Friday, 30 July 2010

Kaleidoskop rasa

Dari kaca matamu
garis kehidupan tidak lagi lurus
hanya lakaran warna
di kanvas tanpa sempadan

dan dentingan masa
adalah irama ketenangan
usia hanya angka kosong
tanpa sebarang makna

di mata mu anak
detik dan titik tidak lagi berbeza
hanya kaleidoskop rasa
berbaur mencipta cinta.

Imam Muda (Peringkat Akhir)

Malam ini Siri Imam Muda akan melangkah ke gerbang penamat.

Pada hakikatnya, peringkat akhir bukanlan untuk mencari pemenang. Menurut Pengetua, semua yang menyertai (malahan yang tidak terpilih) memang telah layak menjadi Imam.

Namun, pastinya tujuan utama program ini sebenarnya untuk membuka mata masyarakat bahawa masih banyak peranan yang boleh dimainkan oleh remaja masa kini selain dari menjadi selebriti program hiburan.

Dan supaya kita lebih berfikiran positif bahawa masih ada harapan untuk kita melihat generasi anak- anak kita menikmati kehidupan sejahtera dari segi fizikal, moral dan rohani.

Yang pentingnya sekarang ialah untuk setiap anggota masyarakat memainkan peranan dengan terancang dan berkesan untuk memastikan persekitaran di mana anak-anak kita membesar terpelihara dari unsur- unsur negatif.

Kita harus bijak untuk memanfaatkan semua sumber maklumat seperti televisyen, radio, akhbar dan internet supaya "memihak" ke arah yang kita inginkan.

Sebagai contoh, berbanding dengan 10 tahun lepas, hari ini telah banyak program televisyen dan radio dirangka seiring dengan pembangunan insan seperti yang dihidangkan oleh Radio IKIM dan Astro Oasis.

Pada sisi lain, lambakan majalah dan akhbar yang menawarkan maklumat membina berupaya membantu kita dalam pembentukan generasi baru yang mampan. Majalah seperti Solusi dan Anis (Sekadar menyebut beberapa nama) adalah beberapa nama yang boleh diberi perhatian.

Secara ringkasnya, saya menyimpan harapan positif untuk angkatan baru yang disertai oleh anak-anak saya akan tetap utuh dan terpelihara untuk menjadi pelapis masyarakat Islam masa hadapan.

Thursday, 29 July 2010

Mari le berekreasi dan beriadhah...

Ringkasan Segmen Motivasi Pagi, IKIM.fm, 30 Julai 2010 (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

Nota: Saya hanya sempat mendengar di pertengahan segmen, jadi saya catatkan setakat yang mampu.


1. Iman menurun dan menaik

Hadis Nabi S.A.W mengenai Sahabah bernama Hanzalah yang menganggap dirinya munafik kerana Imannya yang menaik semasa di Majlis Nabi SAW tetapi menurun semula apabila berada di tempat lain. Nabi SAW bersabda bahawa seandainya Iman seseorang itu sentiasa sama sahaja dalam semua keadaan, para Malaikat pun akan berjabat tangan dengannya (tabik spring kata penceramah).

Menurut Nabi SAW, Iman seseorang itu secara biasanya sebagai manusia akan turun naik mengikut keadaan. Tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha meningkatkan tahap Iman kita.

(Riwayat Muslim, saya akan cuba dapatkan maklumat terperinci mengenai hadith ini, Insya'Allah)

2. 4 aktiviti yang tidak dianggap membazir oleh Nabi SAW walaupun secara kasarnya seperti tidak mendatangkan faedah
  1. Aktiviti berulang- alik melepaskan anak panah dan mengambilnya semula dari papan sasar
  2. Aktiviti berlatih menunggang kuda
  3. Aktiviti bersenang-senang dengan pasangan dan anak2/ ibu bapa
  4. Aktiviti berenang
3. Wajib mengambil berat mengenai kesihatan

Islam menggalakkan bersukan dan berekreaksi bersama keluarga untuk menjaga kesihatan badan dan pada masa yang sama mengekalkan kebahagiaaan rumah tangga.

4. Nabi SAW turut berekreasi bersama isteri

Semasa dalam perjalanan ke suatu tempat bersama Saiditina Aisyah dan sahabah2 yang lain, Nabi SAW telah menyuruh Sahabah berjalan di depan dan meninggalkan Baginda SAW di belakang rombongan.

