Sunday, 26 December 2010

Back to School...

Salam 21 Muharram 1432H...

Kembali mencoret...

Kenapa senyap?...

Sibuk?...

Malas?...

Andai ada yang bertanya (kalau ada), saya sendiri tak leh nak jawap...

Setiap hari saya menjenguk blog dan menjenguk kemaskini rakan2... tapi jemari berat sangat nak menekan papan kekunci untuk menaip sebarang entri atau komen...

Sebenarnya pelbagai persoalan menerjah benak saya setiap kali saya nak menulis entri...

Apa sebenarnya tujuan saya menulis blog?

Kalau nak berceramah, saya bukanlan orangnya kerana terlalu (dalam erti kata sebenar) banyak kelemahan yang menghuni diri saya...

Kalau setakat nak mencoret sebagai bukti saya masih di sini, adakah ia membawa sebarang makna?...

Oklah.. Enough for the slot Drama Minggu Ini... hehe..

Saya menulis kerana ingin mencatat pengalaman kehidupan saya untuk saya muhasabah (Quality Improvement) dengan harapan sekiranya ada yang membaca, akan menambah nilai kepada kehidupan mereka walau hanya secebis kebaikannya..

Kembali ke dunia nyata...

"Bila nak potong baju sekolah anak2?"

Suami dah sound dah... Tak lama lagi dah nak sekolah... Kain dah beli...

Perancangan:

1. Fatihah
- 2 pasang untuk hari biasa (baju belah tepi dan seluar panjang)
- sepasang untuk hari jumaat (baju kurung)
- 2 pasang baju kafa (tahun ni fatihah kena hadir 3 hari seminggu, jadi kena buat 2 pasang baju warna hijau lumut. Tapi belum pasti nak buat kurung ke seluar)

2. Maryam
- 2 pasang (baju butang depan berseluar panjang)

Banyak tu... Boleh siap ke?...

Tak pa.. Fikir positif... Take one step at a time...

Strateginya:

Cuba siapkan sepasang setiap item dulu.. Sekurang2nya nanti budak2 boleh mulakan sekolah dengan seragam baru.. Biarkan semangat tu tinggi... Hehe..

Alkisahnya, pembantu saya balik kampung dah dua bulan sejak raya haji hari tu... Tu yang aktiviti harian saya sekarang tahap cabarannya meninggi sedikit. Semalam dia sms kata nak balik hujung minggu nih.

Saya pun tak kisah sangat... Saya kena bersedia kerana lambat atau cepat memang saya harus menerima hakikat bahwa tak selamanya saya kena bergantung dengan pembantu. Cuma sekarang sukar sikit sebab masih ada baby.

Insya'Allah, saya tetapkan azam, sekiranya Asiah dah mencecah 4 tahun dan boleh dihantar ke sekolah, saya berdoa Allah beri kekuatan untuk saya dan suami menguruskan rumah tanpa bantuan pembantu.

Berhenti di sini...

Wednesday, 8 December 2010

Kempen mencintai Masjid

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah...

Sekembali dari bermusafir masih belum berkesempatan untuk memblog mengenai kembara tersebut... Secara ringkasnya memang seronok walaupun letih yang amat2... Banyak juga belajar dan muhasabah bagi kami suami isteri...

Entri kali ini sekadar ingin mengingati diri untuk menanam semangat dan niat untuk mencintai dan mendekati masjid...


Jangan setakat menunggu kelapangan untuk mendekati masjid tetapi cuba cari dan peruntukkan masa yang khas untuk mendekati dan memesrakan diri dengan masjid...

Semoga diberi kekuatan... Insya'Allah...

Tuesday, 30 November 2010

Siri Bermusafir: Shah Alam

Salam musafir...

Alhamdulillah akhirnya saya berpeluang mengemaskini catatan siri bermusafir saya...

Insya'Allah saya akan mengemaskini status terkini dan yang tertinggal akan saya catatkan kemudian sekiranya berkesempatan... (selalunya kalau tangguh yang terkini, ada keberangkalian akan tertinggal terus)

Sekarang kami sekeluarga sudah selamat tiba di rumah abang dan keluarga di Shah Alam aka rumah blogger Mys... Kebanyakan followers kami sama, jadi mesti ada kawan2 yang kenal beliau... Terima kasih my sister-in-law... Di atas layanan anda sekeluarga.. letih semalam ya, sesat waktu nak jemput kami kat Bukit Jalil.. hehe... semoga diberkati Allah.. :)

Nanti citer panjang lagi... Tapi secara ringkas, setakat ini musafir kami Alhamdulillah berjalan amat lancar....

Jumpa lagi.. Salam...

Wednesday, 24 November 2010

Siri Bermusafir: SMS dari Skudai

Salam...

Semalam memang saya kelam- kabut bila mendapat tahu mengenai penginapan semasa bengkel di Melaka.

Dalam kalut- kalut tu saya terlupa satu perkara. Menempah penginapan di Johor.

Mengikut perancangan saya, kami sekeluarga akan sampai ke Senai pada sebelah malam dan keesokannya bertolak ke Melaka dengan bas. Memandangkan saya ada seorang rakan di Johor, saya rancang nak menginap sekejap di rumahnya memandangkan saya memang kenal rapat dgn dia dan suaminya.

Dan saya yakin dia pun pasti akan mengalu- alukan kedatangan saya... (macam konfiden jer)...

Kita merancang dan Allah turut merancang untuk kita. Dan Allah merupakan Sebaik- baik Perancang.

Saya call kawan saya dan seperti biasa suaranya yang lembut menyambut panggilan saya. Bila saya cerita kat dia saya nak datang, dia memang excited. Tapi....

Hehe... Ada tapinya...

Kebetulan pada hujung minggu ni dia dan beberapa rakan satu uni dulu (yang saya pun kenal) dah buat program nak berjumpa di PD. Dia pun serba salah sebab program tu dah rancang sebulan yang lepas dan penginapan semua dah ditempah.

Saya pun faham dan cakap kat dia untuk teruskan jer program diorang sebab saya pun tak duduk lama kat Johor. Kalau dia dapat tangguhkan program pun tak berbaloi. Esoknya awal pagi saya dah nak bertolak ke Melaka.

Saya cuma mintak tolong dia cadangkan beberapa nama hotel yang berdekatan dengan stesen bas supaya mudah nanti nak naik bas. Dia pun bagi lah beberapa nama hotel untuk saya semak kat internet.

Esoknya (iaitu semalam) saya langsung lupa pasal tu sebab dah "terkuzat" dapat berita pasal penginapan.

Sebaik saja saya selesaikan tempahan hotel kat Melaka saya terima satu SMS.

"Dah decide ke hotel mana nak duduk kat Johor nanti? Mintak maaf sgt2 sebab tak dpt entertain kat Johor. Nanti kita jumpa minggu depan"

Saya ternganga....

"Alamak... Saya terlupa pasal tu. Ada problem penginapan kat Melaka. Kena buat tempahan sendiri. Berikan saya satu nama hotel nanti saya terus cari pas ni.."

Nasib baik la sahabat saya yang baik hati ni tanya balik... Kalau tak, memang saya lupa sangat pasal tu. Syukur saya sebab Allah berikan saya anugerah berpeluang kenal dengan rakan sebaik ini. Alhamdulillah..

Tak lama lepas tu saya dapat sms balik...

"Duduk kat rumah saya je lah. Nanti saya tinggalkan kunci kat jiran. Kancil pun ada kat rumah kalau nak jalan2..."

Lagi sekali saya ternganga...

Saya terus call suami. Alhamdulillah suami setuju dengan cadangan tu.

Dalam saya berfikir macaman nak reply balik (segan sebenarnya...) supaya nampak sopan santun sikit, telefon saya berdering..

"Macamana? Apa keputusan?.. Terima jelah tawaran yang menarik ni.."

Suara halus kawan saya menyapa telinga saya. Latarbelakang ialah suara suaminya memberi penjelasan pasal kunci rumah.

Saya pun apa lagi.... :)... Bak kata pepatah,

"Orang berbudi, kita berbahasa; Orang memberi kita merasa"

Lepas tu dia sms alamat penuh rumah dia.

Alhamdulillah... Selesai nampaknya satu urusan.

Pagi tadi saya terima satu lagi sms. Kawan saya berikan pulak nama dan alamat jiran tempat dia tinggalkan kunci rumah. A good neighbour of her katanya.

Sms terkini dari kawan saya:

"C U. Maybe we will visit you in Melaka.."

Semoga urusan mereka sekeluarga dipermudahkan Allah, Insya'Allah... AMin...

Permudahkan urusan saudaramu,
dan ALlah akan permudahkan urusanmu...

Tuesday, 23 November 2010

Siri Bermusafir: Cabaran Pertama

Salam...

Penganjur bengkel call kata penginapan yang disediakan berkongsi dengan peserta lain.

Alamak... Macamana ni.. Saya bawak satu famili.. takkan nak kongsi duduk dengan peserta lain...

Mula2 saya pun tak faham kenapa kena kongsi sebab kadar bilik yang dinyatakan pada surat jemputan memang layak untuk saya... Bukan saya nak mempertikaikan penganjur, tapi sebab dah kebetulan saya bawak famili, saya cuba nak dapatkan penjelasan.

Alhamdulillah penganjur pun memang cool dan boleh memberikan penjelasan kepada saya dengan sejelas- jelasnya. Tu pun selepas pemanggil pertama digantikan dengan pegawai lain... Hehehe.. Itulah saya.. Suami saya pun selalu cakap, saya ni sukar nak terima alasan macam tu jer.. mesti nak tahu sebab- musabab sampai puas hati...

