Tuesday, 8 June 2010

Hobi alaf baru

Semasa masih tinggal di kampung, saya dan kawan-kawan mempunyai hobi mengumpul gelang getah. Waktu itu saya masih belum menjejakkan kaki ke bangku sekolah. Getah tersebut boleh dijadikan pelbagai permainan.

Di antaranya;

  1. lastik/ pesit (bahasaku sayang)
  2. hayes (Tak tau apa dalam bahasa standard)- dua pemain memegang kedua2 hujung dan seorang pemain akan cuba melepasi getah tersebut yang akan ditinggikan aras sedikit demi sedikit sehingga ke aras kepala.
Apabila berpindah ke bandar (kuching) dan memasuki alam persekolahan, saya mula mengenali hobi mengumpul setem. Semalam saya tengok saya masih menyimpan sebuah buku koleksi setem saya.

Seterusnya, apabila meningjat remaja saya turut memiliki hobi mengumpul autograf. Maknanya saya akan buat satu buku yang comel dan selalunya berbau harum dan akan minta kawan2 saya tulis sesuatu di dalamnya.

Sekarang saya nampaknya ada hobi baru. Apa agaknya ya?..

Sesuai dengan alaf baru saya dan mungkin ramai lagi yang lain ada memiliki hobi ini... :)

Hobinya ialah mengumpul blog2 yang menarik untuk difollow... :)

Salam...

2 comments:

  1. Salam,

    wahh nampaknya saya pun melalui semua hobi yang akak tulis kat atas tu hihi.. agaknya permainan hayes itu yang kami panggil zero point. kena lompat melepasi getah tu dari paras tanah sampai atas kepala. kalau masa paras lutut, kami kena lompat dengan getah itu tak boleh goyang. Sekarang pun saya tercari2 blog best nak difollow.

    Blog akak ni salah satunya :D Best2 entri akak, cuma saya yang tak tahu nak komen apa kadang2..itu yang singgah baca saja tanpa tinggalkan jejak. Teruskan berkarya ya kak, insyaAllah saya ada saja baca walaupun tak tinggal jejak.

    ReplyDelete
  2. Betullah tu sakinah. Akak baru teringat, waktu kat kampung, kami panggil zero-point, dah pindah kat kuching, diorang panggil hayes... Akak selalu main memang tak lepas kepala. Tapi kalau guna taktik "tipu" (tgn kena cepat tekan getah supaya tak jelas sgt) baru lepas... :)

    Thanks Sakinah sebab follow. Akak segan sebenarnya bila setiap entri secara auto pegi kat follower. sebab tu kalau kat facebook, akak tak byk tulis. Cuma utk game jer..

    Salah satu sebab akak mula buat blog nih adalah untuk tempat akak merapu berlatih menulis.. Tu yang segala benda alah semua ada kat sini. Yang mana bermanfaat tu alhamdulillah.. mana yang merapu tu akak mintak maaf kat follower akak.. :)

    kalau ada masa akak buat random blogwalking utk tambah ilmu memblog, dan kalau yang okay tu akak follow untuk rujukan masa depan..

    Sakinah selalu le kemaskini blog ye kalau lapang... Nanti akak jenguk...

    ReplyDelete