Kemudian, Nabi SAW dan Saiditina Aisyah telah menggunakan masa tersebut untuk berlumba lari sesama sendiri.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Wallahua'lam

Wednesday, 28 July 2010

Masukkan kunci ikut tingkap...

Kebiasaannya kalau saya dan suami keluar malam, kami akan membawa kunci rumah supaya tak perlu menyusahkan pembantu dan anak2 semasa keluar dan kalau balik lewat.

Pagi tadi semasa nak bertolak ke pejabat, Maryam sudah bangun dan duduk bersama saya di meja makan menemani saya sarapan. Fatihah dan abahnya dah bertolak awal kerana Fatihah perlu sampai awal ke sekolah. Maryam pula bersekolah sesi tengahari.

Memandangkan pembantu rumah saya yang dipanggil anak2 "kakak" masih di tingkat atas, saya beritahu Maryam untuk mengunci pintu selepas saya keluar. Tapi menurut Maryam dia tak pandai nak kunci pintu. Memang pintu rumah saya ada sedikit masalah dan perlu ditarik sedikit untuk memudahkan untuk dikunci.

Tiba-tiba Maryam mencadangkan supaya saya bawa kunci rumah. Saya gelak sambil memberitahu bahawa saya bukannya keluar berjalan sebentar seperti selalu.

"Mama masukkanlah semula kunci tu ikut tingkap", Maryam menjawab selamba.

Saya terperanjat. Tak pernah pulak saya terfikir macam tu.

"Kakak" yang terdengar perbualan kami dari tingkat atas pun turut tergelak sebab tak pernah pun sapa2 buat macam tu sebelum ni.

Saya pandang Maryam. Maryam cuma tersengih.

Lepas tu saya suruh dia buka tingkat. Dalam hati saya memang dia tak dapat buat sebab tingkap tu tinggi sedikit untuknya yang baru berusia lima tahun. Yang kelakarnya, dia pegi panjat jeriji tingkap dan terus buka tingkap.

Pagi tadi saya belajar benda baru. Kunci dari luar dan masukkan balik kunci ikut tingkap.

Crown Square Book Fair 2010 (Kuching)

Venue: Crown Square (Kuching)

Date: July 31 2010 to Aug 15 2010

According to organiser/ head of Second Time Around Used Books, LArry Siah:

"- 50,000 copies will be available for the public at a price of under RM10 each, out of it 40,000 would children's books.

-Children books will include titles from Baby Board books, Disney Readers, children classics, musical books and youth fiction

- Other books would be fiction, textbooks, cookbooks, health, business and inspirational books

- the books are from United States and have been on the shelves of libraries or homes.

-For every purchase of RM50, will receive RM5 voucher redeemable in any store/ restaurant in Crown Square.

- ANy purchase over RM10 will qualify for a lucky draw for one of 200 free one-month subscription local newspaper (Sarawak Tribune/ Borneo Post)

- 7-8 Aug- Spelling Bee Contest

- Part of the proceeds of Book Fair would be used to support rural literacy projects.

- Any government school especially those in rural areas of Sarawak are invited to write in if they need English Book for their library. Just explain why they want the books and they will be offered 30 free books of their own choice."

From ""Crown Square to Hold Book Fair";The Borneo Post; Thursday July 29 2010;
page D4"

Baiti Jannati...

Ringkasan Segmen Motivasi Pagi- IKIM.fm 29.07.2010


============================

1. Manusia diberi empowermen untuk mentadbir satu unit pemerintahan kecil dikenali sebagai institusi keluarga.

2. Rumahtangga dibina di atas asas Sakinah, Mawaddah wa Rahmah

- Peringkat pertama- Sakinah

Ia dikenali sebagai Sakinah kerana melalui perkahwinan, ketenangan fikiran dan dan asas kehidupan manusia normal telah dikecap. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat bulan madu.

- Peringkat kedua- Mawaddah

Setelah melepasi peringkat bulan madu, akan tiba peringkat di mana pasangan mula mengenali sifat sebenar pasangan masing-masing. Di peringkat ini mula muncul silap faham dan konflik di celah kehidupan harian. Namun, sikap tolak ansur dan kesabaran di antara pasangan mampu membantu pasangan melepasi segala cabaran. Hasilnya ikatan kasih sayang pasangan akan bertambah erat.

