Salam...
Hujung minggu lepas saya "berdrama" dengan Fatihah.
Fatihah merupakan anak yang sulung, jadi banyak situasi saya bersamanya merupakan yang pertama. Mungkin kerana dia anak yang sulung, saya cenderung untuk mengharapkan yang terbaik darinya sejak mula.
Kerap, apabila timbul keadaan yang memerlukan saya menegurnya, saya akan "berceramah" seperti saya berbicara dengan orang yang lebih dewasa. Hasilnya, ia kembali kepada saya semula.
Maknanya, apabila Fatihah meluahkan perasaannya, dia akan menggunakan istilah2 yang "dewasa" seperti konsep kebahagiaan.
Jadi, hujung minggu lepas, apabila saya menegurnya, dia pun meluahkan "masalah"nya di sekolah yang menyebabkan dia tidak bahagia... Alamak... Saya pun mula menyusun ayat...
Hakikatnya, setiap kali saya "berceramah" dengan Fatihah, saya sebenarnya menegur diri saya sendiri... Kerana setiap apa yang saya luahkan, turut didengar oleh telinga saya sendiri.
Dan hari itu saya menyedari hakikat bahawa setiap individu telah dianugerahkan Allah dengan kebahagiaan. Namun, tidak semua yang menyedari hakikat itu dan mungkin saya salah seorang darinya.
Akibatnya, saya mungkin lebih cenderung untuk resah dengan masalah2 atau cabaran kehidupan yang saya hadapi. Lantas "mengizinkan" masalah2 dan cabaran2 tersebut menentukan arah tuju kebahagiaan hidup saya.
Sepatutnya saya mempergunakan sebaik2nya anugerah yang Allah berikan iaitu menentukan sendiri kebahagiaan hidup saya dan jangan memberi sebarang ruang untuk unsur2 luaran untuk menentukannya.
Hal inilah yang saya "drama"kan kepada Fatihah dan pada masa yang sama saya tujukan untuk diri sendiri.
Hargailah anugerah Allah dan pastikan kita sendiri yang mengawal erti kebahagiaan hidup dan jangan biarkan cabaran2 luaran mempengaruhi hidup kita.
Wallahua'lam...
Assalamualaikum...
ReplyDeleteinsyaAllah bahagia...rumahku syurgaku..
Biasalah m.yah, mbiak umo ya.Mcm mbok cah dolok juak.Dah besar tok lain gik karenahnya.Soalan 'berprofile' tinggi diberiknya kadang.aduss..
Alaikumsalam Mai:
ReplyDeleteYalah... Selalu2 lah blog pengalaman ngan Mbok CAh ya... At least dapat share.. sik terkujat gilak mun dah Fatihah umur ya lak.. Sometime m yah rasa guilty sebab takut sikap kita terlalu menekan daknya ... :)
InsyaAllah...akan d blog kan.bila anak2 dah besar m.cah tok, lebih banyak 'misteri nusantara' dalam dirik nya.Kadang nya sik mok cerita.Dan mungkin kmk kurang berkelaka secara serius ngan nya.berbanding abahnya, nya lebih suka share cerita.Pasya abahnya gik share ngan kmk..hehehe..
ReplyDelete