannya perlulah suatu yang berbaloi.

Setakat ini, hari ke5 dan misi berpuasa penuh nampaknya berjalan dengan lancar. Semoga Maryam mampu meneruskan perjuangannya supaya kami sekeluarga dapat menumpang merasai imbuhannya... :)

Sehingga kemaskini seterusnya... Insya'Allah.


Selamat Berpuasa.. Ramadhan Kareem...

Thursday, 11 November 2010

Takut kubur gelap

Salam...

Tidak seperti Fatihah, Maryam "liat" sedikit nak mula belajar solat. Setiap kali diajak menyertai kami solat berjemaah, dia akan mencari pelbagai alasan.

Namun, Alhamdulillah sekarang lebih mudah nak ajak dia solat...

Sebabnya?...

Ceritanya begini.....

Kami sekeluarga pernah bercerita pasal kehidupan di alam barzakh semasa membaca buku mengenai tajuk tersebut.

Sebenarnya anak- anak yang mula bertanya mengenai kehidupan di alam kubur apabila kami singgah menunaikan solat di sebuah masjid yang dikelilingi kawasan perkuburan.

Nak cerita pun tak begitu arif sangat menyebabkan saya dan suami mencari buku mengenai alam barzakh. Dan bila dah jumpa dan suami bercerita serba sedikit mengenai alam barzakh, pelbagai pertanyaan keluar dari mulut anak- anak.

Sehingga keluar isu bahawa kubur tu gelap dan banyak haiwan2 berbisa. Tapi kalau kita rajin menunaikan solat, kubur kita akan terang - benderang dan haiwan berbisa pun takut nak datang.

Memang ilmu mengenai alam kubur ni termasuk dalam ilmu ghaib yang kita tak pasti konsep sebenar, namun kami cuba seberapa boleh untuk mengaitkan dengan hakikat nyata untuk memudahkan anak- anak faham.

Dan tiba- tiba suatu hari Maryam secara sukarela memberitahu dia nak ikut solat. Saya tanya kenapa tiba2 je berubah?.

Dia jawab,

"Adik takut kubur gelap"

Alhamdulillah, sehingga sekarang dia sedaya- upaya akan menyertai kami menunaikan solat berjemaah.



Surah Taha Ayat 132:"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman

"Enjoin prayer on thy people, and be constant therein. We ask thee not to provide sustenance: We provide it for thee. But the (fruit of) the Hereafter is for righteousness."
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali


Wallahua'lam...

Wednesday, 28 July 2010

Masukkan kunci ikut tingkap...

Kebiasaannya kalau saya dan suami keluar malam, kami akan membawa kunci rumah supaya tak perlu menyusahkan pembantu dan anak2 semasa keluar dan kalau balik lewat.

Pagi tadi semasa nak bertolak ke pejabat, Maryam sudah bangun dan duduk bersama saya di meja makan menemani saya sarapan. Fatihah dan abahnya dah bertolak awal kerana Fatihah perlu sampai awal ke sekolah. Maryam pula bersekolah sesi tengahari.

Memandangkan pembantu rumah saya yang dipanggil anak2 "kakak" masih di tingkat atas, saya beritahu Maryam untuk mengunci pintu selepas saya keluar. Tapi menurut Maryam dia tak pandai nak kunci pintu. Memang pintu rumah saya ada sedikit masalah dan perlu ditarik sedikit untuk memudahkan untuk dikunci.

Tiba-tiba Maryam mencadangkan supaya saya bawa kunci rumah. Saya gelak sambil memberitahu bahawa saya bukannya keluar berjalan sebentar seperti selalu.

"Mama masukkanlah semula kunci tu ikut tingkap", Maryam menjawab selamba.

Saya terperanjat. Tak pernah pulak saya terfikir macam tu.

"Kakak" yang terdengar perbualan kami dari tingkat atas pun turut tergelak sebab tak pernah pun sapa2 buat macam tu sebelum ni.

Saya pandang Maryam. Maryam cuma tersengih.

Lepas tu saya suruh dia buka tingkat. Dalam hati saya memang dia tak dapat buat sebab tingkap tu tinggi sedikit untuknya yang baru berusia lima tahun. Yang kelakarnya, dia pegi panjat jeriji tingkap dan terus buka tingkap.

Pagi tadi saya belajar benda baru. Kunci dari luar dan masukkan balik kunci ikut tingkap.