Kebahagiaan rumahtangga bukanlah dijamin dengan suasana perhubungan yang sentiasa tenang tetapi melalui keupayaan pasangan untukmengendali perhubungan semasa berhadapan dengan konflik.

-peringkat ketiga- Rahmah

Namun sekiranya sebuah rumahtangga yang dibina tidak memiliki lambang kebahagiaan seperti zuriat, maka unsur rahmah harus diwujudkan untuk mengekal rumahtangga. Sebagai contoh, melalui rahmah seorang suami sanggup melepaskan peluang2 lain untuk memperolehi zuriat demi kasih sayang kepada isteri.

Isteri juga demi kasih sayang kepada suami sanggup memberi peluang untuk mempertimbangkan jalan2 lain seperti mengambil anak angkat atau poligami (mungkin sedikit sensitif).


3. Kemampuan pasangan mengendalikan rumahtangga dengan bijak akan menjadikan baiti sebagai jannnati di dunia manakala di akhirat pula InsyaAllah mendiami jannati sebagai baiti.

+++++++++++++++++++++++++++++++

WalahuA'lam.

Amal sebesar zarah

Dalam renungmu

kau selak lembar hikmah

tercatat dakwat merah berdarah

mengalir sungai ke muara

dan jiwamu meraung

di dada api membakar kesal



saat tersentak sedar

gerimis hikmah berderai

mendingin bara

kerna di sana

amal sehalus zarah

akan tetap dikira.







Nota kemaskini Penulis:



Tersiar pada 10 Ogos 2011 dengan tajuk ditukar sedikit kepada " Sehalus Zarah")



11/8/11

Sunday, 25 July 2010

Nisfu Syaaban (dipetik dari emel)

Dipetik dari e-mel:

+++++++++++++++++++++++++

Assalamualaikum w.b.t...

Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..!

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam
Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk
memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku
catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru.


Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
pohonlah segala yang baik dan munafaat.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah al-Ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam

Wassalam.

+++++++++++++++++++++++++++

Mulut Laser tapi Hati Baik...

Penceramah kat IKIM.fm kata:

"Buah limau kalau diperah akan mengeluarkan air limau"

Maknanya buah limau kalau diperah takkan mengeluarkan madu.

Fikir-fikirkan sempena menyambut Ramadhan yang bakal berkunjung sedikit masa lagi.

Friday, 23 July 2010

Pustaka di Rumah (i)



Rak buku di ruang makan..


Koleksi antologi cerpen penulis Malaysia yang dibeli semasa Jualan Buku Dawama beberapa bulan lepas...


Salah satu koleksi buku grolier yang dibeli untuk anak2 kira2 lapan tahun lepas.. waktu anak sulung masih baby... sekarang Fatihah dah di tahun dua...


Buku anak2 di rak tivi


Buku anak2 di rak tivi..

Anjakan Paradigma

Minggu lepas saya telah diarahkan untuk menghadiri bengkel membangun semula (Redevelopment) sistem kewangan jabatan. Ia boleh dianggap sebuah bengkel yang intensif kerana ia dijalankan selama 3 hari bermula pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 10 malam setiap hari.

Tujuan utama bengkel adalah untuk mengenalpasti pelbagai masalah yang wujud dalam perlaksanaan sistem semasa dan cuba untuk memasukkan penyelesaiannya di dalam sistem baru.

Sebagai pengguna utama kepada sistem tersebut, saya adalah di antara kumpulan sasar yang "diperah otak" (brainstorm) untuk mendapatkan sebanyak input yang boleh. Memang betul-betul "taufan" kepala saya terutama pada dua hari pertama bengkel tersebut. Sampaikan ahli kumpulan saya sengih2 je bila tengok air muka saya berkerut seperti dipukul ribut.

Yang nak dikongsi saya sebenarnya ialah walaupun saya rasa betul2 tertekan waktu bengkel tersebut, tetapi sebaliknya selepas kembali semula ke pejabat, timbul satu perasaan yang berbeza.

Saya rasa lega sangat. Dan saya melihat beban kerja melalui "kaca mata" yang lebih positif. Sehingga hari ini saya masih "feel good" dan lebih yakin untuk melaksanakan tugas rasmi harian.

Kenapa agaknya ya?. Mungkin sesi "brainstorm" yang saya lalui hari tu telah menganjak sistem berfikir saya ke aras yang baru yang sebelum ini saya tak mampu nak capai melalui tekanan biasa... Agaknyalah...

