Sunday, 31 October 2010
Bahagiakah saya?.
Hujung minggu lepas saya "berdrama" dengan Fatihah.
Fatihah merupakan anak yang sulung, jadi banyak situasi saya bersamanya merupakan yang pertama. Mungkin kerana dia anak yang sulung, saya cenderung untuk mengharapkan yang terbaik darinya sejak mula.
Kerap, apabila timbul keadaan yang memerlukan saya menegurnya, saya akan "berceramah" seperti saya berbicara dengan orang yang lebih dewasa. Hasilnya, ia kembali kepada saya semula.
Maknanya, apabila Fatihah meluahkan perasaannya, dia akan menggunakan istilah2 yang "dewasa" seperti konsep kebahagiaan.
Jadi, hujung minggu lepas, apabila saya menegurnya, dia pun meluahkan "masalah"nya di sekolah yang menyebabkan dia tidak bahagia... Alamak... Saya pun mula menyusun ayat...
Hakikatnya, setiap kali saya "berceramah" dengan Fatihah, saya sebenarnya menegur diri saya sendiri... Kerana setiap apa yang saya luahkan, turut didengar oleh telinga saya sendiri.
Dan hari itu saya menyedari hakikat bahawa setiap individu telah dianugerahkan Allah dengan kebahagiaan. Namun, tidak semua yang menyedari hakikat itu dan mungkin saya salah seorang darinya.
Akibatnya, saya mungkin lebih cenderung untuk resah dengan masalah2 atau cabaran kehidupan yang saya hadapi. Lantas "mengizinkan" masalah2 dan cabaran2 tersebut menentukan arah tuju kebahagiaan hidup saya.
Sepatutnya saya mempergunakan sebaik2nya anugerah yang Allah berikan iaitu menentukan sendiri kebahagiaan hidup saya dan jangan memberi sebarang ruang untuk unsur2 luaran untuk menentukannya.
Hal inilah yang saya "drama"kan kepada Fatihah dan pada masa yang sama saya tujukan untuk diri sendiri.
Hargailah anugerah Allah dan pastikan kita sendiri yang mengawal erti kebahagiaan hidup dan jangan biarkan cabaran2 luaran mempengaruhi hidup kita.
Wallahua'lam...
Buku tanda2 kematian semakin dekat
Seorang kawan sedang mencari2 bahan bacaan yang berkaitan dengan tanda2 kematian semakin hampir. Seperti yang saya kongsikan di blog sebelum ini, saya memiliki sebuah buku mengenai persediaan akhir menghadapi kematian, tapi tak pulak memiliki buku seperti yang dicarinya.
Tapi, sebab saya memang selalu menziarahi kedai buku, saya cakapkan padanya yang saya akan cuba cari buku berkaitan.
Semalam, saya pun menjenguk kedai buku yang selalu saya lawati. Puas jugaklah saya pusing2 kat rak2 yang berkaitan... Tapi, saya tak jumpa pulak buku tu...
Mungkin ada sesiapa pembaca yang pernah terjumpa buku ni dan cadangkan kepada saya tajuknya untuk dicari.
Namun, janji Allah itu pasti...
Wallahua'lam...
Lemahnya saya...
Pagi tadi saya membaca hadith Rasulullah saw mengenai sebaik2 muslim ialah yang memberi salam kepada Muslim yang lain samada yang dikenali atau yang tidak dikenali.
Jadi, bila berjalan2 tengahari tadi saya cuba nak laksanakan perkara ni. Bila singgah untuk solat Asar di Musolla pusat membeli- belah tu, saya niatkan nak bagi salam kat sapa2 yang ada kat situ.
Tapi, bila saya siap dah tunaikan solat, bila tengok diaorang borak2 sama sendiri, timbul segan pulak di hati saya nak menegur dan bagi salam....
AKhirnya, saya terus keluar tanpa menegur mereka sebab masih dikuasai rasa segan...
Lemahnya Iman saya...
Saturday, 30 October 2010
Kaum- kaum yang Pupus
Ingin berkongsi sebuah buku yang amat menarik.
Baru sahaja dibeli oleh suami semalam. Ia mengisahkan mengenai sembilan (9) kaum yang disebutkan oleh AL-Qur'an yang telah pupus.
Walaupun belum berpeluang membaca buku tersebut, tetapi dah dapat gambaran sedikit sebanyak mengenai isi buku tersebut melalui ulasan secara langsung dari suami sepanjang pembacaannya. Juga melalui pelbagai gambar yang diselitkan di sepanjang pengisahan buku tersebut.
Sebagai contoh, di atas merupakan gambar2 Tasik Nai Lut yang diambil dari Satelit.
Ini pula merupakan mayat2 yang menjadi batu sebagai kesan2 peninggalan Pompeii. Kisah Pompeii juga dikupas walaupun ia tidak disebutkan di dalam Al-Qur'an. Ia diulas oleh penulis sebagai kesan kehancuran yang menyamai kehancuran Kaum Nabi Lut.
Walaupun belum membaca sepenuhnya, ternyata gambaran2 yang diberikan telah menarik perhatian bukan sahaja saya sendiri tetapi anak2 yang tertarik untuk bertanya dengan lebih lanjut. Malahan Fatihah telah mula2 mengintai2 sebab tak sabar nak tunggu Abahnya selesai membaca.
Buku ini hanya berharga RM12.00 sahaja. Saya rasa boleh diperolehi dari kedai2 buku berdekatan. Tapi kalau perlukan bantuan, boleh maklumkan kepada saya. Kos penghantaran hanya RM5.00 sahaja.