Dalam erti kata, cerewet lah tu... :).. Mungkin betul saya berada dalam kategori cerewet. Tapi bagi saya, biar kita dapatkan penjelasan dan tamat kat situ je dari timbul silap faham yang berpanjangan... Itu kata kita ya... Tapi kalau orang lain lak cerewet kat kita, boleh sabar ke?.. Jawap.. jawap.. jangan tak jawap.. (ditujukan kepada diri sendiri..:)

Berbalik kepada cerita penginapan tadi. Saya dah sedikit panik lah jugak... Takkan nak batalkan... Tiket dah beli.. Anak2 pun dah menyimpan angan2 tinggi nak jumpa sepupu2 kat KL... Tapi, takkan nak duduk kongsi2... Dahlah menurut penganjur, penginapan saya kat situ tak boleh dibatalkan sebab bengkel tu dianjurkan secara pakej.. (semua kos penginapan, makan dan bengkel digabungkan)

Dalam gabra tu saya sempat tanya kat penganjur hotel terdekat. Dia sebut satu nama hotel. Cepat2 saya cari no telefon kat internet dan terus call. ALhamdulillah bila saya tanya, hotel tu memang bersebelahan dengan hotel tempat bengkel dianjurkan. Saya tanya lak kadar bilik dia... Hmm.. Telan air liur... :).. KIra kos tambahan lah ni...

Tapi sebenarnya dah tak de pilihan pun... Kira masuk akaun kos luar jangka... Saya call pulak suami... Alamak.. tengah discussion.. Tak leh cakap sekarang... Kena pilih masa yang tak stress untuk menyampaikan berita yang stress.. :).. Kena tunggu dia call balik lak....

Rasa berjam jugak lah tunggu suami call balik.. walhal baru jer beberapa minit. Memang sah penantian itu satu penyiksaan...

Bila suami call, saya cakap ada berita terkini. Suami kata:

"Kursus dibatalkan ke?.."

Dalam hati saya, petanda baik ni.. Sebab suami dah teka yang lebih teruk dari apa yang nak saya cakap.. (saya rasa lah.. :)

Bila saya cakap pasal tu dan kadar hotel terdekat, suami terus kata okay...

Haih... Coolnya suamiku.. Saya pun terkagum..

Tapi bila saya cakap yang penginapan tu terpaksa ditanggung sendiri, suami senyap seketika.. hehe..

Lepas tu suami tanya saya, macamana?... Nak batalkan ke?..

Saya kata balik, kalau batal kita rugi kos tiket. Kalau kita teruskan, kita tambahkan kos penginapan jer.

Lepas bincang2 balik, kami bersetuju untuk teruskan rancangan bermusafir kami. Dan anggapkan ini merupakan cabaran pertama yang telah berjaya diatasi.

Lagipun, deri segi positif, memang syukur banyak2 sebab tahu lebih awal. Sekurang2nya dapat buat Plan B awal2. Kalau dah depan kaunter tu baru Receptionist tu cakap:

"Puan duduk berkongsi dengan peserta lain.."

Tak ke ternganga saya...

Cabaran Pertama: Insya'Allah.....

Salam..

Bermusafir

Assalamualaikum wa rahmatullah...

Terkini:

Pagi tadi dikejutkan dengan telefon dari emak. Datuk saudara meninggal dunia malam tadi.. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.... Sebelum kerja menjenguk bersama suami, dan adik dan suaminya.


Semasa:

Seketika saya tidak mengemaskini blog. Tapi saya tetap menjenguk kemaskini rakan2 sebagai pembaca senyap. Saya menyepi untuk muhasabah diri... :)..

Dan kembali memblog untuk berkongsi cerita paling terkini.


Semalam, awal pagi bos dah cari... Kebetulan saya datang lambat... Hehe.. Saspen pergi jumpa bos.. Bersih la saya diberus lepas nih... :)

Masuk je bilik bos, tengok muka dia okay jer... Rupa2nya dia nak suruh saya gantikan dia menghadiri bengkel kat Melaka.... Jeng.. jeng.. jeng... (mula nampak mentol menyala..)

Saya terus call suami...

Sebenarnya kami memang merancang nak ambil cuti serentak minggu depan sempena cuti sekolah. Niat kami nak melapangkan masa bersama anak2 di rumah atau keluar berjalan2. Memang tak de rancangan nak melancong jauh...

Bila saya cakap kat suami, dan berkebetulan sebelum ni memang kami pernah intai2 tiket firefly konon2 nak menjenguk abang sulung dan keluarga kat KL (tapi nampaknya firefly kuch- kl je murah.. kl - kuch parah.. :), suami saya terus log in air asia.

Semak2 tarikh pergi balik dan kos penerbangan untuk sekeluarga, nampaknya sesuai dan dalam bajet...

Guess what?...

Kami sekeluarga akan bermusafir....

Sepatutnya memang seronok dapat jalan- jalan... Tapi, dengan seorang kanak2 di bawah 2 tahun, kena rancang betul2 supaya musafir kami dipermudahkan Allah....

Musafir ni kira memang musafir betul sebab kami ambil penerbangan kuching JB. Dari JB ke Melaka pulak Insya'Allah naik bas. Dan dari Melaka ke Kl lepas tamat kursus pun naik bas.

Lepas ziarah abang dan keluarga di KL, balik pun ikut JB. Di samping nak jimat kos, ambil peluang pulak nak ziarah kawan karib saya kat uni dulu yang duduk kat JB.

Sekarang ni sedang buat senarai semak barang2 yang nak dibawa. Kalau boleh, seminima mungkin untuk memudahkan perjalanan.

Semoga dipermudahkan Allah.. Amin...

Monday, 15 November 2010

9 Zulhijjah, Hari Arafah

Salam...

Alhamdulillah saya rasa ceria sangat hari ni.... Kenapa ya?..

Kerana kali ni saya dipermudahkan Allah SWT untuk menunaikan puasa sunat Arafah.

Kenapa pulak saya ceria sebab dapat puasa sunat Arafah?..

Sebab seingat saya, inilah kali pertama saya melaksanakan puasa sunat Arafah ni. Sebelum ni entah kenapa saya selalu ambil ringan dan sedar2 dah tiba Hari Raya Qurban.

Di antara langkah2 yang saya buat supaya tak lupa ketibaan 9 Zulhijjah ialah:

  1. Awal2 mintak izin kat suami nak buat puasa ni...
  2. Buat entri kat blog pasal puasa ni...
  3. Buat peringatan dalam hp..
  4. Malam tadi ajak suami keluar jap carik mee crispy sebab nak puasa hari ni.. (alasan.. hehe)
Insya'Allah semoga selamat sampai ke petang...

Salam....

Sunday, 14 November 2010

Tiba- tiba teringat

Salam....

Saya tiba- tiba teringat suatu kisah...

Seorang pedagang sedang di dalam perjalanan apabila melihat seseorang yang sedang memerlukan pertolongan. Dia berhenti untuk membantu kerana kasihan.

Rupa- rupanya orang itu merupakan perompak yang sengaja berpura2 di dalam kesusahan untuk menarik perhatian orang untuk berhenti.

Semasa disuruh mengeluarkan barang2nya yang berharga, pedagang tersebut menyatakan kepada perompak...

" Aku tidak risau akan kehilangan barang2 berharga ini, tetapi aku bimbang sekiranya nanti ada orang yang betul2 di dalam kesusahan tidak akan dibantu lagi kerana bimbang ia hanya perangkap perompak..."


Saya tidak pasti sumber cerita ini... Sekadar untuk renungan sejenak...

Wallahua'lam...

Thursday, 11 November 2010

Takut kubur gelap

Salam...

Tidak seperti Fatihah, Maryam "liat" sedikit nak mula belajar solat. Setiap kali diajak menyertai kami solat berjemaah, dia akan mencari pelbagai alasan.

Namun, Alhamdulillah sekarang lebih mudah nak ajak dia solat...

Sebabnya?...

Ceritanya begini.....

Kami sekeluarga pernah bercerita pasal kehidupan di alam barzakh semasa membaca buku mengenai tajuk tersebut.

Sebenarnya anak- anak yang mula bertanya mengenai kehidupan di alam kubur apabila kami singgah menunaikan solat di sebuah masjid yang dikelilingi kawasan perkuburan.

Nak cerita pun tak begitu arif sangat menyebabkan saya dan suami mencari buku mengenai alam barzakh. Dan bila dah jumpa dan suami bercerita serba sedikit mengenai alam barzakh, pelbagai pertanyaan keluar dari mulut anak- anak.

Sehingga keluar isu bahawa kubur tu gelap dan banyak haiwan2 berbisa. Tapi kalau kita rajin menunaikan solat, kubur kita akan terang - benderang dan haiwan berbisa pun takut nak datang.

Memang ilmu mengenai alam kubur ni termasuk dalam ilmu ghaib yang kita tak pasti konsep sebenar, namun kami cuba seberapa boleh untuk mengaitkan dengan hakikat nyata untuk memudahkan anak- anak faham.

Dan tiba- tiba suatu hari Maryam secara sukarela memberitahu dia nak ikut solat. Saya tanya kenapa tiba2 je berubah?.

Dia jawab,

"Adik takut kubur gelap"

Alhamdulillah, sehingga sekarang dia sedaya- upaya akan menyertai kami menunaikan solat berjemaah.



Surah Taha Ayat 132:"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman

"Enjoin prayer on thy people, and be constant therein. We ask thee not to provide sustenance: We provide it for thee. But the (fruit of) the Hereafter is for righteousness."
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali


Wallahua'lam...

Wednesday, 10 November 2010

Sapa nak beli insuran ni?..

Salam...

Hari tu saya pernah buat entri mengenai insuran, kan?..

Kali ni saya nak cadangkan satu cara untuk menyertai salah satu plan insuran yang melayakkan kita untuk mendapat perlindungan di hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah.

Salah satu pelan insuran tersebut ialah membanyakkan bersedekah tanpa diketahui sesiapa sehingga dikatakan tangan sebelah pun tidak tahu yang tangan sebelahnya telah bersedekah...

Semasa blogwalking saya terjumpa dengan laman web yang memaparkan imej seperti di bawah:



Dengan hanya memperuntukkan RM10 sebulan Insya'Allah melayakkan kita untuk dipertimbangkan untuk menyertai skim insuran tersebut.

Caranya senang sahaja (terutama untuk yang memilik akaun Maybank):

1. Log in ke dalam MBB2u di laman www.maybank2u.com.my.
2. Pilih Third Party Transfer
3. Dapatkan no TAC
4. Masukkan no akaun dan jumlah yang dikehendaki (RM10)
5. No akaun yang tepat akan memaparkan nama Tabung Palestin Haluan
6. Klik Confirm.