WallahuA'lam...

Thursday, 22 July 2010

Surat Taa Haa

Juadah Tengahari Jumaat

+++++++++++++++++++++++++++++++++

1. Doa Penerang Hati dan untuk Memudahkan Urusan

قَالَ رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى (٢٥) وَيَسِّرۡ لِىٓ أَمۡرِى (٢٦) وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى (٢٧) يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى (٢٨

-(Moses) said: My Lord! relieve my mind (25) And ease my task for me; (26) And loose a knot from my tongue, (27) That they may understand my saying. (28)


-Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (25) Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (26) Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (27) Supaya mereka faham perkataanku;


2. Jawapan kepada persoalan kenapa Hari Kiamat tidak diberitahu bila akan berlaku



إِنَّ ٱلسَّاعَةَ ءَاتِيَةٌ أَكَادُ أُخۡفِيہَا لِتُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا تَسۡعَىٰ (١٥) فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنۡہَا مَن لَّا يُؤۡمِنُ بِہَا وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ فَتَرۡدَىٰ (١٦)

-"Verily, the Hour is coming and I am almost hiding it from myself - that every person may be rewarded for that which he strives. (15) "Therefore, let not the one who believes not therein (i.e. in the Day of Resurrection, Reckoning, Paradise and Hell), but follows his own lusts,[] divert you therefrom, lest you perish. (16)


- Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. (16)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Go for it....

Kelemahan saya; saya sukar nak berbicara di hadapan orang ramai.

Saya rasa hal ini berlaku kerana rasa rendah diri terhadap keupayaan diri sendiri. Buktinya saya akan menggeletar tahap teruk setiap kali berucap di khalayak ramai. Tapi kali ni saya tak nak cerita pasal tu sebab kalau mula, payah nak berhenti.

Pada mesyuarat jabatan saya yang lepas saya telah diamanahkan untuk melaksanakan satu program kecil. Itupun sebab mulut saya "gatal" mengajukan pendapat. Akhirnya saya yang kena buat.

Strategi saya untuk melaksanakan program ni ialah dengan mendapatkan pelbagai input dari pihak pekerja supaya perlaksanaannya nanti mendapat sambutan dari semua pihak. Jadi saya rancang nak jumpa wakil pekerja untuk mendapat kerjasama mereka.

Sepanjang minggu lepas saya rasa tak sedap hati sebab tak yakin yang saya mampu untuk memahamkan wakil2 tersebut mengenai idea saya. Dan saya juga risau yang saya akan "syok sendiri" dalam melaksanakan program ni.

Tapi memandangkan minggu depan terdapat kumpulan pekerja yang akan mengadakan mesyuarat kumpulan masing2, saya rasa saya dah tak boleh bertangguh untuk memanggil wakil2 tersebut.

Jadi, paksa dalam rela petang semalam saya pun tergocoh2 le panggil diorang untuk buat perbincangan ringkas pagi ni. Sebentar tadi baru je selesai perbincangan, dan nampaknya wakil2 pekerja menunjukkan yang mereka faham dengan idea yang saya kemukakan dan berminat untuk membantu mendapatkan maklumbalas dari ahli2 mereka.

Semasa menaip ni, saya rasa lega sangat. Rasa dah hilang berguni2 beban yang saya pikul dalam seminggu nih.

Pengajarannya,
  • dalam melaksanakan sesuatu perkara, kita harus yakin terhadap kemampuan diri sendiri
  • jangan teragak-agak untuk melaksanakan idea kita kerana kita tidak akan tahu samada ia akan berjaya atau tidak selagi ia tidak dilaksanakan
  • jangan takut gagal kerana gagal adalah perkara yang harus ditempuhi untuk mencapai kejayaan.
Yesss.... I feel good... :).. Alhamdulillah kerana Dia Yang Maha Pemudah segala urusan...

Pecah Amanah?...

Waktu tu saya masih belajar di sekolah rendah, saya tak ingat darjah berapa tapi kemungkinan darjah dua dan abang saya darjah tiga. Saya sesi pagi dan abang saya yang setahun lebih tua belajar di sesi petang.

Saya dan abang saya boleh dikatakan rapat kerana usia kami yang tidak jauh beza. Sebelum itu kami sama2 bersekolah sesi pagi jadi pada tahun tersebut kami cuma berpeluang berjumpa pada sebelah malam sahaja.