Salam. Dan selamat membaca.
Thursday, 28 October 2010
Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)
Suami saya memang minat sangat kat tulisan HM Tuah Iskandar ni... Setiap buku memang dia tak miss... Saya pulak memang tak baca buku motivasi ni.. Tapi novel dia saya baca...
Bila suami saya tengok saya buat jualan online, dia tawarkan buku- buku koleksi ni untuk sesiapa yang berminat untuk dapatkan dengan harga yang murah...
Buat Sampai Jadi- HM Tuah Iskandar
Jangan Tidak- Tidak - HM Tuah Iskandar
Membina Cinta Sayang- HM Tuah Iskandar
Nak Jadi- Jadi- HM Tuah Iskandar
Sendiri Mau Ingat- HM Tuah Iskandar
Setiap buku berharga RM5.00 dan kos penghantaran RM5.00 sahaja untuk setiap buku. Boleh juga disatukan dengan pembelian buku novel kanak2 terpakai. tapi kalau 3 buku, kos penghantaran RM10 sahaja.
Mintak maaf di atas mutu gambar kerana ia diambil oleh jurugambar amatur (Maryam)... :)
Ada Bagus Bagusss - HM Tuah Iskandar
Membina Peribadi Anggun- Hm Tuah Iskandar
Jangan Main- Main- HM Tuah Iskandar
Membina Personaliti Terbilang- HM Tuah Iskandar
Stefa Isle- HM Tuah Iskandar
Selamat menjamu mata....
Salam..
Wednesday, 27 October 2010
Bersedia kah anda?.
Dua tiga hari ni suami sibuk di pejabat. Saya pun lebih kurang... Jadi, balik kerja tadi selepas maghrib kami "kenyit2" untuk keluar sebentar buat terapi. Anak2 tinggal sebab malam tadi kami dah bawa sekeluarga untuk makan kat luar.
Ronda2 kat kedai buku, saya terjumpa sebuah buku yang saya rasakan menarik dan berbaloi untuk dibaca dan disimpan sebagai rujukan sepanjang masa.
Buku apa agaknya tu ya?
Ini dia buku yang saya maksudkan..
Kenapa saya katakan buku ini amat relevan untuk saya baca dan simpan untuk rujukan sepanjang masa?..
Saya cakap macam tu sebab saya rasa setiap masa kita patut menganggap bahawa kita berhadapan dengan hari2 akhir kematian... Setiap diri akan merasai mati.. Itu janji Allah swt di dalam Al-Qur'an..
Setelah menyelak isi di dalamnya, saya rasa ia jauh lebih bernilai dari harga buku tersebut dan saya rasa pembelian saya pada malam ini amat berbaloi. Nak tahu tak harganya?
Cuma RM8.00 sahaja. Sesiapa berminat, saya boleh tolong dapatkan dengan kos penghantaran RM5.00 sahaja. Jumlah keseluruhan hanya RM13.00 sahaja. Berbaloikan?..
Salam.
Tuesday, 26 October 2010
Sapa ni?
Saya masih terperanjat... Tadi semasa balik dari temujanji klinik Asiah, saya disapa oleh seorang anak muda di depan lif.
Saya tengok muka dia kut2 lah kenal... Budak ni sengih2 jer siap tunjuk nama kat tag kemeja dia... Konfiden je dia kenal saya... Saya pun tengok macam pernah tengok....
Sekali tu dia sebut nama mak dia... Memang terperanjat... Rupa2nya dia tu anak sepupu saya... Kira anak saudara la.... Bukan sepupu jauh pun... Berkongsi nenek yang sama dan mak saudara saya (nenek budak ni) tiap2 minggu datang rumah tolong mak saya jaga nenek saya (moyang dia).
Subhanallah.. Masya'Allah... Patut le saya rasa familiar.. Dulu2 saya memang ziarah rumah dia kat kampung setiap kali raya.. Tapi waktu tu dia masih kecik sangat.. comot pulak tu.... Dah budak2 memang lah comot ye dak...
TAdi saya tengok dia dah besar.. Sangat tinggi pulak dari saya yang memang dah sedia "comel" ni. Pakai pulak baju kemeja pejabat.... Mana lah otak saya dapat letakkan imej lama dia kat tempat yang jauh asing dari tempat yang selalu saya tengok dia dulu...
Nampak gayanya selalu le saya bertembung nanti sebab dia cakap tempat kerja dia kat bawah opis saya jer....
Pengalaman ni menjentik saya betapa telah jauh perjalanan saya di dunia ini dan bila2 akan berakhir untuk disambung di alam yang lain yang lebih jauh perjalanannya...
Salam...
Monday, 25 October 2010
Berdiri ke duduk?
Mari kita kongsi cerita yang baru saya baca... Macam menarik pulak isunya.
Selama ni kita tak kisah pun kan, nak duduk ke nak berdiri... Kalau ada kerusi, duduk. Kalau tak de, pilihannya berdiri lah ya.
Alkisahnya, dalam saya keluar masuk buat kerja, saya pun curi masa sikit baca suratkhabar (sambil berdiri).. Dan yang menariknya, tetiba je pandangan mata saya menangkap satu artikel mengenai kecenderungan masa kini untuk melakukan kerja sambil berdiri. Berdiri dalam erti kata dia memang tak duduk dah.. Diorang nih kerja kat pejabat pakai meja yang tinggi.