Kalau nak buat secara konsisten setiap bulan, daftarkan sahaja kat Favourite Third Party Transfer. JAdi tak perlu nak dapatkan TAC dulu untuk membolehkan pindahan wang. Lebih mudah.

Semoga Allah menilai dan menerima amalan kita sebagai ibadah untuk Nya semata- mata...

Insya'Allah.

Panggilan Haji

Salam...

Bersempena dengan musim haji sekarang ni, saya nak kongsi apa yang saya dah lakukan hari ni yang berkaitang dengan ibadah haji yang merupakan salah satu Rukun Islam.

Pagi tadi saya temankan suami buat pengeluaran di Tabung Haji. Terus kami ambil peluang untuk daftar haji.

Nak tau tak tahun bila kami dijangka akan dipanggil?

V
V
V
V
V
V
V
V
TAHUN 2035

Betul ... 25 tahun lagi... Lama tu.... Kira punya kira, waktu tu saya berusia 63 tahun...

Ya Allah.. Merasa ke saya nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci ni? ....

Semoga ALlah permudahkan urusan dan niat kami suami isteri untuk menunaikan ibadah haji...

Jadi, pengajaran kat sini, sesiapa yang belum mendaftar tu, sebaik2 nya daftar lah segera asalkan duit kat tabung haji dah mencecah RM1,300. Bila2 nak pegi cerita kemudian....

Kita setakat merancang, Allah jua yang menentukan...



Salam...

Tuesday, 9 November 2010

Puasa Sunat di Hari Arafah

Salam...

Saya nak berkongsi maklumat kat sini untuk peringatan saya sendiri... MAklumat ni saya rujuk dari Utusan Malaysia..


Daripada Abi Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang." (Riwayat Muslim)



Untuk makluman semua termasuk saya, hari Arafah ialah 9 Zulhijjah yang mana pada tahun ini jatuh pada 16 November 2010 hari Selasa.

Jadi, sapa2 yang berniat nak puasa sunat pada hari Arafah, ingat ya tarikh ni.... 16 November 2010, hari Selasa..

Salam.....

Jeng.. jeng.. jeng...

Salam...

Sebenarnya saya buat entri lain, tapi lepas tu saya save dan simpan kat draf jer.

Jadi, untuk ganti entri tu saya nak buat entri pasal apa yang dah saya buat sebentar tadi....

Apa saya dah buat?..

Saya baru jer buat order online untuk barangan kraf kain felt. Sebenar saya belum pernah pun cuba buat benda kraf felt ni (kraf lain pun belum pernah buat.. :))... Saya tahu pasal benda ni bila saya buat aktiviti blogwalking....

Tup..tup.. teringin pulak saya nak cuba bila tengok benda2 yang comel2 tu... Harap2 nya ia tak menjadi koleksi bahan mentah yang akan menghiasi stor saya.... :)

Dah order dan bayar terus... Kira2 dalam tiga empat hari lagi sampailah kot.. Insya'Allah...

Sekian, terima kasih.. :)

Sunday, 7 November 2010

Bicara Pedusi

Salam...

Kalau hari tu kali pertama saya sertai giveaway, kali ni kali pertama pulak saya sertai contest..

Saya tertarik nak sertai contest ni sebab hadiahnya ialah sebuah buku yang baru diterbitkan di luar negara... Nak tau lebih lanjut mengenai contest ni, sila klik di sini...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

[1] Letakkan gambar buku "Bicara Pedusi" di dalam blog anda.


Saya dah letakkan satu gambar kat dalam entri ni dan satu lagi kat sidebar blog saya..

[2] Tuliskan sebab-sebab "Kenapa Saya Perlu Mendapat Buku Ini Dari Puan Insyirah?"

Sila rujuk di bawah..

[3] Ayat 'gorengan' mestilah lebih dari 200 patah perkataan. Sila gunakan kreativiti anda untuk 'memancing' ana supaya memilih karangan anda untuk mendapatkan buku ini. Ingat! Kalian satu-satunya yang memiliki buku ini di Malaysia (selain adinda ana). Percuma pula tu... Haih, tak nak ke? ^_~


Kenapa saya perlu mendapatkan buku ini dari Puan Insyirah?

Sebab utama saya perlu mendapatkan buku ini dari Puan Insyirah ialah kerana ia merupakan satu- satunya salinan buku novel Bicara Pedusi yang ada di Malaysia pada masa ini.

Sebab yang lebih utamanya ialah seperti catatan saya yang seterusnya....

Saya memang minat membaca pelbagai jenis buku termasuk novel. Namun memandangkan masa saya amat terhad dan perlu diperuntukkan untuk aktiviti- aktiviti lain termasuk kerjaya, keluarga dan Allah, maka saya perlu menapis jenis bahan bacaan saya.

Ini bermakna saya perlu memastikan bahan bacaan saya memang bermanfaat dan memberikan pulangan yang tinggi kepada saya. Melalui bahan bacaan tersebut saya berharap ia akan meningkatkan ilmu saya dan seterusnya menjadikan saya lebih dekat kepada Allah swt.

Bahan bacaan saya tak semestinya hanya dari lingkungan agama semata- mata kerana saya percaya setiap ilmu yang bertebaran di muka bumi ini adalah hak Allah. Dan selagi ia bermanfaat dan membimbing kita ke arah kebaikan, maka ia adalah di dalam kategori bahan bacaan yang saya utamakan.

Kembali kita kepada kenapa saya perlu mendapatkan buku ini... Kenapa ya? Ia sebuah novel yang saya belum baca dan belum pernah dengar ulasannya dari pembaca lain... Jadi, kenapa saya ingin mendapatkannya dan yakin bahawa ia adalah dari bahan bacaan yang mampu memanfaatkan diri saya?

Untuk menjawab persoalan ini, saya perlu mengetengahkan serba sedikit sejarah saya berkenalan dengan penulis buku ini....

Gempak tak?.. Saya kenal dengan penulis buku ini... Sebenarnya saya cuma mengenali beliau melalui tulisan di blognya.... Saya terjumpa linknya dari blog rakan blogger saya (tapi tak ingat sapa)....

Dan pertama kali saya membaca blog beliau saya telah tertarik dengan cara penulisan beliau... Saya terus mengikuti blog tersebut dan pada masa yang sama saya membaca blog beliau secara tebuk- tebuk dari awal untuk memudahkan kefahaman ke atas entri- entri beliau...

Dan di antara entri- entri yang saya baca ialah dua cerpen beliau. Dan cerpen "Saya sudah bertunang" mencuri emosi saya sehingga saya menitiskan air mata.. (untuk rekod, saya bukanlah golongan yang mudah menangis hanya dengan membaca novel/ cerpen)..

Cerpen itu menyedarkan saya bahawa sebenarnya saya sudah "bertunang" dan bila- bila masa akan "dinikahkan".. Tak nak cerita panjang- panjang pasal cerpen ni.. sapa- sapa berminat nak tahu, sila cari sendiri di blog beliau ya... :)

Dan sebab itulah saya perlu mendapatkan buku ini dari Puan Insyirah.... Saya yakin dengan membacanya, saya akan memperolehi banyak manfaat yang boleh membantu mendekatkan saya kepada Pencipta saya, Allah swt. Insya'Allah....


(Puan penganjur: harap dah mencecah bilangan perkataan yang diperlukan ya.. :))

[4] Contest berakhir pada 14 November 2010 (10 hari sahaja). Sehari boleh buat 20 patah perkataan (20 perkataan x 10 hari = 200 perkataan) tambahkan perkataan 'terima kasih' dah jadi 202 patah perkataan kira lulus dah tu.

Hari ni 8 November 2010.. JAdi, penyertaan saya masih dalam tempoh yang ditetapkan

[5] Kepada yang SUDAH menyiapkan ayat gorengan "Kenapa Saya Perlu Mendapat Buku Ini Dari Puan Insyirah?" sila maklumkan (berserta link blog, contoh :
http://niqobgirl.blogspot.com/2010/11/bicara-pedusi.html) di ruangan komen yang disediakan.

Lepas ni saya buat.....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Catatan selepas pemisah ++++ ni bukan syarat contest ya... :)

Nervous nih.... Macam lepas jawab soalan periksa pulak dah.... :)

Saya nih memang allergic kalau masuk pertandingan... sebab tu sebenarnya saya jarang ikut mana2 pertandingan walaupun di alam nyata.... Saya ni kira ada simtom low self esteem sikit.... Yang ini pun saya gagahkan jugak sebab seperti yang saya tulis di atas lah... :).

Tak nak tulis panjang2 lah.. nervous nih.. :)

Salam.....

(Ya Allah, permudahkan urusan ku.... Amin)

p/s: kawan2 blogger... tolong aminkan ya... :)



Dah ambil skim insuran ni?.

Salam...


Kali ni saya nak jadi ejen skim insuran terkini..


7 golongan yang akan mendapat lindungan Allah di hari yang tiada satu pun perlindungan melainkan perlindungan Allah (swt):

  1. Imam yang adil
  2. Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah swt
  3. Lelaki yang hatinya terikat dengan masjid
  4. dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah semata-mata
  5. Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan menolak godaan itu semata2 kerana takutkan Allah swt
  6. Golongan yang banyak bersedekah
  7. Golongan yang banyak membaca berzikir mengingati Allah swt
(Hadith Bukhari dan Muslim)

Jadi, terpulang untuk kita memilih sekurang2 nya satu dari skim insuran di padang Mahsyar di atas.....

Wallahua'lam...

Sukarnya...

Salam..

Satu khabar yang saya terima di hujung minggu ini mengajar saya betapa sukarnya kita nak melaksanakan apa yang kita ucapkan....

Begitu mudah melafazkan/ menyarankan kita harus berbuat begitu begini untuk mendapat keredhaan Allah, namun apabila sesuatu berlaku yang memerlukan kita melaksanakan saranan tersebut, ternyata hati kita mula berkira....

Semoga Allah meredhai keputusan/ tindakan yang telah kami suami isteri ambil dalam menangani hal ini....

Insya'Allah....

Friday, 5 November 2010

Yess..

Salam..

Ingat tak dengan entri saya terdahulu mengenai stimbot dan gril?...


Guess what?..

Saya baru teringat, malam ni kami nak bawa anak2 dan kakak makan stimbot dan gril.... Seronoknya.. (lebih2 lah pulak)..