Pada suatu ketika saya terjumpa sejenis kuih yang saya rasa sedap sangat dan saya cakap kat abang saya. Kisahnya, abang saya teringin jugak nak rasa. Jadi dia pesan saya belikan untuk dia dan bawa balik.

Saya si adik bertuah ni pun pegi lah carik kuih tu waktu rehat esoknya. Malangnya hari tu saya tak dapat beli (Tak ingat sebab kuih habis ke sebab tak jual hari tu). Yang kelakarnya, dengan selambanya saya guna duit tu untuk beli karipap. Lepas tu karipap tu saya makan sendiri. Lepas tu saya boleh lupa pulak cerita tu.

Satu hari, abah saya panggil saya. Dia tanya ada tak abang saya suruh saya beli kuih. Waktu tu baru la saya teringat balik cerita tu. Saya pun dengan muka cucoq badak cakap la kat abah saya yang hari tu kuih tu tak ada. Abah saya tanya saya buat apa dengan duit tu. Saya cakap la saya dah beli karipap. Lepas tu abah saya suruh saya ganti balik duit tu.

Rupa2nya abang saya yang baik hati tu "makan hati" sebab saya dah seleweng duit dia, tapi dia tak berani nak tanya saya sendiri. Saya syak dia cakap kat abah saya pasal tu. Tapi sebab saya kecik lagi waktu tu, jadi saya tak terfikir lak nak tanya dia balik.

Sampai sekarang, saya masih tak lupa kisah tu walaupun saya tak dapat ingat dengan jelas cerita sebenarnya. Tapi saya tak pasti sama ada abang saya yang baik hati tu ingat ke tak perbuatan onar yang adik dia buat kat dia dulu.

Sebenarnya saya tak de pun terfikir nak aniaya duit abang saya, tapi cuma otak bijak saya waktu kecik tu tak terfikir pun nak bagi balik duit dia kalau barang yang disuruh beli tu tak de.

Macam tu rupanya fikiran budak-budak agaknya ya... Kalau dari sudut orang dewasa memang tak logik buat cam tu.. Jadi pengajarannya, kalau anak2 buat benda2 tak masuk akal tu, ingat le.. awak tu pun pernah jadi budak... (ingatan untuk diri sendiri) :)

chop... chop... nak tau tak kuih apa yang sedap sangat yang saya cakap tu... Sebenarnya kuih tu pulut sambal jer.. Tapi waktu kami kecik2 dulu kami jarang tengok org jual kuih tu.. sekarang ni saya dah pandai buat sendiri.. nanti abang saya balik kampung lagi saya nak jamu dia kuih tu banyak2... :)

Wednesday, 21 July 2010

bingkisan semangat

Menyingkap tabir pandangmu
terpampang foto pasrah
di dinding kamar setia
hati seorang suami

dan genggaman tangan kecil
kian lerai disapa gerimis petang
saat haruman mawar di laman
masih semerbak

dan bingkisan semangat
yang kau titip semalam
masih di kaku di situ
namun megah dibalut tabah.

Al-Quran Teman Perjalanan Kehidupan

Hidup kita sentiasa ada pasang surutnya. Turun naiknya.

Perjalanan Iman kita juga begitu. Termasuk diri saya. Kerap saya teringat kata- kata ini " Iman kita amat nipis, sama seperti kulit bawang".

Waktu kupas bawang, cuba belek kulit dia. Bukan yang dah kering atau yang tebal tu. Tapi selaput dia yang nipis dan telus tu. Amat nipis, kan.

Kadang-kadang saya bagai berputus asa.

"Aku ni insan biasa jer. Takkan mampu nak solat awal waktu. Tu pun tak pasti khusyuk ke tak. Baca Al-Qur'an pun hati aku bukannya nak lembut. Dah banyak sangat buat dosa"

Kerap hati saya berbisik macam tu.

Tapi dalam kekalutan jiwa seperti itu, saya hanya berpaut pada satu perkara.

Dalam AL-Qur'an (saya tak pasti ayat mana), yang menganjurkan supaya tetap membaca Al-Qur'an walau dalam keadaan apa sekalipun.

Dan saya sendiri mengakui hakikat ini. Dalam ketika saya "hanyut" dalam arus kehidupan, kesibukan dunia menyebabkan solat saya semakin lewat. Bukan tidak resah. Bukan tidak gundah. Tapi kelemahan jiwa menyebabkan saya semakin leka.