Kenapa pulak timbulnya gaya hidup baru ni?.
Menurut artikel tersebut, pengamal gaya hidup berdiri ni berpendapat bahawa ia mendorong mereka untuk lebih fokus, mencegah rasa mengantuk dan meningkatkan yakin diri.
Dari sudut lain pula, artikel ini turut menyentuh mengenai pandangan2 pengkaji ergonomik secara ilmiah yang percaya bahawa duduk dalam tempoh yang lama menjadi punca kenaikan kadar penghidap diabetes, obesiti dan penyakit jantung. Malahan mereka menganggap ia boleh dianggap sama bahaya dengan tabiat merokok.
Tapi, satu pihak lain pula berpandangan yang berbeza. Golongan ini tetap percaya bahawa berdiri pun mempunyai bahaya sendiri; sakit belakang, verikos vein dan keperluan jantung untuk mengepam dengan lebih kuat.
Namun secara keseluruhannya, artikel ini bersetuju dengan satu perkara. Terdapat satu enzim di dalam badan yang berperanan menyedut lemak berbahaya dari aliran darah yang hanya akan berfungsi bila badan di dalam kedudukan menegak.
Berdiri juga dipercayai berupaya mengurangkan risiko sakit jantung (heart tu jantung ke hati?),meningkatkan pembakaran kalori, penghasilan insulin dan penghasilan kolesterol baik.
Walaupun tiada bukti kesahihan fakta, tetapi wajar juga diambil perhatian kerana kurang bergerak disebabkan terlalu lama duduk memang jelas tidak menyokong kepada budaya hidup sihat.
Wallahua'lam.
Nota: Merujuk artikel The Borneo Post, page B8, 26 October 2010.
Koleksi Novel Kanak- Kanak Terpakai
Nampaknya Fatihah pun berminat nak menyumbang untuk kedai ni.. Jadi malam tadi dia selongkar koleksi novel kanak- kanak yang dia dah habis baca untuk dipamerkan untuk jualan.
Buku- buku ni dianggap jualan clearing stock sebab suami nak cari ruang untuk buku2 baru yang belum dimasuk ke rak di rumah kami.
Setiap buku berharga RM5.oo dan kos penghantaranRM5.00 sahaja untuk setiap buku. Tiga buah buku pula kos penghantarannya RM10.00 sahaja.
Sila cuci mata ya.. Siapa cepat dia dapat ya... Setiap tajuk ada satu jer salinan... :).. Malam nanti saya upload lagi... Ni kita jamuan pembuka selera dulu...
Salam.....
Produk baru
Semalam waktu uruskan tempahan (chewah), saya dan suami terpandang buku kanak2 terbaru... Dah ambik gambar tapi belum sempat nak buat review. Tapi nampak macam menarik sebab Fatihah pun dah khusyuk membaca sejak semalam...
Insya'Allah malam ni saya cuba upload dan buat review sekali....
Sunday, 24 October 2010
Pelanggan Sulung
Alhamdulillah, hari ni saya menerima tempahan yang pertama untuk kedai online saya. Ehhm... Ehm.. Along..Its you... Thanks again.. :).. Dah.. pegi belajar.. jgn nak ngelat...
Petang tadi saya dan suami terus dengan bersemangatnya mendapatkan bekalan dan peralatan untuk penghantaran...
Anak2 pelanggan saya ni lebih kurang seusia anak2 saya.. Ketiga2nya perempuan pulak tu.. Jadi saya memang arif sangat le dengan budak2 seusia ni.. Kalau dapat bungkusan yang dibungkus cantik mesti suka sangat...
Sebab tu lah dalam gambar tu ada wrapping paper... Kira nak surprisekan budak2 tu la... Tapi kan Along, dalam keghairahan saya beli mende2 tu tadi, saya tak perasan sgt temanya.. Dah sampai rumah baru le sedar... Jadi, saya mintak mahap siap awal2 la ya, kalau Along tak puas hati dgn wrapping tu...
Haa... Dah siap dah... Esok pagi, suami menawarkan untuk hantar ke pos... Tak sempat nak ambik gambar yang dibungkus dgn kertas hadiah tu... Tapi tak pe ler.. Boleh surprisekan ALong sekali.... :)
So, Along.. Tunggu ya... Harap2 ALong puas hati menjadi pelanggan pertama saya... Jangan serik ya.. Lagi satu.. Saya ada selitkan katalog buku sekali.. Mana tahu kalau Along ada yang berkenan tetapi takde masa nak uruskan pembelian... Bagi jer saya tajuk buku dan nama penulis.. nanti saya tolong carikkan....
Kawan2 yang lain pun, sapa2 yang nak mintak tolong carikkan bagi, cakap kat saya ya... Dan kalau nak buat untuk hadiah seseorang pun saya boleh tolong uruskan.. Insya'Allah...
Salam...
p/s: Sekali lagi mahap byk2 Along, saya budak baru belajar.. :)
Saturday, 23 October 2010
Siri Kisah 25 Rasul
Kali ni saya nak bercerita pasal set buku kanak2 yang menarik untuk kanak2 mahupun kita yang dewasa.
Sebenarnya suami saya lama dah belikan set ni untuk Fatihah. Tapi yang sebenarnya dia sendiri yang nak baca.. he he....
Siri Kisah 25 Nabi ni terdiri dari 24 buah buku mengenai 25 Nabi- Nabi.
