Segmen Motivasi Pagi, IKIMfm-Ustaz Pahrol
"Marah itu umpama api di dapur hati,
tidak boleh terlalu panas, kita akan hangus
tidak boleh tiada langsung, kita akan dayus"
1. Perasaan marah tanpa kawalan akan lebih merosakkan kita sendiri berbanding dgn orang yg kita marah
2. Jangan marah terhadap kritikan kerana ia memberi kita tanda untuk membaiki diri
3. Marah yang terkawal adalah anugerah kerana ia mendorong kita untuk bangkit membela
4. Marahlah kerana Islam dan bukan kerana kepentingan diri
5. Setiap kali marah menjelma, cuba tengok diri di cermin dan kita akan menyedari hakikat rupa wajah kita ketika marah.
Nota Pemblog:
Saya pernah terdengar/ terbaca bahawa kemarahan kerap diluahkan terhadap mereka yang berada di bawah kawalan/ kuasa kita. Sebab itulah kecenderungan marah adalah dari ketua terhadap pekerjanya, ibu bapa terhadap anak2nya, suami terhadap isteri.
Berdasarkan perkara ini, saya berpendapat untuk mengurangkan kemarahan yang melampau apabila berlakunya sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh pihak yang satu lagi (yang di bawah kuasa), letakkan diri kita di tempat mereka.
Pastinya apabila kita sendiri berada di tempat yang melakukan kesilapan, kita sentiasa berharap yang pihak yang marah itu (ketua, ibu bapa, suami) akan lebih berlembut dan memberi kemaafan kepada kita.
Wallahua'lam...
eh, ustaz pahrol dh masuk radio ikim? lamak dh sik dgr radio ikim.Mun dolok time keja jak sempat2 dgr dlm keta or d lab.Kinek tok d umah sik da radio.nak beli nunggu bajet lah..ehehe :D
ReplyDeletebest dah radio ikim kinek tuk mys.. byk ilmu... sik stereotype macam marek... kira setanding ngan radio2 lain.. lagu pun best2 jak.. submit gik bajet ngan menteri kewangan.. :)
ReplyDeleteaok..mesti bertambah info nya.Ada suarakan hajat nk beli radio, tp lom approve jak lok.mun nk beli pun meli nk murah2 jak..
ReplyDelete