Bila keresahan semakin menghimpit jiwa dan kegundahan menghiris rasa, saya mula bertanya kepada diri. Dari mana saya harus bermula, untuk merintis jalan kembali.

Andai jiwa sudah jauh terleka, solat bukan lagi satu penawar, malah dianggap hanya setakat tanggungjawab untuk melepas dosa. Bukan lagi satu penghibur, malah hanya jalan untuk cuba lepas dari neraka. Malah sampai satu ketika saya rasa dengan mutu solat saya, adakah layak dianggap ibadah seorang hamba.

Pada saat itu saya nampak hanya Al-Qur'an yang menjadi kunci untuk membuka jalan yang saya ingin cari. Dan saya akui, dalam kejahilan diri, menggagahkan diri membuka Al-Qur'an, membaca satu demi satu ayat yang terpapar di dalamnya, saya dapat merasa hati saya akan cair.

Dan solat saya akan lebih terjaga. Seterusnya hati akan lebih ringan untuk menjenguk Al-Quran dengan lebih kerap.. dan begitu lah seterusnya... Yang kalau dipelihara dalam jangka masa panjang akan melahirkan kesan yang positif.

Namun, seperti yang diakui, saya masih lemah... masih mudah terleka.. Masanya mungkin akan tiba di mana saya akan hanyut semula dalam kehidupan dunia...

Tapi saya tetap yakin, selagi Al-Qur'an menjadi teman, saya tetap akan cuba untuk mengendali bahtera kehidupan saya untuk sentiasa kembali ke tujuan yang sepatutnya setiap kali ia mula tersasar di bawa arus dunia.

Singkatnya masa...

Menekur bait-bait bicaranya lewat paparan blog, saya bagai amat mengenali dirinya.

Terasa ketabahannya mendakap hati saya. Menompang semangat saya dalam menjalani hari-hari yang penuh cabaran. Gelak tawanya, tangis rintihnya, syukur zikirnya bagai hamparan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Harum menghiasi laman blognya.

Pada hakikatnya, dia tiada lagi bersama kita untuk menghuni dunia yang sementara. Dia telah lebih dahulu meninggalkan kita untuk berpindah ke alam kekal.

Namun melalui catatan-catatannya yang dilakar selepas dia mengetahui mengenai barah yang dihidapi, saya pinjam semangatnya. Saya pinjam tabahnya. Saya pinjam sabarnya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dia telah menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah di dunia. Dan perginya dengan penuh kesedaran bahawa tempoh masanya dikira detik demi detik. Saat demi saat.

Bagaimana pula dengan saya? Tempoh saya di dunia juga dikira detik demi detik. Saat demi saat. Tapi bilakah detik itu? Bilakah saat itu? Dalam keadaan apakah saya bila saat itu tiba? Bersediakah saya?

Betapa singkatnya masa padahal amat banyak yang belum dilaksana....

Surah Al-Waqiah

Sarapan Pagi Khamis


( وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَـٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ (٨٥

- And We are nearer unto him than ye are, but ye see not - (85)

-"dan Kami lebih dekat dengannya daripadamu, tetapi kamu tidak dapat melihat (ketika itu)"

(Surah Al-waqiah: 85)

(saya baca surah Al-Waqiah dan Al-Hadid)

Boleh rujuk link ni untuk AlQur'an dalam talian.

Tuesday, 20 July 2010

Al-Ankabut

Juadah Pagi Rabu


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1. "Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji"

(Surah Al-Ankabut; Ayat 2)

(Saya baca ayat 1-14)


2. Siri Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Paling Bahagia
  • Mawar Kesembilan- Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu
  • Melati Kedua- Jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.

3. Siri Indahnya Hidup Bersyariat

  1. Pengertian Solat Jamak: Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu; solat zohor di dalam Asar dan sebaliknya, atau solat Maghrib di dalam waktu Isya atau sebaliknya.
  2. Bacaan Sujud Sahwi: Subhana man lam yanamu wa lam yas-hur
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Nota Penulis:

"Terlalu singkat masa yang ada, namun terlalu banyak yang harus dilaksana"


Al-Fatihah

Saya terjumpa blog ini sewaktu blogwalking sebentar tadi...