1.Nabi Adam AS Bapa Manusia
2. Nabi Ibrahim AS Kebal Dijilat Api
3. Nabi Ishak AS dan Nabi Yaakub A.S yang Luar Biasa
4. Nabi Musa AS dan Rahmat Tuhan
5. Nabi Syuib AS dan Kaum Madyan
6. Nabi Zulkarnain AS Membina Tembok Besi
7. Nabi Ayub A.S Dengan Kesabarannya
8. Nabi Idris AS dan Nabi Ayub AS
9. Nabi Ismail AS Rela Disembelih
10. Nabi Nuh AS dan Bahteranya
11. Nabi Yunus AS ditelan Ikan Nun
12. Nabi Zulkifli AS Berpegang Teguh Pada Janji
13. Nabi Harun AS Pendakwah Terbilang
14. Nabi Ilyas AS dan Nabi Ilyasa' Yang Penyabar
15. Nabi Lut AS dan Kaumnya
16. Nabi Soleh AS dengan Unta Ajaibnya
17. Nabi Yusuf AS Gemilang Takwanya
18. Nasihat Luqman AS kepada Anaknya
19. Nabi Hud AS dan Ribut Taufan
20. Nabi Isa AS dan Mukjizatnya
21. Nabi Musa AS Berguru dengan Nabi Khidir AS
22. Nabi Sulaiman AS Raja yang Adil
23. Nabi Zakaria AS yang Doanya Diterima Tuhan
24. Rasulullah SAW dengan Suraqah bin Malik
Yang saya suka mengenai siri ni ialah ia menggunakan pendekatan yang menarik untuk mencuri perhatian anak2 untuk mendekati dan membacanya. Sebagai contoh;
Pelbagai ilustrasi yang berwarna- warni di setiap muka surat.
Bantuan untuk memahami perkataan sukar di bawah setiap muka surat,
dan Segmen Pengajaran pada setiap penghujung buku untuk kesimpulan yang mudah difahami.
Untuk 24 buku, harga RM99.90 saya rasa boleh dikatakan berbaloi-baloi... Saya boleh membantu anda mendapatkan buku ini sekiranya berminat.....
Melentur buluh biar dari rebungnya... :).. Tapi kalau dah jadi buluh macam saya pun masih belum terlambat... :) Banyak yang saya belajar dari buku anak2 saya...
Salam...
Friday, 22 October 2010
Kedai Online Saya
Alhamdulillah hari ni rasa sihat dan bersemangat nak kembali memblog. Hari ni saya nak buat cerita baru... he he..
Bermula hari ini saya akan memulakan perniagaan on-line saya. Kedai saya boleh dilayari di sini.
Buat masa ni saya bermula dengan beberapa item;
CD Maher Zain- Thank you Allah RM27.90
Siri Cerita Pendek Dalam Al-Qur'an untuk Kanak- kanak & Dewasa RM29.90
Siri Mudah Belajar dan Mengajar Bahasa Arab Al- Baghdadi RM28.90
Aktiviti ni merupakan satu lagi cara saya untuk mempelbagaikan aktiviti kehidupan. Sebenarnya kedai saya ni lebih dianggap perkhidmatan mendapatkan barangan bagi golongan yang tidak mempunyai kelapangan untuk menjenguk kedai sebenar. Memandangkan saya dan suami memang aktiviti masa lapang menjenguk dan mengintai kedai buku, jadi saya terfikir nak cuba bidang ni...
Dan lagi satu, kalau ada siapa2 yang ada masalah nak mencari buku, hubungi saya dan berikan maklumat berikut:
- tajuk
- nama penulis
- nama penerbit
Salam...
Wednesday, 20 October 2010
Calling Ibu Mai
Anak buah saya yang baru... Adik saya yang keempat baru jer melahirkan petang tadi.... Baby boy... Alhamdulillah... Dah 3 puteri sebelum ni dan sekarang dah dapat baby boy... Wan Farmtown.. he he he..
Kakak2 yang berwajah amat bangga dan nenek di belakang sebagai heroin (seperti biasa.. )
Monday, 18 October 2010
Demam
Malam Ahad lepas saya tiba2 tak sedap badan. Suhu badan naik tetapi saya pulak menggeletar kesejukan. Suami dah tidur nyenyak jadi saya malas nak kejutkan. Jadi, sepanjang malam tu saya tak dapat tidur dengan nyenyak.
Esoknya suami terperanjat sebab suhu badan saya memang tinggi sedangkan malam semalam okay jer. Dia nak bawak ke klinik tapi saya malas nak pegi... Biasa le tu, kalau anak2 demam, kecoh nak bawak ke klinik.. Tapi kalau diri sendiri, macam2 alasan dibuat supaya tak payah pegi.
Selain dari badan panas, saya rasa ok. Malahan selsema dan sakit tekak saya dua tiga hari sebelum tu pun dah hilang. Kebiasaannya saya memang jarang telan aspirin kalau setakat pening kepala biasa, tapi untuk menghalalkan "ketidak pergian" saya ke klinik, saya telan le sebiji aspirin yang ada kat dapur.
Alhamdulillah lepas tu, suhu badan saya turun. Dah macam biasa. Tapi badan saya rasa lemah dan kepala pulak berdenyut2. Semalam, saya cakap kat suami, saya nak ambik cuti kecemasan lah. Terpaksa le sebab tak nak pegi klinik, jadi tak de le sijil sakit.
Dalam saya tak sedap badan tu, Asiah pulak panas badan. Memang sejak dia demam hari tu, masih belum hilang sangat panas badannya. Setakat ni, dalam seminggu tu, ada la sekali badan dia tiba2 panas terutama waktu tidur.
