Salam...
Mari kita kongsi cerita yang baru saya baca... Macam menarik pulak isunya.
Selama ni kita tak kisah pun kan, nak duduk ke nak berdiri... Kalau ada kerusi, duduk. Kalau tak de, pilihannya berdiri lah ya.
Alkisahnya, dalam saya keluar masuk buat kerja, saya pun curi masa sikit baca suratkhabar (sambil berdiri).. Dan yang menariknya, tetiba je pandangan mata saya menangkap satu artikel mengenai kecenderungan masa kini untuk melakukan kerja sambil berdiri. Berdiri dalam erti kata dia memang tak duduk dah.. Diorang nih kerja kat pejabat pakai meja yang tinggi.
Kenapa pulak timbulnya gaya hidup baru ni?.
Menurut artikel tersebut, pengamal gaya hidup berdiri ni berpendapat bahawa ia mendorong mereka untuk lebih fokus, mencegah rasa mengantuk dan meningkatkan yakin diri.
Dari sudut lain pula, artikel ini turut menyentuh mengenai pandangan2 pengkaji ergonomik secara ilmiah yang percaya bahawa duduk dalam tempoh yang lama menjadi punca kenaikan kadar penghidap diabetes, obesiti dan penyakit jantung. Malahan mereka menganggap ia boleh dianggap sama bahaya dengan tabiat merokok.
Tapi, satu pihak lain pula berpandangan yang berbeza. Golongan ini tetap percaya bahawa berdiri pun mempunyai bahaya sendiri; sakit belakang, verikos vein dan keperluan jantung untuk mengepam dengan lebih kuat.
Namun secara keseluruhannya, artikel ini bersetuju dengan satu perkara. Terdapat satu enzim di dalam badan yang berperanan menyedut lemak berbahaya dari aliran darah yang hanya akan berfungsi bila badan di dalam kedudukan menegak.
Berdiri juga dipercayai berupaya mengurangkan risiko sakit jantung (heart tu jantung ke hati?),meningkatkan pembakaran kalori, penghasilan insulin dan penghasilan kolesterol baik.
Walaupun tiada bukti kesahihan fakta, tetapi wajar juga diambil perhatian kerana kurang bergerak disebabkan terlalu lama duduk memang jelas tidak menyokong kepada budaya hidup sihat.
Wallahua'lam.
Nota: Merujuk artikel The Borneo Post, page B8, 26 October 2010.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteAda benar nya jugak.Duduk lama bleh sebabkan rasa malas,obesiti, cepat ngantuk..
Dan ada benarnya, berdiri lama menyebabkan verikos vein, lenguh kaki semasa tidur.
Tapi apapun yang situasi bersederhana lah.Maknanya duduk jangan terlalu lama berdiri jangan terlalu lama.Yang baiknya berjalan -jalan selama 1/2 jam sehari elok utk jantung dan hilangkan kolestrol..
p/s : ye2 jek kmk tok.pdhal di rumah banyak duduk jak.berdiri lamak dah kepak ;P
Alaikumsalam:
ReplyDeleteSik pa Mai... Sentiasa ada jalan mun mauk... M yah keje tuk gik nak mikir camne nak bjalan... Bayangkan mun tiap2 hari 9 jam duduk jak di opis.. lom kira duduk depan pc gik mun dah balit rumah lak... :)