Wednesday, 28 July 2010

Amal sebesar zarah

Dalam renungmu

kau selak lembar hikmah

tercatat dakwat merah berdarah

mengalir sungai ke muara

dan jiwamu meraung

di dada api membakar kesal



saat tersentak sedar

gerimis hikmah berderai

mendingin bara

kerna di sana

amal sehalus zarah

akan tetap dikira.







Nota kemaskini Penulis:



Tersiar pada 10 Ogos 2011 dengan tajuk ditukar sedikit kepada " Sehalus Zarah")



11/8/11

2 comments:

  1. Salam,

    "Rahmat Allah menentukan syurga atau neraka. Ikhlas sebab turunnya rahmat Allah. Boleh jadi kebaikan-kebaikan kecil itulah yang akan mendatangkan pahala yang besar kerana keikhlasan ketika melakukannya"

    :)

    ReplyDelete
  2. Salam Sakinah:

    Betul tu.

    Syurga atau neraka bukan amal kita yang menentukan.

    Namun perlu ada perasaan "khauf wa raja'" dalam setiap amalan kita.

    Khauf/ takut amalan tidak diterima, jadi kita akan berusaha untuk memperbaiki.

    Raja'/ harapan yang amalan kita akan diterima Allah, jadi kita tidak akan berputus asa bila hanya mampu melaksanakan amalan yang nampak kecil di mata kita.

    Thanks Sakinah, akak belajar dari perbincangan kita.. :)

    ReplyDelete