Wednesday, 7 July 2010

Sejernih kasihNya

Sejernih air di sungai
mengalir tenang ke hulu

kau tanya mengapa kecewa
hanya kerana cinta
padahal Allah tetap di situ
menghuni jiwaku
asalkan aku bersihkan hatiku
pasti akan kutemu CahayaNya

hatiku tersentak
mata hati kubuka
biar cahaya menerang sukma
dan aku yakin
akan bersua KasihNya

dan sungai akan terus mengalir
tenangnya hanya pada yang mencari cinta Illahi.

nota: sekadar latihtubi setelah menyepi.. :)

2 comments:

  1. Salam,

    akak ada bakat :)

    ReplyDelete
  2. Salam Sakinah... Alhamdulillah :)... Akak baru belajar bidang ni.. kali pertama akak hasilkan benda yang boleh dipanggil sajak ni dalam 4 tahun yang lepas..
    belajar sikit demi sikit dari bahan bacaan dan buat latihan selalu kat blog ni.. sabar je lah ya kalau baca posting akak yang pelik2 tu... :)

    ReplyDelete