Tak sabar nak tengok budak2 dan kakak ternganga seperti saya hari tu....

Sekian, terima kasih... :)

Thursday, 4 November 2010

Seram

Salam..

Pernah tak kita tonton cerita seram?... Mesti pernah, kan...

Selalunya "benda" ni bila menjelma konon2nya akan menjelma dalam bentuk yang cantik contohnya perempuan yang cantik. Lepas tu pulak akan ada watak "pakar" yang boleh tengok rupa asal "benda" ni yang menakutkan... (Kononnya..)

Kenapa saya cerita pasal ni?...

Sebenarnya saya terfikir mengenai konsep dunia yang sementara ni... Semuanya nampak indah2 belaka... Seronok... Sehingga rasa sayang nak ditinggalkan...

Tapi seandainya kita tahu tarikh akhir kita berada di dunia yang sementara ni, agaknya sama tak lagi nilai dunia ni di mata kita?...

Takde lah maksud saya ingatan kepada mati menyebabkan kita terus meninggalkan sepenuhnya urusan dunia, dan terus 24 jam berada di tikar sejadah...

Namun, kesedaran dengan hakikat kematian pasti akan menyedarkan kita bahawa kita tidak seharusnya bermatian2 mengejar dunia kerana semua itu akan ditinggalkan.

Malahan, kesedaran tentang hakikat kematian sepatutnya akan menjadikan kita insan yang lebih bertanggungjawab ke atas tugasan dunia kita. Hal ini kerana setiap tanggungjawab pasti dilaksanakan dengan segera kerana masa amat terhad.

Dan tanggungjawab di dunia yang tidak terlaksana dengan sempurna akan menyebabkan perjalanan di akhirat menjadi sukar.

Seperti kata penceramah di Radio Ikim pagi tadi, apa yang bakal kita hadapi di alam akhirat bergantung dengan cara kita hidup di dunia...

Wallahua'lam..

Salam..

Wednesday, 3 November 2010

Kawan Lama

Salam...

Baru semalam saya berhubung kembali dengan jiran sebelah katil sewaktu duduk di asrama semasa saya belajar di tingkatan empat... Lama tu.... Dah hampir nak suku abad...

Ceritanya, rakan sebatch saya telah buat satu page kat facebook untuk batch kami. Kebetulan dia rakan sekelas saya, dia pun invite saya ke dalam group tu....

Bila dah join, saya pun menerima pelbagai makluman untuk setiap posting kat situ... Malam tadi saya bersiar2 lah kat situ membaca pelbagai posting yang kebanyakannya dibuat oleh pelajar lelaki (pelajar ikhwah adalah gelaran untuk mereka semasa saya belajar di situ dulu)...


Tiba2 saya terbaca posting yang menyebut nama sama dengan jiran sebelah katil saya tetapi memiliki gelaran doktor di depannya. Hamba Allah ni pulak ada jugak reply posting tu.. Untuk mengelakkan dari tersilap orang, saya klik ke profilnya tapi disekat untuk bukan rakan.

Jadi, saya cuba tengok gambar profilnya pulak... Macam CSI pulak saya... Alhamdulillah gambar profilnya memaparkan gambar dua orang anaknya yang masih kecil, mungkin seusia anak2 saya... Dan saya tengok, junior2 tu memang ada iras jiran saya waktu masih remaja dulu (16 tahun tu memanglah remaja ye dak..)

Kira excited jugaklah sebab saya memang putus hubungan selepas SPM. Seingat saya memang saya tak jumpa dah lepas tu dan kami tak sama uni rasanya... So, saya terus hantar mesej kat dia malam tadi. Saya memang jarang hantar friend request sebab segan tak pasti orang nak masukkan kita dalam friend list dia tak dan takut silap orang...

Tadi saya cek emel dan tengok dah ada reply dari dia.. Alhamdulillah memang sah itulah jiran sebelah katil saya dulu... Saya memang ingat sangat sebab dia ni memang baik...

Sekolah saya ni dari tingkatan 4 hingga tingkatan 6 atas... Jadi, masuk tingkatan 4 tu macam masuk tingkatan satu jugaklah... Tambah2 lagi, saya ni pelajar "oversea" yang baru pertama kali berpisah dari keluarga menyeberangi laut china selatan.. Keduanya pulak, kami pelajar "oversea" yang hanya 9 orang tu masuk lambat dalam 2 bulan berbanding dengan pelajar "local".

Waktu mula2 sampai tu, rasa tersangatlah asing dan sedihnya. Pihak asrama pun amatlah bijaksana.. Kami pelajar perempuan yang hanya 5 orang tu diorang bahagikan pulak di lima bilik yang berbeza (tapi bersebelahan)... Sedih tau walaupun bersebelahan... Setiap kali makan, kami orang pun berkumpul dan buat cerita sedih.. lepas tu semua pakat mata merah...

Kembali kepada kisah kawan saya ni... Bukan dia jer sebenarnya... Semua kawan2 "local" ni sebenarnya pun baru first time jugak ada pengalaman jumpa budak "oversea".

Bear in mind, zaman tu adalah penghujug 80 an dan belum wujud lagi Airasia, internet, telefon bimbit dan astro...

Jadi diorang pun amat baik menerima kedatangan kami... Tapi kawan saya ni terlebih2 lah istimewa sebab dia yang bertuah katil sebelah dia masih kosong dan akhirnya sekarang dia dah berteman...

Yang saya ingat sangat, kalau dulu (tak tahu sekarang), duduk asrama malam2 memang takut.. Terutama kalau ada kes misteri nusantara... Mau menangis ooo... Dan kami berdua ni yang katilnya paling dekat dengan pintu (katil atas pulak tu) dan kedua2nya pulak kategori tragis penakut... Pernah satu ketika tu, kami tidur rapat2 tepi katil (di katil masing2) dan berpegang tangan.. Bukan romantika punya pegang ok... :).. Menggeletar punya pegang (pun bukan menggeletar yang itu ok.. :))

Apa2pun, pengalaman saya semasa pertama kali berpisah dengan keluarga kerana nak menuntut ilmu di "oversea" memang amat berharga dan layanan yang baik dan ikhlas dari rakan2 "local" waktu tu memang sangat2 saya hargai kerana sudi menjadi ganti kerinduan kami dengan keluarga yang jarang dapat dihubungi (nak telefon biasa pun mahal tau..).


Dan untuk Dr Ada, saya gembira dapat berhubungi kembali dengan kamu... Kenangan bersama kamu dan rakan2 sebilik yang lain suatu masa dulu tetap segar terawet di lubuk hati saya....

"Sahabat2 lama itu umpama permata bergemerlapan yang tidak ternilai harganya"

Salam....

Mama, beli pembaris....

Salam...

Esok hari pertama Fatihah ujian akhir tahun. Dan bermulalah permintaan nak beli alatan sekolah.

Ujian lepas rasanya beli pensel warna. Kali ni pulak beli pembaris. Dah lah esok nak ujian, petang ni baru nak cakap. Bila pulak nak beli...

Saya tanya, selama ni pakai apa?

Dia jawab apa?... Pakai tepi kad... Hah?.. Kesiannya anak aku....

Saya takut tak sempat nak beli, mula buat otak kreatif... Nampak gayanya kena pinjam pembaris keje mama lah dulu. Nanti kalau jumpa kedai, Mama beli....

Selamat menjalani peperiksaan ya Fatihah... Semoga ALlah permudahkan... Insya'Allah..

Tuesday, 2 November 2010

Dr Muhaya Mohamad

Salam..

Siapakah Dr Muhaya Mohamad ni?...

Dr Muhaya Mohamad merupakan seorang doktor pakar mata yang terkenal di Malaysia. Boleh rujuk laman web beliau di sini.

Yang saya nak bicarakan di sini bukanlah mengenai kepakaran beliau di dalam bidang perubatan khususnya mata. Sebaliknya saya ingin menyentuh mengenai pendekatan dan pandangan beliau mengenai keindahan Islam dari sudut pandang beliau sebagai seorang pakar mata tersebut.

Sebenarnya lama dah saya "jatuh cinta" dengan pendekatan Dr Muhaya. Saya mula mengenali beliau melalui Segmen beliau di IKIM.fm iaitu "Islam itu Indah". Buat masa ini, beliau akan ke udara pada pukul 10.oo pagi setiap Rabu.

Setiap kali beliau ke udara, saya akan memastikan saya mengikuti segmen tersebut dari mula sehingga ia berakhir. Saya tak pasti pun berapa lama program tu ke udara sebab kalau boleh saya memang tak nak ia berakhir. Rasa tak puas nak dengar pandangan2 Dr Muhaya dalam segmen tu.

Yang saya suka ialah pendekatan beliau mengenai minda positif dan tenaga positif yang boleh disebarkan untuk mewujudkan persekitaran yang positif. Dalam setiap program, beliau akan menggariskan pelbagai tips2 untuk menuju ke arah tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya ingin mendapat layanan yang baik dari orang lain, kita harus memulakannya dengan melayan orang lain dengan baik. Dan beliau kerap menggunakan poin 1, poin 2 dan seterusnya.

Saya rasa poin2 yang digariskan beliau seperti mutiara2 yang digugurkan dari langit. Tapi sebab ia merupakan percakapan, saya tak sempat nak catatkan. Dan terfikir alangkah eloknya kalau beliau ada blog untuk saya merujuk pendapat2 beliau.

Dah lama dah saya cuba cari tapi tak pasti nama penuh beliau. Alhamdulillah, dalam segmen hari ni ada sms yang bertanya mengenai perkara ni. Bila saya cuba gelintar di google, saya terjumpa laman web beliau seperti yang saya pautkan di atas.

Tapi yang paling bestnya, dari situ saya terjumpa blog beliau di sini. Saya rasa sebab dia sibuk sangat, tak banyak entri yang dibuat. Tapi sekurang2nya ia satu permulaan yang bagus untuk saya mengikuti perkembangan Dr Muhaya.

Saya doakan Allah anugerahkan kelapangan dan kekuatan untuk Dr Muhaya kemaskini blog beliau walaupun ringkas supaya orang2 seperti saya dapat memanfaatkan ilmu2 tersebut, Insya'Allah.

