Kebiasaannya kalau saya dan suami keluar malam, kami akan membawa kunci rumah supaya tak perlu menyusahkan pembantu dan anak2 semasa keluar dan kalau balik lewat.
Pagi tadi semasa nak bertolak ke pejabat, Maryam sudah bangun dan duduk bersama saya di meja makan menemani saya sarapan. Fatihah dan abahnya dah bertolak awal kerana Fatihah perlu sampai awal ke sekolah. Maryam pula bersekolah sesi tengahari.
Memandangkan pembantu rumah saya yang dipanggil anak2 "kakak" masih di tingkat atas, saya beritahu Maryam untuk mengunci pintu selepas saya keluar. Tapi menurut Maryam dia tak pandai nak kunci pintu. Memang pintu rumah saya ada sedikit masalah dan perlu ditarik sedikit untuk memudahkan untuk dikunci.
Tiba-tiba Maryam mencadangkan supaya saya bawa kunci rumah. Saya gelak sambil memberitahu bahawa saya bukannya keluar berjalan sebentar seperti selalu.
"Mama masukkanlah semula kunci tu ikut tingkap", Maryam menjawab selamba.
Saya terperanjat. Tak pernah pulak saya terfikir macam tu.
"Kakak" yang terdengar perbualan kami dari tingkat atas pun turut tergelak sebab tak pernah pun sapa2 buat macam tu sebelum ni.
Saya pandang Maryam. Maryam cuma tersengih.
Lepas tu saya suruh dia buka tingkat. Dalam hati saya memang dia tak dapat buat sebab tingkap tu tinggi sedikit untuknya yang baru berusia lima tahun. Yang kelakarnya, dia pegi panjat jeriji tingkap dan terus buka tingkap.
Pagi tadi saya belajar benda baru. Kunci dari luar dan masukkan balik kunci ikut tingkap.
ceredit!! hehehe...kdg2 akal mbiak tok lebih tajam kreatif dr kita..
ReplyDeleteyalah Mai... Kita tuk pikir straight gilak kali... mauk nak ikut logik akal..ya lah susah nak berkembang.... mun nembiak, sik da nak mikir nak logik.. jadi, ruang kemungkinan dak nya lebih luas.. :)
ReplyDeleteMungkin ya kelebihan kanak-kanak yang lambat menguasai kemahiran membaca. So kebanyakkan aktiviti mental mereka adalah didorong oleh pemerhatian dan eksperimen ke atas benda-benda di sekeliling. Sedangkan membaca akan menghadkan kepada ilmu yang tercetak dalam buku. Melakukan pemerhatian lebih segala-galanya. Ingat sik bidalan 'the picture paint a thousand words'... hehehehe
ReplyDeleteYa betul... Nampaknya kita kena "capitalize" kelebihan ya. Or else yang dikejar tak dapek, yang dikendong berciciran. Ni tauk dah besar kelak jadi pereka terkenal.. :)
ReplyDeleteSalam kak..
ReplyDeletewahh bijaknya maryam..moga berjaya dunia akhirat. comel kisah ni hihi, saya suka cerita budak2 :)
Salam Sakinah:
ReplyDeleteMacam tu lah anak2.. Pelbagai perangai dan cabaran nak berhadapan dengan mereka.. Akak baru ada 3 anak, tapi semua mempunyai sikap yang berbeza.
Terpulang dengan kita untuk melihat dan menilai dari kaca mata mana. Kalau kita berdegil nak tengok dari kaca mata org dewasa, semua pihak akan rugi.
Tapi kalau kita cuba nak tengok dari kaca mata mereka dan memberi mereka peluang berkembang mengikut kecenderungan masing2, kita akan berpeluang belajar banyak perkara dari mereka dan menikmati pelbagai warna yang indah yang tidak mampu dipandang dari kaca mata kita yang dah "kabur " tu..
Untuk pengetahuan Sakinah, kalau dari segi kemahiran akademik, Maryam dikira kebelakang dari kakaknya Fatihah sebab dia belum lancar membaca dalam usia lima tahun manakala Fatihah dah pandai baca waktu umur 4 tahun.
Tapi kalau dari sudut kreativiti dan kemahiran berfikir, dia jauh ke depan pulak dari Fatihah. Fatihah dalam usia lima tahun masih belum mahir berkomunikasi walaupun dengan akak dan suami.