Suami cadangkan cuba untuk keluarkan peluh dengan cara bawa dia berjalan. Memandangkan saya dah okay sikit (cuma kepala berdenyut2 dan lemah sikit), saya bawa Asiah berjalan pusing taman kami dan singgah kat rumah Mak. Lepak jap, kemudian boleh balik.
Seperti biasa Mak dah bangun dan sedang tengok program Motivasi kat tv. Borak2 dengan mak dan cakap la kenapa tak kerja hari tu. Lepas rehat kejap, saya, Asiah dan Maryam (sekolah petang) pun menapak balik.
Sepanjang hari tu memang denyut kat kepala saya tak hilang terutama bila saya batuk. Saya pun risau jugak. Takkan saya ambik cuti lagi kalau masih belum ok betul. Tapi sampai malam masih lagi macam tu.
Malam tu (malam tadi), dalam pukul 9, waktu saya dah siap2 nak masuk tidur, telefon saya berdering. Ingatkan sapa la yang telefon.. Rupa2nya mak tercinta. Dia risau sebab dengar cerita saya tak sihat. Dia takut saya "meruyan".
"Meruyan" ni maksudnya gangguan kesihatan yang dialami oleh ibu2 yang masih baru lepas bersalin. Ia boleh datang dalam bentuk tak serius seperti masuk angin, demam2 atau pening kepala dan ke tahap yang serius yang membawa kepada tekanan perasaan.
Menurut mak saya, "meruyan" ni hanya boleh diubat dengan menyapu minyak meruyan yang memang dimiliki oleh kebanyakan wanita bersalin masyarakat tempatan. Tapi, saya ni memang sah jenis yang selekeh.. Minyak meruyan saya tak tahu kat mana letaknya.
Mak saya kata kalau nak datang ke rumah, dia ada simpan minyak meruyan yang kakak dia bagi (Minyak meruyan ni selalunya diwarisi dari generasi ke generasi). Sebab hari dah malam dan malas nak susahkan suami, saya kata tak pe lah.. Nanti saya cuba cari minyak saya. (mana saya letak ntah..)
Suami yang mendengar dari hujung2 telinga perbualan saya dengan mak, lepas tu tanya apa yang mak cakap. Saya cerita kat dia. Tup2 suami saya suruh berkemas sebab dia nak bawa saya pegi ke rumah mak. Saya pun okay je lah.
Sampai kat rumah mak, mak tersenyum sampai telinga... Dia pulak yang bahagia bila tengok saya nak datang rumah berubat(Kasihnya ibu... ish..ish.. ish..)...
Sekejap je dia sediakan minyak dalam piring dan urut seluruh badan saya. Waktu dia picit bahagian jari kaki saya, rasa sakit. Kata mak, itu tandanya kat situ ada "angin". Kalau takde angin, kita takkan rasa sakit. Mak saya ni bukannya tukang urut pun, tapi dia dengar2 dari orang2 tua dulu.
Dipendekkan cerita yang dah panjang ni, pagi tadi bila bangun tidur, Alhamdulillah saya rasa okay. Kepala saya dah tak berdenyut2 lagi. Cuma batuk sikit2 jer.
Rasa syukur sangat. Sekurang2nya saya tak perlu ambik cuti. Lagipun hari ni ada entrants conference dengan juruaudit. Kang bertanduk pulak Pengarah saya kalau saya tak de.
*******************************************
Bagi generasi masa kini, memang sukar nak percaya pada konsep minyak meruyan ni. Tapi dalam situasi macam saya ni, memang terbukti bahawa banyak jugak teknologi2 nenek moyang kita yang dianggap lapuk tu sebenarnya merupakan teknologi / ilmu merentas zaman.
Mungkin teknologi urutan minyak tersebut bertindakbalas dengan urat2 saraf kita yang tidak mahu bertindak balas dengan cara lain. Mak saya kata, selagi anak kita masih belum begitu besar, kita masih dianggap ibu yang baru bersalin di mana rahim dan urat saraf kita masih lemah dan amat sensitif.
Namun tidak dinafikan, tindakbalas berbeza2 mengikut individu. Dalam kes saya ni, sebenarnya minggu lepas, disebabkan sukar nak dapatkan makanan di tempat kerja, saya telah "menyertai" program diet susu loss weight suami saya.
Memang seronok sebab tak payah nak risau2 cari makan tengahari, tapi hakikatnya perut kita kosong. Tu yang masuk angin. Bila dah dua tiga hari buat benda tu, last2 badan tu memberontak kot. Dia pun bagi signal dengan kenaikan suhu badan kat mak budak yang tak faham bahasa ni.
Bila saya cakap dengan mak saya, dia senyum jer dan memulakan kuliah kesihatan mengenai pantang lepas bersalin kat saya (walaupun Asiah dah berumur 1 thn 7 bulan)..
Itulah alkisahnya...
Jadi.. Ibu2 yang masih ada baby kecik tu, jaga kesihatan ya.. Kata mak saya, jangan main2 benda ni, sebab sebagai wanita kita kena jaga keihatan betul2.. Kalau tak, kita jugak yang akan "merasa" nanti...
Salam...
Thursday, 14 October 2010
Sapa Mak Isah?
Suami: Siapa Mak Isah?
Saya terkedu jap. Tak leh nak tangkap apa tu. Yang saya tahu, nenek saya namanya Mak Isah.