Pemiliknya baru sahaja berhijrah ke alam kekal semalam kerana menghidap kanser payudara.. Saya pun belum berkesempatan untuk menelusuri blognya dan pautkannya di sini untuk mudah saya menjenguk nanti2....

Saya terharu walau tidak pernah mengenali beliau dan membaca tulisannya sewaktu hidupnya... Tetapi saya doakan amalan baiknya akan berterusan mengalir melalui tulisan blog beliau kerana walaupun baru sedikit menelusuri blog beliau saya yakin saya adalah salah seorang dari insan yang akan sentiasa mengambil pengajaran dari situ.

AlFatihah....

Monday, 19 July 2010

RM19.60

Berkaitan dengan entri sebelum ini mengenai kenaikan harga barang.

Baru sebentar saya berbelanja RM19.60 di pasaraya kat tingkat bawah. Mari kita tengok apakah yang boleh saya beli dengan jumlah tersebut dan pada suatu masa nanti kita boleh rujuk dan banding maklumat ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
  • Kraft Jacob High Fibre Pek Nilai 445 g RM6.80 (nak makan dengan sambal goreng, simpan kat ofis)
  • Anlene Concentrate Chocolate 4-pack set RM5.90 (pengaruh iklan)
  • Coated Green Peas Tong Garden 150g RM2.90 (my favourite)
  • 2 botol Air Mineral Borneo RM4.00 (Maryam suruh beli, untuk simpan kat ofis)
RM19.60
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gula naik

Ada ketika kita berasa tiada isu untuk diperkatakan.

Betul ke tak ada isu?

Atau sebenarnya terlalu banyak isu yang ingin diketengahkan sehingga tak tahu nak pilih yang mana.

Siapa kata tak ada isu? Banyak sebenarnya cerita.

Ambil satu contoh. Harga gula dan minyak naik lagi. Apa kesan jangka panjang terhadap masyarakat?

Harga gula naik. Besar kemungkinan akan diikuti oleh harga barangan lain walaupun cuba dinafikan oleh golongan peniaga. Harga barangan naik sedangkan pendapatan pengguna tak naik.

Akibatnya, kuasa membeli akan menurun. Dengan gaji sekarang, barang yang mampu dibeli akan berkurangan. Kalau masih mengekalkan gaya hidup yang sama sebelum gula naik, maknanya ia terpaksa ditanggung dengan punca pendapatan lain; cari kerja sambilan selain dari kerja utama atau BERHUTANG.

Kesimpulannya, pilihan di tangan sendiri. Setiap kali kenaikan harga barang utama diumumkan, sebenarnya kehidupan kita tidak lagi serupa. Ia menuntut perubahan gaya hidup setiap ahli masyarakat. Kegagalan untuk memberi tindakbalas yang tepat, tidak mustahil akan mempengaruhi kehidupan kita di masa depan.

Alahai anakku sayang...

++++++++++++++++++++++++

"Mama hari ni bawak bekal?"


"Aaa..aa.."

"Mana botol air Mama?"

"Nanti Mama beli air botol kat kedai."

"Kenapa Mama tak letak bekal tu kat tepi beg?"

"Tak muat. Poket tepi beg tu kecik."

"Ooooo.."

Senyap......

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota Penulis:

Mentang2 le kita bawak bekal macam dia bawak bekal pegi sekolah, dia ingat semua mesti buat sama macam dia. :)

Selendang mimpi

Semalam yang masih sepi
perlahan beransur pergi
mengheret pedih derita
di sebalik selendang mimpi

andai garis senyummu
adalah janji yang pasti
akan kuhampar harapan
di anjung setiamu

dan saat mentari menyapa
dingin embun kasih
tidak lagi bersisa...

Yang tinggal
hanya hampa.

Tuesday, 13 July 2010

Hanya untuk yang berfikir

Sekali memandang
rumput di bumi
awan di langit
air di laut
arus di sungai

aku di sini
masih berdiri
bersama ruang sepi
kugenggam mimpi
yang belum pasti

di kaki langit
senja menyapa
di situ ada semangat
di situ ada nasihat
di situ ada azimat

untuk diri
yang ingin berfikir..

Lawak ke?

Dalam perjalanan ke pasaraya, saya dan suami rancak berbual.

Sedar tak sedar dah pun sampai ke tempat nak dituju. Sewaktu nak buka pintu kereta, saya angkat gagang pintu serentak dengan suami yang baru nak buka klip "central lock" kereta.

