Salam..
Pernah tak kita tonton cerita seram?... Mesti pernah, kan...
Selalunya "benda" ni bila menjelma konon2nya akan menjelma dalam bentuk yang cantik contohnya perempuan yang cantik. Lepas tu pulak akan ada watak "pakar" yang boleh tengok rupa asal "benda" ni yang menakutkan... (Kononnya..)
Kenapa saya cerita pasal ni?...
Sebenarnya saya terfikir mengenai konsep dunia yang sementara ni... Semuanya nampak indah2 belaka... Seronok... Sehingga rasa sayang nak ditinggalkan...
Tapi seandainya kita tahu tarikh akhir kita berada di dunia yang sementara ni, agaknya sama tak lagi nilai dunia ni di mata kita?...
Takde lah maksud saya ingatan kepada mati menyebabkan kita terus meninggalkan sepenuhnya urusan dunia, dan terus 24 jam berada di tikar sejadah...
Namun, kesedaran dengan hakikat kematian pasti akan menyedarkan kita bahawa kita tidak seharusnya bermatian2 mengejar dunia kerana semua itu akan ditinggalkan.
Malahan, kesedaran tentang hakikat kematian sepatutnya akan menjadikan kita insan yang lebih bertanggungjawab ke atas tugasan dunia kita. Hal ini kerana setiap tanggungjawab pasti dilaksanakan dengan segera kerana masa amat terhad.
Dan tanggungjawab di dunia yang tidak terlaksana dengan sempurna akan menyebabkan perjalanan di akhirat menjadi sukar.
Seperti kata penceramah di Radio Ikim pagi tadi, apa yang bakal kita hadapi di alam akhirat bergantung dengan cara kita hidup di dunia...
Wallahua'lam..
Salam..
Assalamualaikum M.yah...
ReplyDeleteMacam cerita ulek mayang jak bunyik nya...eiii..memang seram.Gitu rupanya antu laut.
Jelmaan jin memang cantik, mun muka asal memang hodoh. (melalut kejap )
benar ya m.yah..dunia adalah jambatan ke akhirat.Negeri kita yang kekal abadi.Kita ni umpama calon2 peperiksaan , kena tungkus lumus sikit, mujahadahnya kena banyak.Semoga kita lulus cemerlang di sana! Paling tidak dapat markah kasihan pun ok jugek.Sebab kekadang kmk rasa malu dgn dirikpun jak, nak lulus cemerlang, tapi belajarnya malas.
Salam Mai:
ReplyDeleteLamak dah sik sanggup nanggar cerita2 itu di tv.. Yang disebut ya citer zaman mudak2 marek.. Tekanan jantung gik kuat waktu ya... :)
M yah tuk lagik lah Mai... Bila dah rasa down gilak ya, kei mujuk ati, ingat jak kata2 bahwa kita mesti bersangka baik dengan Allah, khauf dan raja'... Kerap gilak leka Mai...