Oooo... Lepas tu baru saya teringat pasal giveaway yang saya menang hari tu.
Alhakikatnya, saya memang belum cakap kat suami. Konon2 nak surprise sebab saya memang niat nak hadiahkan wallet Adidas tu kat dia. Tup2 parcel tu datang waktu saya kerja dan suami saya pulak memang balik tengahari sebab dia ambik Fatihah dari sekolah.
Saya pun tak tengok lagi barang tu.. Konon2 nak surprise suami, akhirnya saya sendiri yang disurprise.. Padan muka saya....
p/s: Mak Isah, nampaknya wallet Adidas Mak Isah dah sampai ke tangan tuannya yang baru aka suami saya. :).. Tkasih ya Mak Isah.. nanti balik saya tengok dan update...
(Fuhhh..terperanjat aku..:)
Projek Hujung Minggu
Hari ni saya diberi "cuti", jadi waktu tengahari yang panjang ni saya gunakan untuk spam sahabat2 yang begitu berbaik hati mengikuti blog "gitu2 jer" saya ni.
Saya teringat kata2 hikmah yang Ustaz Rujhan ketengahkan semalam:
Kenapa saya cakap pasal sikap bertangguh ni?
Hakikatnya, itulah sikap saya yang amat sukar nak diubah....
Dah berhari2 ni saya "berangan2" nak memulakan pelbagai projek jahitan saya. Tak de pandai sangat pun menjahit.. Tapi dah ditambah lagi dengan sikap "terpuji" saya tu, maka tidak bergerak seinci pun lah projek impian saya.
Malam bertukar siang, siang bertukar malam, minggu bertukar minggu, habis macam tu jer. Rugi kan?...
Banyak sangat alasan yang saya ciptakan untuk menghalalkan sikap menangguh saya ni.
Baru jer nak duduk kat depan mesin jahit, nanti Asiah mula la "tolong" sekali. Jadi saya pun tak leh nak fokus... Ha... mari saya bawak Asiah pergi main jap... Yang peliknya, kalau Asiah tido, tak nal pulak saya nak menjahit yek...
Lepas tu, nanti kalau dah nak solat, mengaji, waktu tu ler teringat-ingat dengan impian saya ni... Tapi, bila dah selesai, tak nak pulak pegi buat.. arrgggghh...
Hari tu adik saya hantar dua bajunya nak mintak tolong potong kaki sebab panjang sangat, baru minggu lepas saya potong satu... Lepas tu carik alasan, satu jubah hitam dia tak dapat jahit sebab benang hitam tak jumpa...
Sekali saya pujuk diri kata benang coklat pun boleh lah.... tup..tup.. Asiah pulak mai.. ha ha... Mari kita main jap.. :).. sampai sudah le baju tu kat situ...
Jadi, untuk resolusi hari ni, saya nak pastikan baju2 adik kesayangan saya akan dikembalikan dengan sempurna sebelum Isnin; dan saya kena hasilkan sekurang2 satu jahitan sebelum Isnin...
Boleh ke?...
Yakin BOLEH... Insya'Allah...
Salam...
Saspens
he he... Kenapa agaknya tu?..
Sebabnya saya baru jer beli cd maher zain dan mp4 al-qur'an digital online....
Saya saspens sebab ini merupakan kali pertama saya beli benda digital guna online... Macam mana agaknya produk tu nanti yek?..
Saspennnnnn..... Memang sentiasa le rerama cumel terbang melayang2 di perut saya sehingga lah tempahan saya tu sampai ke tangan saya dan dilihat kualiti barangnya..
Alamak.. Apa aku dah buat ni?......
Hiii!!!!...... Saspen!!!!!....
Hati- hati dengan hati
Salam tengahari Jumaat..
Apa cerita pasal hati ni?
Sebenarnya semalam saya terdengar segmen tajaan kat IKIMfm mengenai ubat hati. Seperti biasa, kalau segmen ni, memang saya tak de nak ambil kisah sangat. Kalau dengar pun, kat hujung2 telinga jer ler.
Sebab tu le saya sempat dengar sikit je yang penaja tu cakap. Memandangkan dia jual tonik hati jadi dia pun cakap le kepentingan menjaga hati ni. Kegagalan hati berfungsi akan menjadi punca pelbagai penyakit seperti Hepetitis dan demam kuning. Memang sah saya tak dengar sangat. Tak berani lak saya nak tulis lebih2...
Apa2 pun, sebenarnya saya nak berkongsi mengenai hakikat pentingnya hati dalam kehidupan manusia. Rosak hati, maka kita akan menderita. Semoga Allah menganugerahkan kita nikmat sihat dan memberi kesabaran seandainya diuji dengan sakit.
Kebetulan atau suratan
pagi tadi Segmen Motivasi pun menyentuh mengenai topik yang sama.
.....HATI....
"Sekiranya hati kita adalah air, jangan biarkan ia keruh,
sekiranya ia adalah awan, jangan biarkan ia mendung, dan
sekiranya ia bulan, jangan biarkan ia gerhana"
Cantikkan, kata2 tu?..
Bayangkan kalau air sungai keruh, cantik tak?
Macamana pulak kalau air dalam gelas tu keruh, nak ke kita minum?
Atau kalau air paip keruh, nak guna tak untuk mandi?
Memang tak de maknanya , ya dak?
Lantas, macam tu la hati kita... Kalau hati kita kotor, maka seluruh kehidupan kita akan terganggu....
Terganggu macam mana agaknya ya?..