Jadi, pintu sebelah duduk saya tak dapat dibuka. Pada masa yang sama suami saya menyebut perkataan "hands-on" yang berkaitan dengan perbincangan rancak kami sebentar tadi.

Saya cakap kat suami saya,

"Sekali lagi bang", sebab nak suruh suami saya cuba tutup dan buka lagi sekali "central lock" kereta.

Tapi, suami saya silap faham.

Selamba jer dia ulang lagi sekali apa yang dia cakap,

" Hands-on"....


Tawakkal

Saudara,

Andai salammu tidak berjawab
Redhalah

Ajal dan jodoh telah tersurat
Rahsia hikmahNya pasti tersirat

Hanya sekadar pesan
seorang sahabat...


-latihtubi-

Imej Kehidupan

-Nenek dan cucu2nya ...


- Pejabat di puncak bukit..


- Menghilir kehidupan...


- Masjid Bahagian di pinggir sungai..


- Istana dan keusangan di sekitarnya....


- Kehidupan ibarat sampan, dayungnya di tangan penambang...


- Tangga?..



- Puteri kek... Hmmm... Manisnya...


- Warna....


-Warna.....

Imej kehidupan di hujung minggu


- Menikmati keindahan pagi Ahad bersama keluarga.



- Sebutir embun di pagi hari, hayatnya hanya setakat sinar mentari..




- Tasik lambang ketenangan jiwa..




- Jiwa anak2 sentiasa membara untuk mara menyapa dewasa...



-Letih sangat lepas berjogging..



- Esok Maryam raikan harijadi awal sehari sebab lusa mama dan abah kena hadiri kursus kat luar stesen. Mama pulak cuba bakat hias kek... :)

Monday, 12 July 2010

Hmm.. Kecilnya dunia ni...

Pernah tak anda berada dalam situasi yang anda rasakan suatu misteri/ pelik/ kebetulan atau suratan?

Apa maksudnya tu?

Sekadar mengemukakan satu contoh;

Anda menghadiri satu majlis. Dan di sana anda beramah mesra dengan hadirin yang lain. Pastinya anda akan menegur sapa mereka di kiri kanan anda.

Nama sapa?
Dari mana?
Kerja kat mana?
bla... bla... bla...

Dalam seronok- seronok berborak, selidik punya selidik...

- Rupa-rupanya kawan tu saudara bau-bau bacang anda sendiri yang lama dah tak jumpa sebab berpindah tempat tinggal; atau

- dia rupa2 nya isteri kepada bekas teman istimewa anda suatu masa dulu

- dia anak guru anda semasa sekolah rendah yang memang lama dah anda nak jumpa semula

- kawan tu bercerita pasal isteri kepada sepupu jirannya dan rupa2nya cerita tu mengenai diri anda (andalah isteri sepupu jirannya tu)

Seperti yang saya katakan di atas, cerita2 itu hanyalah sekadar menyebut contoh2 yang mungkin berlaku kepada diri anda.

Saya sendiri pernah bertembung dengan beberapa situasi yang amat kebetulan atau suratan, dan pada masa tersebut saya merasakan...

"hhmm.. Kecilnya dunia ni.... "

Wednesday, 7 July 2010

Sejernih kasihNya

Sejernih air di sungai
mengalir tenang ke hulu

kau tanya mengapa kecewa
hanya kerana cinta
padahal Allah tetap di situ
menghuni jiwaku
asalkan aku bersihkan hatiku
pasti akan kutemu CahayaNya

hatiku tersentak
mata hati kubuka
biar cahaya menerang sukma
dan aku yakin
akan bersua KasihNya

dan sungai akan terus mengalir
tenangnya hanya pada yang mencari cinta Illahi.

nota: sekadar latihtubi setelah menyepi.. :)

Friday, 2 July 2010

Sakinah, akak post resipi kat sini ya...

Sakinah, akak mintak izin copy and paste untuk rujukan masa depan...

Keseluruhan posting adalah dari blog saudari saya, Sakinah...

"Sumber dirujuk Dari Dapur CT


Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko*
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula kastor
1/3 cawan minyak masak sayuran/minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar [saya guna susu cair saja]
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka) [saya pun guna cuka]

Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
2. Dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi betul2 panas).
4. Tapiskan adunan. [saya tak tapis pun]
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong.


Menurut sumber, fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar."