Head Shoulder Knee and Toes
Knee and Toes
Knee and Toes
Petang tadi saya terdengar lagu ini dan ia mengheret saya ke daerah masa lalu. Daerah yang amat jauh yang pastinya tidak dapat saya lawati lagi.
Waktu itu saya seorang kanak-kanak berusia enam tahun. Saya ditugaskan untuk mengambil kuih pau dari rumah seorang sepupu di hujung kampung untuk dijual di kedai pakcik saya.
Selalunya saya akan bermalam di rumah sepupu tersebut kerana saya perlu menjalankan tugas saya awal-awal pagi. Perjalanan saya dari rumah kakak sepupu ke rumah pakcik saya akan melalui kawasan sekolah.
Setiap pagi semasa melalui kawasan sekolah tersebut, saya akan mendengar murid-murid tahun satu menyanyikan pelbagai lagu kanak2. Dan salah satunya adalah lagu Head Shoulder Knee and Toes.
Tapi pada waktu itu saya tidak tahu yang cara menyebutnya seperti itu. Saya akan menyanyi di dalam hati lagu versi saya sendiri:
Het shoder ni entos
ni entos
ni entos
dan saya hanya tahu rangkap itu sahaja.
Dan saya berangan2 yang pada tahun hadapannya saya pula akan berada di dalam kelas tersebut serta menyanyikan lagu yang sama.
Hanya selepas saya sendiri menjejakkan kaki ke sekolah pada tahun seterusnya saya mengetahui penghujung lagu tersebut;
And eye and ear and mouth and nose.
Tapi hajat dan angan saya untuk menyanyikannya di sekolah tersebut tidak pernah kesampaian kerana tidak berapa lama selepas itu keluarga saya berhijrah ke bandar. Hanya abang saya seorang yang sempat menghuni sekolah tersebut selama setahun sebelum dia turut berpindah sekolah sebaik sahaja tamat sesi persekolahan tahun tersebut.
Sehingga kini setiap kali saya mendengar irama lagu tersebut, bangunan sekolah tersebut akan terbayang di ruang minda saya dan bagaikan masih ada sesuatu yang saya tinggalkan di sana...

No comments:
Post a Comment