Yalah.. Kalau tengok kawan berjaya sikit, dah timbul rasa iri hati...
Kalau menghadapi kesukaran sikit, dah keluh kesah dan gelisah...
Harap2nya kita dijauhkan dari penyakit hati, sama ada secara fizikal ataupun spiritual, nauzubillahhi min zalik...
Jadi,
amalkan tabiat pemakanan yang sihat untuk menjaga kesihatan hati
dan yang lebih pentingnya,
dekatkan diri dengan Allah untuk memastikan hati kita sentiasa hidup dan memandu kita ke arah kehidupan yang tenang dan penuh keberkatan....
Wallahua'lam....
******************
-Islam itu Indah-
*******************
Wednesday, 13 October 2010
Aku semut
Fatihah: Mama, nak beli kapur kasut.
Mama: Apa pulak mimpi anak aku tiba2 nak kapur kasut nih (dalam hati jer.. sebab selama ni tak pernah sibuk nak kapurkan kasut) Apasal nak beli kapur?
Fatihah: Cikgu suruh.
Mama: Hah.. Ni mesti kes kasut nampak suram jer kot..
FAtihah: Cikgu suruh mbok (nama gelaran dia) jadi semut.... Nanti kena sediakan tudung warna hitam. Tak nak manik.. tak nak sulam...
Mama: Semut pulak dah....
++++++++++++++++++++
Sebenarnya dua tiga hari lepas Fatihah bawa balik surat dari sekolah pasal lawatan ke Tebingan Sungai sebab ada pameran kat situ dan dia terpilih untuk menyertai program tu.
Mulanya ingat nak hantar kat sekolah jer, lepas tu relak jer kat rumah... Tapi kalau dah ada yang jadi semut, kena lah pegi kat tempat program tu... Almaklum.. ni merupakan kali pertama ( another first) Fatihah menyertai persembahan di sekolah....
Selama ni selalu jer tak terpilih mungkin sebab kelemahan komunikasi yang dihadapinya menyebabkan cikgu jarang menyedari kewujudannya.
Insya'Allah dipermudahkan urusan dan Fatihah diberi peluang untuk menikmati pengalaman pertamanya menyertai aktiviti sekolah.
*************************************
Semut merupakan salah satu makhluk Allah yang terpilih untuk diabadikan namanya di dalam Al-Qur'an. Ia terkenal dengan sifatnya yang hidup bermasyarakat dan mengamalkan sikap tolong menolong dan rajin berusaha.
Jadi, renung2kan dan amalkan budaya semut di dalam hidup kita.
*******************************
Islam itu Indah...
************************************
Monday, 11 October 2010
Tak puas hati
Dia kata bagi rawatan percuma... Tapi sebenarnya kena bayar RM50. Dia kata yang tu bukan caj rawatan tapi yuran pengurusan..
Apa maknanya yuran pengurusan tu?.. Sewa dewan, kos pengangkutan barang, upah perawat (isteri dia..).. La.... kos perubatan le tu.. nak pusing2 lak....
Kira bayaran le tu kan... Lepas tu boleh kata pulak, caj tu murah je.. Kalau pegi pasar malam pun kena belanja banyak lagi...
Kalau dah kena bayaran tu, makna nya tak ler percuma... Janganlah pegi iklan cakap rawatan percuma.... Kalau orang memang perlukan rawatan, orang akan datang walaupun dikenakan bayaran... Mana ada benda yang percuma sekarang ye dak...
Hisshh... tak tahu saya nak cakap apa yang saya rasa dengan segmen ni... Tapi memang tak puas hati...
Dahlah kata rawatannya menggunakan Al-Qur'an... Jangan lah pulak buat orang tak puas dan secara tak langsung bagi imej tak elok untuk pengamal perubatan yang berasaskan AL-Quran..
Sepatutnya untuk rawatan mengguna Al-Qur'an, jadi lah professional sikit. Tak main le kos2 tersembunyi macam tu. Kena telus dan berterus terang... Kan ke Islam tu jelas dan mudah...Biar pengguna sendiri buat keputusan nak guna perkhidmatan tu tak selepas dijelaskan kos2 yang dikenakan.
Jangan orang rasa terpaksa lak sebab alang2 dah datang kerana ingat rawatan sepenuhnya percuma...
Hmm... Dah lega dah... Segmen tu pun dah habis..
Renung2kan...
Salam..
Sunday, 10 October 2010
Saya menang....
Saya pernah buat entri mengenai giveaway yang saya sertai kat blog Mak Isah...
And guess what....
Saya menang (betul ke istilahnya "menang"?).... Apa2 pun istilahnya, yang seronoknya, saya dapat wallet Adidas tu... Terima kasih Mak Isah... Seronok sangat ni....
Dapat wallet Adidas ni memang seronok, tapi mengikuti blog Mak Isah selama ni memang berbaloi. Bukan nak membodek, tapi saya banyak belajar dari posting2 Mak Isah mengenai pelbagai jenis masakan yang amat praktikal untuk diikuti.
Saya juga cuba memanfaatkan catatan Mak Isah mengenai keluarga beliau (suami, anak menantu dan cucu). Pada saya, blog Mak Isah merupakan sebuah kehidupan dari kaca mata seorang wanita yang begitu kaya dengan pengalaman hidup.
Untuk Mak Isah, teruskan berkongsi catatan pengalaman anda...
