Salam Syawal.
Minggu lepas memang amat panjang bagi saya. Pembantu saya masih bercuti dan Insya'Allah akan mula "bertugas" Khamis atau Jumaat ini.
Selepas memanjangkan cuti lepas raya seminggu kerana anak2 demam, saya dan suami mula bekerja minggu lepas. Ini bermakna saya kena mintak bantuan adik saya yang duduk bersama mak untuk jaga anak2.
Malam saya kena kemaskan bakul khas dan pastikan semua kelengkapan ada kat dalam tu.
1. Asiah
- Peralatan menyusu- susu dan botol susu yang cukup
- lampin pakai buang
- baju siang- dua tiga pasang
- baju malam- dua tiga pasang
2. Maryam (Sekolah Petang)
- Seragam sekolah
- Baju siang
- Baju Malam
3. FAtihah (sekolah pagi)
- Baju siang
- Baju Malam
Balik kerja terus ambik anak2 dari rumah Mak. ALhamdulillah rumah dekat jer. Sampai rumah terus jenguk dapur. Pastikan at least masak nasi dan jerang air. Last week saya masak le setakat yang termampu.. :).. Ikan kukus halia dan sayur rebus.. Nak lebih2 tak sempat dan tak reti. Janji keluarga dapat makan malam. NAsib baik hubby sporting. PAling2 dia cakap, masakan macam ni baik utk kesihatan.. ;P.
Sedar2 dah azan maghrib. Takde nya solat dalam bilik lagi dah.. Ruang tamu dah jadi bilik solat dah. Kalau nak atas kang lambat nak turun balik. Habis solat clearkan dapur dan sinki. LAp meja. Pungut2 apa2 yang patut kat depan tv. Sapu sikit2 asal tak tenggelam sangat rumah. Jenguk balik bakul budak2 dan refill mana2 yang patut.
Tu tak masuk bahagian dobi. Yang tu hubby punya bahagian.. Nasib baik.. lega.... Lipat baju saya buat tapi tak leh tiap2 hari. Sabtu lepas saya buat jadi hari lipat baju sedunia.
Khamis: Balik kerja, Mak kata badan Asiah panas. Malam tu panasnya menjadi2.. Saya dan suami berjaga semalaman memantau dan lap seluruh badan Asiah.
Jumaat: Sekali lagi saya terpaksa mengambil cuti "terkejut". Tak sampai hati lak nak tinggalkan Asiah dgn adik dalam keadaan macam tu.
Sabtu: Dalam kesibukan memantau demam Asiah yang turun naik, saya cuba jugak kemas rumah yang dah hampir tenggelam. Kang "Kakak" terperanjat tengok rumah dah macam tongkang pecah. Silap2 terus balik Indon. Pagi saya mop lantai, petang lipat baju.
Ahad: Pagi buat sarapan, Pegi rumah mertua ada makan2.
Ahad: Malam: Balik semula ke perenggan di atas.. Kemas bakul anak2.. :)
Mungkin bagi setengah2 orang, tak de apa benda2 tu, tapi saya yang dah lama hidup dengan pembantu rumah, saya hanya nak cakap...
LETIHNYA.......... Tapi syukur sebab ia bermakna saya ada suami dan anak2 untuk dijaga dan rumah untuk dikemas.. :)
Assalamualaikum ...
ReplyDeletePerghh...dah jadi superwomen dah ni.hehehe...Walau penat-penat buat kerja, tapi hati seronok juga kan..Buat kerja untuk suami dan anak-anak.
Hooo, I know what you feel like. Aritu masa maid saya lari, memang kelam kabut. Tapi hasil kerjasama from hubby, anak2, my mom..alhamdulillah..survive pun. Hehehehe..tapi sekali sekala dapat mengemas rumah sendiri, rasa puas!! Along dah la jenis kalau dtg mood mengemas tu...terus samak satu rumah!!
ReplyDeleteHope Asiah is feeling better. Ps: I like ur hubby's comment about ur cooking. Nice!
(Try to reply semalam tapi network problem. So ya save dalam words):)
ReplyDeleteAlaikumsalam Mai:
Perghh.. paksa dalam rela... Baru menghargai keempukan tilam dan bantal... :).. Tapi belum cukup super untuk buat pizza macam yang cik puan pernah buat tu.. :)
Yep Along:
Its me.. a mom who doesnt know how to cook... I cook only healthy dish... :)...
Betul kata ALong..Kalau dah mula menyental, mahu satu rumah nak disental.. :)
Actually Doktor kata Asiah demam sebab gigi taring dia nak keluar... Tapi risau jugak sebab dah lebih tiga hari suhu badan tak menentu.
Nanti2 nak kena cuba jugak ler resepi2 kat buku masakan kat shelf tu.. :)Kalau pembantu dah bersara esok lusa, takkan nak makan healthy food je memanjang. Betul tak ALong?...
He he...faham Mak isah perasaan Ummu waktu itu.. Cam mana? dah lega sikit sekarang? Alhamdulillah suhu panas Asiah dah turun.
ReplyDeleteSalam Mak Isah:
ReplyDeleteOne more day to go... :)...