Radio Ikim

Salam...

Semalam, balik dari kerja saya singgah di rumah mak kerana menziarahi abang saya yang balik kampung.

Seperti biasa, selepas salam dan muah muah dengan mak, saya masuk bilik jenguk abah. Nak salam dan muah muah abah pulak... Memang semenjak abah kurang sihat, dia lebih gemar duduk di bilik sahaja berehat2.

Suatu masa dulu saya pernah bincang2 dengan suami nak hadiahkan abah radio untuk temankan dia kat dalam bilik. Nanti dia boleh dengar radio IKIM yang memang tidak dinafikan banyak sangat maklumat yang disebarkan.

Tapi bila borak2 dengan adik, dia pulak berpendapat belikan tv untuk Abah... Jadi, hilanglah isu tu... Kat rumah bukan takde radio, tapi radio tu memang radio lama yang saya beli sewaktu saya mula2 masuk kerja dulu (berkurun lama)...

Alkisahnya, waktu saya masuk bilik jenguk abah semalam, saya terkesan sesuatu yang berbeza. Saya toleh kiri.. saya toleh kanan... Rupanya ada suara asing kat dalam bilik tu...

Saya toleh lagi.. saya toleh lagi.... sekali tu saya tengok rupa2nya ada radio baru le... Abah sedang bersantai2 dengar radio IKIM. ALhamdulillah...

Kepada abang dan kakak iparku tersayang... Barakallahu fikum.... Comel radio yang dihadiahkan tu.... :)

Dan satu lagi, jubah untuk bonda tu cantik dan amat panjang... Dan bonda suruh saya potongkan... nampak gayanya, raya tahun depan le baru mak dapat pakai.. he.. he...

Monday, 1 November 2010

Steamboat and grill

Salam..

Malam semalam, saya dan suami keluar sebentar untuk isi minyak kereta saya dan buat urusan di mesin atm.

Dalam perjalanan balik saya teringatkan Maryam yang suka makan roti bawang putih. Suami terus membelok untuk singgah di kedai kek berdekatan.

Nak jadi cerita, saya terpandang sebuah kedai makan stimbot. Saya tak pernah makan stimbot tapi suami pernah beberapa kali diajak kawan2nya. Dia pun memang pernah cakap nak bawak saya makan stimbot tapi belum lagi terlaksana.

Tup2 malam tadi suami terus ajak singgah kat situ. Saya pun ikut je le. Memang suci dalam debu betul pengalaman saya dengan stimbot ni. Tak tahu langsung apa benda dan konsepnya.

Masuk2 je kedai, suram2 je pencahayaannya... Kira ambik feel romantika kot. Tengok meja dia istimewa sikit. Kat tengah dia ada lubang sebesar bola golf. Lepas tu kat dinding dekat meja searas lutut pulak ada suis.

Masih blank lagi nih. Datang le sorang pelayan bawak menu. Baca2 dalam tu, ada set untuk seorang (RM19.90) dan set "karnivor" untuk 2 ke 3 orang (RM39.90). Lepas tu ada pulak harga untuk hidang satu2 setiap item.

Since kali pertama buat kerja ni, saya ingat tak payah lah pakai set dulu. Pilih2 mana yang nak... Cakap la kat pelayan tu, sekali dia jawab,

"Yang tu untuk order tambahan kak. Akak pilih antara set sorang atau set karnivor ni dulu. Kalau nak tambahan, baru order pakai yang tu."

Oooo... Macam tu ya...

Kalau macam tu, saya pun pilih yang untuk sorang. Adik tu kata,

"Yang tu untuk sorang. Kalau 2 ke 3 orang, ambik set karnivor ni."

Ehh.. tak boleh ke?. Saya kalau makan dengan suami, memang ambik set individu jer... romantik.. he he.. ye ke?.. ke nak jimat bajet?..

Sebab belum reti sangat, kami ikut je lah cadangan adik pelayan tu dan pilih set karnivor.

Lepas tu adik tu tanya lagi,

"Nak sup ayam ke sup tom yam."

Ni part yang best sekali... Saya pun tanya balik,

"Sup ni masuk sekali dalam set ke?.."

Adik tu pun jawab,

"Aaa.. aaa...."
(Dalam hati dia cakap yang ni.. "Akak ni memang sah tak pernah makan stimbut.. ha ha ha..")

Lepas tu baru saya faham, dah namanya stimbut, kalau tak de sup, kat mana nak campak menda2 yang pelbagai tu...

Lepas tu baru le diaorang siapkan peralatannya; periuk stimbut, mangkuk dan sup kat tengah2 periuk tu, dan pelbagai2 makanan laut kat dalam piring empatsegi: udang, ikan, sotong yang dah dilumur rempah, bebola ikan dan satu benda yang saya tak kenal.

Periuk tu pulak dia letak betul2 atas lubang di tengah meja tu.. Dan suis tu pulak untuk masak ler.... hhmmm..

Lepas tu suami pun tunjuk le bakat memasaknya.... Kalau nak yang stim, masuk kan dalam mangkuk.. Kalau nak gril pulak, bubuh minyak sikit dan campak jer bende2 gril kat periuk tu...

Saya pulak baru lah nampak jelas macam mana sebenarnya benda stimbot dan gril ni. Saya suka gril lagi dari yang stimbot. Udang dia memang segar. Hirisan ikan dia pun sedap.

Kalau dah set tu pun untuk 2 ke 3 orang, memang tak larat nak habiskan. Nasi yang sepinggan pun kami tak dapat habiskan. Akhirnya dengan wajah yang manis, kami mintak adik tu tapaukan; sup stimbut dan sayur sekali, bebola ikan (sikit jer kami makan) dan juga nasi putih. Yang lain2 tu berjaya kami habiskan.

Itulah dia catatan pengalaman pertama saya makan stimbot dan gril. Dalam sedap2 makan tu teringat2 kat anak2 kat rumah. Kalau diorang ada, mesti diorang seronok makan pelik2 macam ni...

Cakap kat suami, Insya'Allah destinasi seterusnya untuk sessi makan kat luar, kami dah dapat tempatnya...

Salam...

Hadirmu bermisi

Dari waktu ke waktu
jiwa yang kontang
dihambat resah dan gelisah
gemerlap permata dunia
kemilaunya menyilau pandang

aku di sini
berlari dan berlari
mengejar mimpi
dan pelangi pagi
laut angan tak bertepi

kembalilah jiwa yang alpa
hadirmu bermisi
lahirmu bervisi
memakmurkan bumi
kerana Illahi.

Sunday, 31 October 2010

Bahagiakah saya?.

Salam...

Hujung minggu lepas saya "berdrama" dengan Fatihah.

Fatihah merupakan anak yang sulung, jadi banyak situasi saya bersamanya merupakan yang pertama. Mungkin kerana dia anak yang sulung, saya cenderung untuk mengharapkan yang terbaik darinya sejak mula.

Kerap, apabila timbul keadaan yang memerlukan saya menegurnya, saya akan "berceramah" seperti saya berbicara dengan orang yang lebih dewasa. Hasilnya, ia kembali kepada saya semula.

Maknanya, apabila Fatihah meluahkan perasaannya, dia akan menggunakan istilah2 yang "dewasa" seperti konsep kebahagiaan.

Jadi, hujung minggu lepas, apabila saya menegurnya, dia pun meluahkan "masalah"nya di sekolah yang menyebabkan dia tidak bahagia... Alamak... Saya pun mula menyusun ayat...

Hakikatnya, setiap kali saya "berceramah" dengan Fatihah, saya sebenarnya menegur diri saya sendiri... Kerana setiap apa yang saya luahkan, turut didengar oleh telinga saya sendiri.

Dan hari itu saya menyedari hakikat bahawa setiap individu telah dianugerahkan Allah dengan kebahagiaan. Namun, tidak semua yang menyedari hakikat itu dan mungkin saya salah seorang darinya.

Akibatnya, saya mungkin lebih cenderung untuk resah dengan masalah2 atau cabaran kehidupan yang saya hadapi. Lantas "mengizinkan" masalah2 dan cabaran2 tersebut menentukan arah tuju kebahagiaan hidup saya.

Sepatutnya saya mempergunakan sebaik2nya anugerah yang Allah berikan iaitu menentukan sendiri kebahagiaan hidup saya dan jangan memberi sebarang ruang untuk unsur2 luaran untuk menentukannya.

Hal inilah yang saya "drama"kan kepada Fatihah dan pada masa yang sama saya tujukan untuk diri sendiri.

Hargailah anugerah Allah dan pastikan kita sendiri yang mengawal erti kebahagiaan hidup dan jangan biarkan cabaran2 luaran mempengaruhi hidup kita.

Wallahua'lam...

Buku tanda2 kematian semakin dekat

Salam..

Seorang kawan sedang mencari2 bahan bacaan yang berkaitan dengan tanda2 kematian semakin hampir. Seperti yang saya kongsikan di blog sebelum ini, saya memiliki sebuah buku mengenai persediaan akhir menghadapi kematian, tapi tak pulak memiliki buku seperti yang dicarinya.

Tapi, sebab saya memang selalu menziarahi kedai buku, saya cakapkan padanya yang saya akan cuba cari buku berkaitan.

Semalam, saya pun menjenguk kedai buku yang selalu saya lawati. Puas jugaklah saya pusing2 kat rak2 yang berkaitan... Tapi, saya tak jumpa pulak buku tu...

Mungkin ada sesiapa pembaca yang pernah terjumpa buku ni dan cadangkan kepada saya tajuknya untuk dicari.

Namun, janji Allah itu pasti...

"Sekiranya ajal itu sampai, tidak akan dipercepatkan sesaat atau dilewatkan sesaat."

Wallahua'lam...

Lemahnya saya...

Salam...

Pagi tadi saya membaca hadith Rasulullah saw mengenai sebaik2 muslim ialah yang memberi salam kepada Muslim yang lain samada yang dikenali atau yang tidak dikenali.

Jadi, bila berjalan2 tengahari tadi saya cuba nak laksanakan perkara ni. Bila singgah untuk solat Asar di Musolla pusat membeli- belah tu, saya niatkan nak bagi salam kat sapa2 yang ada kat situ.

Tapi, bila saya siap dah tunaikan solat, bila tengok diaorang borak2 sama sendiri, timbul segan pulak di hati saya nak menegur dan bagi salam....

AKhirnya, saya terus keluar tanpa menegur mereka sebab masih dikuasai rasa segan...

Lemahnya Iman saya...

Saturday, 30 October 2010

Kaum- kaum yang Pupus

Salam...

Ingin berkongsi sebuah buku yang amat menarik.

Baru sahaja dibeli oleh suami semalam. Ia mengisahkan mengenai sembilan (9) kaum yang disebutkan oleh AL-Qur'an yang telah pupus.



Walaupun belum berpeluang membaca buku tersebut, tetapi dah dapat gambaran sedikit sebanyak mengenai isi buku tersebut melalui ulasan secara langsung dari suami sepanjang pembacaannya. Juga melalui pelbagai gambar yang diselitkan di sepanjang pengisahan buku tersebut.

Sebagai contoh, di atas merupakan gambar2 Tasik Nai Lut yang diambil dari Satelit.


Ini pula merupakan mayat2 yang menjadi batu sebagai kesan2 peninggalan Pompeii. Kisah Pompeii juga dikupas walaupun ia tidak disebutkan di dalam Al-Qur'an. Ia diulas oleh penulis sebagai kesan kehancuran yang menyamai kehancuran Kaum Nabi Lut.

Walaupun belum membaca sepenuhnya, ternyata gambaran2 yang diberikan telah menarik perhatian bukan sahaja saya sendiri tetapi anak2 yang tertarik untuk bertanya dengan lebih lanjut. Malahan Fatihah telah mula2 mengintai2 sebab tak sabar nak tunggu Abahnya selesai membaca.

Buku ini hanya berharga RM12.00 sahaja. Saya rasa boleh diperolehi dari kedai2 buku berdekatan. Tapi kalau perlukan bantuan, boleh maklumkan kepada saya. Kos penghantaran hanya RM5.00 sahaja.

Salam. Dan selamat membaca.

Thursday, 28 October 2010

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Salam..

Suami saya memang minat sangat kat tulisan HM Tuah Iskandar ni... Setiap buku memang dia tak miss... Saya pulak memang tak baca buku motivasi ni.. Tapi novel dia saya baca...

Bila suami saya tengok saya buat jualan online, dia tawarkan buku- buku koleksi ni untuk sesiapa yang berminat untuk dapatkan dengan harga yang murah...


Buat Sampai Jadi- HM Tuah Iskandar


Jangan Tidak- Tidak - HM Tuah Iskandar


Membina Cinta Sayang- HM Tuah Iskandar


Nak Jadi- Jadi- HM Tuah Iskandar


Sendiri Mau Ingat- HM Tuah Iskandar


Setiap buku berharga RM5.00 dan kos penghantaran RM5.00 sahaja untuk setiap buku. Boleh juga disatukan dengan pembelian buku novel kanak2 terpakai. tapi kalau 3 buku, kos penghantaran RM10 sahaja.

Mintak maaf di atas mutu gambar kerana ia diambil oleh jurugambar amatur (Maryam)... :)

Ada Bagus Bagusss - HM Tuah Iskandar

Membina Peribadi Anggun- Hm Tuah Iskandar


Jangan Main- Main- HM Tuah Iskandar

Membina Personaliti Terbilang- HM Tuah Iskandar



Stefa Isle- HM Tuah Iskandar

Selamat menjamu mata....

Salam..

Wednesday, 27 October 2010

Bersedia kah anda?.

Bersiar2 di kedai buku merupakan salah satu terapi untuk saya dan suami... Hobi ini jugaklah yang mendorong saya untuk bergiat dalam jualan buku online. Sekurang2nya, sekiranya ada tempahan, maka akan ada sebab untuk kami bersiar2 di kedai buku.

Dua tiga hari ni suami sibuk di pejabat. Saya pun lebih kurang... Jadi, balik kerja tadi selepas maghrib kami "kenyit2" untuk keluar sebentar buat terapi. Anak2 tinggal sebab malam tadi kami dah bawa sekeluarga untuk makan kat luar.

Ronda2 kat kedai buku, saya terjumpa sebuah buku yang saya rasakan menarik dan berbaloi untuk dibaca dan disimpan sebagai rujukan sepanjang masa.

Buku apa agaknya tu ya?


Ini dia buku yang saya maksudkan..


Kenapa saya katakan buku ini amat relevan untuk saya baca dan simpan untuk rujukan sepanjang masa?..

Saya cakap macam tu sebab saya rasa setiap masa kita patut menganggap bahawa kita berhadapan dengan hari2 akhir kematian... Setiap diri akan merasai mati.. Itu janji Allah swt di dalam Al-Qur'an..

Setelah menyelak isi di dalamnya, saya rasa ia jauh lebih bernilai dari harga buku tersebut dan saya rasa pembelian saya pada malam ini amat berbaloi. Nak tahu tak harganya?


Cuma RM8.00 sahaja. Sesiapa berminat, saya boleh tolong dapatkan dengan kos penghantaran RM5.00 sahaja. Jumlah keseluruhan hanya RM13.00 sahaja. Berbaloikan?..

Salam.

Tuesday, 26 October 2010

Sapa ni?

Salam pagi Rabu..


Saya masih terperanjat... Tadi semasa balik dari temujanji klinik Asiah, saya disapa oleh seorang anak muda di depan lif.

Saya tengok muka dia kut2 lah kenal... Budak ni sengih2 jer siap tunjuk nama kat tag kemeja dia... Konfiden je dia kenal saya... Saya pun tengok macam pernah tengok....

Sekali tu dia sebut nama mak dia... Memang terperanjat... Rupa2nya dia tu anak sepupu saya... Kira anak saudara la.... Bukan sepupu jauh pun... Berkongsi nenek yang sama dan mak saudara saya (nenek budak ni) tiap2 minggu datang rumah tolong mak saya jaga nenek saya (moyang dia).

Subhanallah.. Masya'Allah... Patut le saya rasa familiar.. Dulu2 saya memang ziarah rumah dia kat kampung setiap kali raya.. Tapi waktu tu dia masih kecik sangat.. comot pulak tu.... Dah budak2 memang lah comot ye dak...

TAdi saya tengok dia dah besar.. Sangat tinggi pulak dari saya yang memang dah sedia "comel" ni. Pakai pulak baju kemeja pejabat.... Mana lah otak saya dapat letakkan imej lama dia kat tempat yang jauh asing dari tempat yang selalu saya tengok dia dulu...

Nampak gayanya selalu le saya bertembung nanti sebab dia cakap tempat kerja dia kat bawah opis saya jer....

Pengalaman ni menjentik saya betapa telah jauh perjalanan saya di dunia ini dan bila2 akan berakhir untuk disambung di alam yang lain yang lebih jauh perjalanannya...

Salam...

Monday, 25 October 2010

Berdiri ke duduk?

Salam...

Mari kita kongsi cerita yang baru saya baca... Macam menarik pulak isunya.

Selama ni kita tak kisah pun kan, nak duduk ke nak berdiri... Kalau ada kerusi, duduk. Kalau tak de, pilihannya berdiri lah ya.

Alkisahnya, dalam saya keluar masuk buat kerja, saya pun curi masa sikit baca suratkhabar (sambil berdiri).. Dan yang menariknya, tetiba je pandangan mata saya menangkap satu artikel mengenai kecenderungan masa kini untuk melakukan kerja sambil berdiri. Berdiri dalam erti kata dia memang tak duduk dah.. Diorang nih kerja kat pejabat pakai meja yang tinggi.

Kenapa pulak timbulnya gaya hidup baru ni?.

Menurut artikel tersebut, pengamal gaya hidup berdiri ni berpendapat bahawa ia mendorong mereka untuk lebih fokus, mencegah rasa mengantuk dan meningkatkan yakin diri.

Dari sudut lain pula, artikel ini turut menyentuh mengenai pandangan2 pengkaji ergonomik secara ilmiah yang percaya bahawa duduk dalam tempoh yang lama menjadi punca kenaikan kadar penghidap diabetes, obesiti dan penyakit jantung. Malahan mereka menganggap ia boleh dianggap sama bahaya dengan tabiat merokok.

Tapi, satu pihak lain pula berpandangan yang berbeza. Golongan ini tetap percaya bahawa berdiri pun mempunyai bahaya sendiri; sakit belakang, verikos vein dan keperluan jantung untuk mengepam dengan lebih kuat.

Namun secara keseluruhannya, artikel ini bersetuju dengan satu perkara. Terdapat satu enzim di dalam badan yang berperanan menyedut lemak berbahaya dari aliran darah yang hanya akan berfungsi bila badan di dalam kedudukan menegak.

Berdiri juga dipercayai berupaya mengurangkan risiko sakit jantung (heart tu jantung ke hati?),meningkatkan pembakaran kalori, penghasilan insulin dan penghasilan kolesterol baik.

Walaupun tiada bukti kesahihan fakta, tetapi wajar juga diambil perhatian kerana kurang bergerak disebabkan terlalu lama duduk memang jelas tidak menyokong kepada budaya hidup sihat.

Wallahua'lam.

Nota: Merujuk artikel The Borneo Post, page B8, 26 October 2010.

Koleksi Novel Kanak- Kanak Terpakai

Semalam saya janji nak buat review buku terbaru di pasaran. Tapi nampak gayanya buat kedai online pun macam buat kedai betul2 jugak.. Mesti ada cabaran... Sekarang Asiah asyik nak berkepit jer.. jadi saya tangguh kan dulu ya... Hari ni saya bukak citer lain dulu...

Nampaknya Fatihah pun berminat nak menyumbang untuk kedai ni.. Jadi malam tadi dia selongkar koleksi novel kanak- kanak yang dia dah habis baca untuk dipamerkan untuk jualan.

Buku- buku ni dianggap jualan clearing stock sebab suami nak cari ruang untuk buku2 baru yang belum dimasuk ke rak di rumah kami.


Setiap buku berharga RM5.oo dan kos penghantaranRM5.00 sahaja untuk setiap buku. Tiga buah buku pula kos penghantarannya RM10.00 sahaja.
Sila cuci mata ya.. Siapa cepat dia dapat ya... Setiap tajuk ada satu jer salinan... :).. Malam nanti saya upload lagi... Ni kita jamuan pembuka selera dulu...






Salam.....

Produk baru

Salam..


Semalam waktu uruskan tempahan (chewah), saya dan suami terpandang buku kanak2 terbaru... Dah ambik gambar tapi belum sempat nak buat review. Tapi nampak macam menarik sebab Fatihah pun dah khusyuk membaca sejak semalam...

Insya'Allah malam ni saya cuba upload dan buat review sekali....

Sunday, 24 October 2010

Pelanggan Sulung

Salam hujung minggu...

Alhamdulillah, hari ni saya menerima tempahan yang pertama untuk kedai online saya. Ehhm... Ehm.. Along..Its you... Thanks again.. :).. Dah.. pegi belajar.. jgn nak ngelat...

Petang tadi saya dan suami terus dengan bersemangatnya mendapatkan bekalan dan peralatan untuk penghantaran...

Anak2 pelanggan saya ni lebih kurang seusia anak2 saya.. Ketiga2nya perempuan pulak tu.. Jadi saya memang arif sangat le dengan budak2 seusia ni.. Kalau dapat bungkusan yang dibungkus cantik mesti suka sangat...

Sebab tu lah dalam gambar tu ada wrapping paper... Kira nak surprisekan budak2 tu la... Tapi kan Along, dalam keghairahan saya beli mende2 tu tadi, saya tak perasan sgt temanya.. Dah sampai rumah baru le sedar... Jadi, saya mintak mahap siap awal2 la ya, kalau Along tak puas hati dgn wrapping tu...


Haa... Dah siap dah... Esok pagi, suami menawarkan untuk hantar ke pos... Tak sempat nak ambik gambar yang dibungkus dgn kertas hadiah tu... Tapi tak pe ler.. Boleh surprisekan ALong sekali.... :)

So, Along.. Tunggu ya... Harap2 ALong puas hati menjadi pelanggan pertama saya... Jangan serik ya.. Lagi satu.. Saya ada selitkan katalog buku sekali.. Mana tahu kalau Along ada yang berkenan tetapi takde masa nak uruskan pembelian... Bagi jer saya tajuk buku dan nama penulis.. nanti saya tolong carikkan....

Kawan2 yang lain pun, sapa2 yang nak mintak tolong carikkan bagi, cakap kat saya ya... Dan kalau nak buat untuk hadiah seseorang pun saya boleh tolong uruskan.. Insya'Allah...

Salam...

p/s: Sekali lagi mahap byk2 Along, saya budak baru belajar.. :)

Saturday, 23 October 2010

Siri Kisah 25 Rasul

Salam semua...

Kali ni saya nak bercerita pasal set buku kanak2 yang menarik untuk kanak2 mahupun kita yang dewasa.

Sebenarnya suami saya lama dah belikan set ni untuk Fatihah. Tapi yang sebenarnya dia sendiri yang nak baca.. he he....


Siri Kisah 25 Nabi ni terdiri dari 24 buah buku mengenai 25 Nabi- Nabi.
1.Nabi Adam AS Bapa Manusia
2. Nabi Ibrahim AS Kebal Dijilat Api
3. Nabi Ishak AS dan Nabi Yaakub A.S yang Luar Biasa
4. Nabi Musa AS dan Rahmat Tuhan
5. Nabi Syuib AS dan Kaum Madyan
6. Nabi Zulkarnain AS Membina Tembok Besi
7. Nabi Ayub A.S Dengan Kesabarannya
8. Nabi Idris AS dan Nabi Ayub AS
9. Nabi Ismail AS Rela Disembelih
10. Nabi Nuh AS dan Bahteranya
11. Nabi Yunus AS ditelan Ikan Nun
12. Nabi Zulkifli AS Berpegang Teguh Pada Janji
13. Nabi Harun AS Pendakwah Terbilang
14. Nabi Ilyas AS dan Nabi Ilyasa' Yang Penyabar
15. Nabi Lut AS dan Kaumnya
16. Nabi Soleh AS dengan Unta Ajaibnya
17. Nabi Yusuf AS Gemilang Takwanya
18. Nasihat Luqman AS kepada Anaknya
19. Nabi Hud AS dan Ribut Taufan
20. Nabi Isa AS dan Mukjizatnya
21. Nabi Musa AS Berguru dengan Nabi Khidir AS
22. Nabi Sulaiman AS Raja yang Adil
23. Nabi Zakaria AS yang Doanya Diterima Tuhan
24. Rasulullah SAW dengan Suraqah bin Malik


Yang saya suka mengenai siri ni ialah ia menggunakan pendekatan yang menarik untuk mencuri perhatian anak2 untuk mendekati dan membacanya. Sebagai contoh;




Pelbagai ilustrasi yang berwarna- warni di setiap muka surat.


Bantuan untuk memahami perkataan sukar di bawah setiap muka surat,



dan Segmen Pengajaran pada setiap penghujung buku untuk kesimpulan yang mudah difahami.


Untuk 24 buku, harga RM99.90 saya rasa boleh dikatakan berbaloi-baloi... Saya boleh membantu anda mendapatkan buku ini sekiranya berminat.....

Melentur buluh biar dari rebungnya... :).. Tapi kalau dah jadi buluh macam saya pun masih belum terlambat... :) Banyak yang saya belajar dari buku anak2 saya...

Salam...

Friday, 22 October 2010

Kedai Online Saya

Salam pagi Sabtu:

Alhamdulillah hari ni rasa sihat dan bersemangat nak kembali memblog. Hari ni saya nak buat cerita baru... he he..

Bermula hari ini saya akan memulakan perniagaan on-line saya. Kedai saya boleh dilayari di sini.
Buat masa ni saya bermula dengan beberapa item;


CD Maher Zain- Thank you Allah RM27.90



Siri Cerita Pendek Dalam Al-Qur'an untuk Kanak- kanak & Dewasa RM29.90




Siri Mudah Belajar dan Mengajar Bahasa Arab Al- Baghdadi RM28.90


Aktiviti ni merupakan satu lagi cara saya untuk mempelbagaikan aktiviti kehidupan. Sebenarnya kedai saya ni lebih dianggap perkhidmatan mendapatkan barangan bagi golongan yang tidak mempunyai kelapangan untuk menjenguk kedai sebenar. Memandangkan saya dan suami memang aktiviti masa lapang menjenguk dan mengintai kedai buku, jadi saya terfikir nak cuba bidang ni...


Dan lagi satu, kalau ada siapa2 yang ada masalah nak mencari buku, hubungi saya dan berikan maklumat berikut:
  1. tajuk
  2. nama penulis
  3. nama penerbit
Saya akan cuba cari dan maklumkan kepada anda. Saya akan nyatakan kosnya (harga buku dan kos penghantaran) sebelum sebarang komitmen dibuat.

Salam...

Wednesday, 20 October 2010

Calling Ibu Mai


Anak buah saya yang baru... Adik saya yang keempat baru jer melahirkan petang tadi.... Baby boy... Alhamdulillah... Dah 3 puteri sebelum ni dan sekarang dah dapat baby boy... Wan Farmtown.. he he he..


Kakak2 yang berwajah amat bangga dan nenek di belakang sebagai heroin (seperti biasa.. )

Monday, 18 October 2010

Demam

Salam Zulkaedah...

Malam Ahad lepas saya tiba2 tak sedap badan. Suhu badan naik tetapi saya pulak menggeletar kesejukan. Suami dah tidur nyenyak jadi saya malas nak kejutkan. Jadi, sepanjang malam tu saya tak dapat tidur dengan nyenyak.

Esoknya suami terperanjat sebab suhu badan saya memang tinggi sedangkan malam semalam okay jer. Dia nak bawak ke klinik tapi saya malas nak pegi... Biasa le tu, kalau anak2 demam, kecoh nak bawak ke klinik.. Tapi kalau diri sendiri, macam2 alasan dibuat supaya tak payah pegi.

Selain dari badan panas, saya rasa ok. Malahan selsema dan sakit tekak saya dua tiga hari sebelum tu pun dah hilang. Kebiasaannya saya memang jarang telan aspirin kalau setakat pening kepala biasa, tapi untuk menghalalkan "ketidak pergian" saya ke klinik, saya telan le sebiji aspirin yang ada kat dapur.

Alhamdulillah lepas tu, suhu badan saya turun. Dah macam biasa. Tapi badan saya rasa lemah dan kepala pulak berdenyut2. Semalam, saya cakap kat suami, saya nak ambik cuti kecemasan lah. Terpaksa le sebab tak nak pegi klinik, jadi tak de le sijil sakit.

Dalam saya tak sedap badan tu, Asiah pulak panas badan. Memang sejak dia demam hari tu, masih belum hilang sangat panas badannya. Setakat ni, dalam seminggu tu, ada la sekali badan dia tiba2 panas terutama waktu tidur.

Suami cadangkan cuba untuk keluarkan peluh dengan cara bawa dia berjalan. Memandangkan saya dah okay sikit (cuma kepala berdenyut2 dan lemah sikit), saya bawa Asiah berjalan pusing taman kami dan singgah kat rumah Mak. Lepak jap, kemudian boleh balik.

Seperti biasa Mak dah bangun dan sedang tengok program Motivasi kat tv. Borak2 dengan mak dan cakap la kenapa tak kerja hari tu. Lepas rehat kejap, saya, Asiah dan Maryam (sekolah petang) pun menapak balik.

Sepanjang hari tu memang denyut kat kepala saya tak hilang terutama bila saya batuk. Saya pun risau jugak. Takkan saya ambik cuti lagi kalau masih belum ok betul. Tapi sampai malam masih lagi macam tu.

Malam tu (malam tadi), dalam pukul 9, waktu saya dah siap2 nak masuk tidur, telefon saya berdering. Ingatkan sapa la yang telefon.. Rupa2nya mak tercinta. Dia risau sebab dengar cerita saya tak sihat. Dia takut saya "meruyan".

"Meruyan" ni maksudnya gangguan kesihatan yang dialami oleh ibu2 yang masih baru lepas bersalin. Ia boleh datang dalam bentuk tak serius seperti masuk angin, demam2 atau pening kepala dan ke tahap yang serius yang membawa kepada tekanan perasaan.

Menurut mak saya, "meruyan" ni hanya boleh diubat dengan menyapu minyak meruyan yang memang dimiliki oleh kebanyakan wanita bersalin masyarakat tempatan. Tapi, saya ni memang sah jenis yang selekeh.. Minyak meruyan saya tak tahu kat mana letaknya.

Mak saya kata kalau nak datang ke rumah, dia ada simpan minyak meruyan yang kakak dia bagi (Minyak meruyan ni selalunya diwarisi dari generasi ke generasi). Sebab hari dah malam dan malas nak susahkan suami, saya kata tak pe lah.. Nanti saya cuba cari minyak saya. (mana saya letak ntah..)

Suami yang mendengar dari hujung2 telinga perbualan saya dengan mak, lepas tu tanya apa yang mak cakap. Saya cerita kat dia. Tup2 suami saya suruh berkemas sebab dia nak bawa saya pegi ke rumah mak. Saya pun okay je lah.

Sampai kat rumah mak, mak tersenyum sampai telinga... Dia pulak yang bahagia bila tengok saya nak datang rumah berubat(Kasihnya ibu... ish..ish.. ish..)...

Sekejap je dia sediakan minyak dalam piring dan urut seluruh badan saya. Waktu dia picit bahagian jari kaki saya, rasa sakit. Kata mak, itu tandanya kat situ ada "angin". Kalau takde angin, kita takkan rasa sakit. Mak saya ni bukannya tukang urut pun, tapi dia dengar2 dari orang2 tua dulu.

Dipendekkan cerita yang dah panjang ni, pagi tadi bila bangun tidur, Alhamdulillah saya rasa okay. Kepala saya dah tak berdenyut2 lagi. Cuma batuk sikit2 jer.

Rasa syukur sangat. Sekurang2nya saya tak perlu ambik cuti. Lagipun hari ni ada entrants conference dengan juruaudit. Kang bertanduk pulak Pengarah saya kalau saya tak de.

*******************************************

Bagi generasi masa kini, memang sukar nak percaya pada konsep minyak meruyan ni. Tapi dalam situasi macam saya ni, memang terbukti bahawa banyak jugak teknologi2 nenek moyang kita yang dianggap lapuk tu sebenarnya merupakan teknologi / ilmu merentas zaman.

Mungkin teknologi urutan minyak tersebut bertindakbalas dengan urat2 saraf kita yang tidak mahu bertindak balas dengan cara lain. Mak saya kata, selagi anak kita masih belum begitu besar, kita masih dianggap ibu yang baru bersalin di mana rahim dan urat saraf kita masih lemah dan amat sensitif.

Namun tidak dinafikan, tindakbalas berbeza2 mengikut individu. Dalam kes saya ni, sebenarnya minggu lepas, disebabkan sukar nak dapatkan makanan di tempat kerja, saya telah "menyertai" program diet susu loss weight suami saya.

Memang seronok sebab tak payah nak risau2 cari makan tengahari, tapi hakikatnya perut kita kosong. Tu yang masuk angin. Bila dah dua tiga hari buat benda tu, last2 badan tu memberontak kot. Dia pun bagi signal dengan kenaikan suhu badan kat mak budak yang tak faham bahasa ni.

Bila saya cakap dengan mak saya, dia senyum jer dan memulakan kuliah kesihatan mengenai pantang lepas bersalin kat saya (walaupun Asiah dah berumur 1 thn 7 bulan)..

Itulah alkisahnya...

Jadi.. Ibu2 yang masih ada baby kecik tu, jaga kesihatan ya.. Kata mak saya, jangan main2 benda ni, sebab sebagai wanita kita kena jaga keihatan betul2.. Kalau tak, kita jugak yang akan "merasa" nanti...

Salam...

Thursday, 14 October 2010

Sapa Mak Isah?

Telefon bimbit saya berdering...

Suami: Siapa Mak Isah?

Saya terkedu jap. Tak leh nak tangkap apa tu. Yang saya tahu, nenek saya namanya Mak Isah.

Oooo... Lepas tu baru saya teringat pasal giveaway yang saya menang hari tu.

Alhakikatnya, saya memang belum cakap kat suami. Konon2 nak surprise sebab saya memang niat nak hadiahkan wallet Adidas tu kat dia. Tup2 parcel tu datang waktu saya kerja dan suami saya pulak memang balik tengahari sebab dia ambik Fatihah dari sekolah.

Saya pun tak tengok lagi barang tu.. Konon2 nak surprise suami, akhirnya saya sendiri yang disurprise.. Padan muka saya....

p/s: Mak Isah, nampaknya wallet Adidas Mak Isah dah sampai ke tangan tuannya yang baru aka suami saya. :).. Tkasih ya Mak Isah.. nanti balik saya tengok dan update...

(Fuhhh..terperanjat aku..:)

Projek Hujung Minggu

ha ha.... Saya lagi...

Hari ni saya diberi "cuti", jadi waktu tengahari yang panjang ni saya gunakan untuk spam sahabat2 yang begitu berbaik hati mengikuti blog "gitu2 jer" saya ni.

Saya teringat kata2 hikmah yang Ustaz Rujhan ketengahkan semalam:

"Sikap suka menangguh merupakan pintu kepada kerugian"

Kenapa saya cakap pasal sikap bertangguh ni?

Hakikatnya, itulah sikap saya yang amat sukar nak diubah....

Dah berhari2 ni saya "berangan2" nak memulakan pelbagai projek jahitan saya. Tak de pandai sangat pun menjahit.. Tapi dah ditambah lagi dengan sikap "terpuji" saya tu, maka tidak bergerak seinci pun lah projek impian saya.

Malam bertukar siang, siang bertukar malam, minggu bertukar minggu, habis macam tu jer. Rugi kan?...

Banyak sangat alasan yang saya ciptakan untuk menghalalkan sikap menangguh saya ni.

Baru jer nak duduk kat depan mesin jahit, nanti Asiah mula la "tolong" sekali. Jadi saya pun tak leh nak fokus... Ha... mari saya bawak Asiah pergi main jap... Yang peliknya, kalau Asiah tido, tak nal pulak saya nak menjahit yek...

Lepas tu, nanti kalau dah nak solat, mengaji, waktu tu ler teringat-ingat dengan impian saya ni... Tapi, bila dah selesai, tak nak pulak pegi buat.. arrgggghh...

Hari tu adik saya hantar dua bajunya nak mintak tolong potong kaki sebab panjang sangat, baru minggu lepas saya potong satu... Lepas tu carik alasan, satu jubah hitam dia tak dapat jahit sebab benang hitam tak jumpa...

Sekali saya pujuk diri kata benang coklat pun boleh lah.... tup..tup.. Asiah pulak mai.. ha ha... Mari kita main jap.. :).. sampai sudah le baju tu kat situ...

Jadi, untuk resolusi hari ni, saya nak pastikan baju2 adik kesayangan saya akan dikembalikan dengan sempurna sebelum Isnin; dan saya kena hasilkan sekurang2 satu jahitan sebelum Isnin...

Boleh ke?...

Yakin BOLEH... Insya'Allah...

Salam...

Saspens

Saya sedang dalam mode saspens...

he he... Kenapa agaknya tu?..

Sebabnya saya baru jer beli cd maher zain dan mp4 al-qur'an digital online....

Saya saspens sebab ini merupakan kali pertama saya beli benda digital guna online... Macam mana agaknya produk tu nanti yek?..

Saspennnnnn..... Memang sentiasa le rerama cumel terbang melayang2 di perut saya sehingga lah tempahan saya tu sampai ke tangan saya dan dilihat kualiti barangnya..

Alamak.. Apa aku dah buat ni?......

Hiii!!!!...... Saspen!!!!!....

Hati- hati dengan hati

Salam tengahari Jumaat..


Apa cerita pasal hati ni?


Sebenarnya semalam saya terdengar segmen tajaan kat IKIMfm mengenai ubat hati. Seperti biasa, kalau segmen ni, memang saya tak de nak ambil kisah sangat. Kalau dengar pun, kat hujung2 telinga jer ler.


Sebab tu le saya sempat dengar sikit je yang penaja tu cakap. Memandangkan dia jual tonik hati jadi dia pun cakap le kepentingan menjaga hati ni. Kegagalan hati berfungsi akan menjadi punca pelbagai penyakit seperti Hepetitis dan demam kuning. Memang sah saya tak dengar sangat. Tak berani lak saya nak tulis lebih2...

Apa2 pun, sebenarnya saya nak berkongsi mengenai hakikat pentingnya hati dalam kehidupan manusia. Rosak hati, maka kita akan menderita. Semoga Allah menganugerahkan kita nikmat sihat dan memberi kesabaran seandainya diuji dengan sakit.

Kebetulan atau suratan

pagi tadi Segmen Motivasi pun menyentuh mengenai topik yang sama.


.....HATI....

Kata Ustaz Rujhan,


"Sekiranya hati kita adalah air, jangan biarkan ia keruh,

sekiranya ia adalah awan, jangan biarkan ia mendung, dan

sekiranya ia bulan, jangan biarkan ia gerhana"


Cantikkan, kata2 tu?..


Bayangkan kalau air sungai keruh, cantik tak?

Macamana pulak kalau air dalam gelas tu keruh, nak ke kita minum?

Atau kalau air paip keruh, nak guna tak untuk mandi?


Memang tak de maknanya , ya dak?


Lantas, macam tu la hati kita... Kalau hati kita kotor, maka seluruh kehidupan kita akan terganggu....

Terganggu macam mana agaknya ya?..


Yalah.. Kalau tengok kawan berjaya sikit, dah timbul rasa iri hati...

Kalau menghadapi kesukaran sikit, dah keluh kesah dan gelisah...


Harap2nya kita dijauhkan dari penyakit hati, sama ada secara fizikal ataupun spiritual, nauzubillahhi min zalik...


Jadi,

amalkan tabiat pemakanan yang sihat untuk menjaga kesihatan hati


dan yang lebih pentingnya,


dekatkan diri dengan Allah untuk memastikan hati kita sentiasa hidup dan memandu kita ke arah kehidupan yang tenang dan penuh keberkatan....

Wallahua'lam....

******************

-Islam itu Indah-

*******************