Dan .. Terima kasih daun keladi ya... :)
Friday, 8 October 2010
Udang segar
Suami: Sekarang musim hujan ler... Susah nak dapat udang. Lagipun susah nak bawak balik... Cepat busuk. Nantilah abang balik, kita carik.
Saya: Okay.
Sebenarnya dah dua hari suami bertugas luar stesen ke bandar tempat dia bekerja sebelum ni. Sebuah bandar di tepi laut yang memang terkenal dengan tangkapan laut dalam yang segar.
Jadi, bila teringat pasal tu, pagi semalam saya terus call. Tapi bila suami cakap macam tu, tak pe ler. Saya pun tak kisah. Belum ada rezeki. Lagipun saya bukannya mengidam... :).. Saya lupakan je lah cerita tu.
++++++++++++++++++
Dalam entri semalam, saya ada cerita pasal kedai makan di tempat kerja saya yang dah ditutup. Jadi, tengahari semalam saya makan coklat jer untuk mengalas perut. Niatnya, balik je dari tempat kerja saya akan makan terus kat rumah merangkap makan malam.
Dalam perjalanan balik tu kira memang tak fikir lain dah..
Lapar.. lapar... lapar..makan.. makan.. makan...
Jadi, bila Fatihah call cakap kasut sekolah dia tertinggal kat rumah neneknya (mak saya), saya dah macam nak tumbuh tanduk dah... Dah lah lapar nih....
Tapi sebab dua tiga menjak ni ketandukan saya memang dah tak dilayan sangat (sabar), jadi saya malas nak cakap banyak. Singgah le....
Nak jadi cerita, sebab rumah mak sendiri, saya masuk menonong je ikut mak saya ke dapur. Memang dah jadi tabiat sangat kan, kalau pegi rumah mak, mesti jenguk mana2 periuk kat atas dapur tu.
Yang buat saya terpegun sangat, cantik je kat dalam frying pan mak saya ialah udang (shrimp) goreng garam yang sangat saya minati. Boleh habis nasi sepinggan makan dengan tu jer. Memandangkan perut saya memang lapar, saya cakap kat mak nak mintak sikit bawak balik.
Mak saya cakap apa?... Haa.. bawak.. bawak... Mak ada lagi dua bungkus udang yang masih mentah kat dalam fridge tu... Tadi, tiba2 jer ada orang datang rumah jual udang kat mak dan tawarkan harga murah kalau ambik tiga bungkus...
Masya'Allah... Tiba2 saya teringat kat perbualan telefon saya dengan suami... Saya rasa macam Allah hantarkan udang tu untuk saya jer... Terharunya...
Saya citer lah kat Mak pasal perbualan saya dgn suami dan kelaparan saya... Mak saya kata pulak; kalau macam tu, makan jer kat sini, nanti udang yang mentah tu bawak balik.... Nasik pun baru jer masak tu...
Subhanallah... Saya apa lagi, terus ambil pinggan dan senduk... Memang betul nasiknya memang hangat yang baru masak...
Apa lagi kah yang lebih nikmat dari makan udang goreng garam kegemaran dengan nasi putih yang baru masak semasa perut sedang kelaparan?....
++++++++++++++++++++++++++
Tiba2 saya teringat kata Catriona Ross waktu ditanya pasal penghijrahannya untuk menutup aurat...
++++++++++++++++++++++++++++
Saya datang rumah mak saya dengan perut yang lapar....
Saya balik dari rumah mak dengan perut yang kenyang serta seronok sangat sebab dapat makan shrimp goreng garam yang saya gemari. Dan membawa balik dua bungkus shrimp segar .....
Subhanallah dan Alhamdulillah...
++++++++++++++++++++++++++++
Berkongsi Maklumat:
Petikan kata CAtriona Rossa tadi merupakan potongan ayat yang diulang2 Allah sepanjang surah ArRahman untuk menunjukkan betapa banyak nikmatNya dalam kehidupan kita.
Surah ArRahman adalah surah ke 55 yang terdiri dari 78 ayat.
diulang sebanyak 31 kali dari 78 ayat. Hampir 40% ayat dalam surah ArRahman merupakan pertanyaan Allah kepada kita.
Jadi, fikir2 kanlah...
Apa kita nak jawab pada pertanyaan Allah tu ?
Thursday, 7 October 2010
Lapar
Untuk yang kesekian kalinya..... Ni le yang paling saya tak sanggup nak terima.. Sekarang saya dah takde tempat makan... Laparnya... Bekal pizza telur goreng nasik yang kakak buat pagi tadi dah saya makan kol 10 tadi. Sekarang amat lapar.
Minum air sejuk je lah nampaknya ni.... ENtah bila pulak pengusaha baru nak bukak kedai tu.. (ada ke yang nak jual makanan kat situ)... Dah berapa orang dah tukar ganti sejak saya keje kat sini awal 2007 hari tu... Susah2 kang, saya pulak yang bukak kedai makan kat situ...
Lapar......
Lepak kat surau je lah sementara tunggu masuk waktu Zuhur...
Salam...
Wednesday, 6 October 2010
Senyum / Amanah
Kenapa saya nak cakap pasal senyum?
Sebab, semalam waktu saya jemput kakak dan ambik anak2 kat rumah mak, semua pihak tersenyum lebar:
1. Kakak: sebab dah cuti panjang
2. Adik: sebab tak payah susah2 jaga anak2 buah bertuahnya lagi... :)
3. Suami: Tak perlu bangun awal buatkan sarapan untuk Fatihah..
4. Saya: Sebab rumah dah nampak macam rumah... :)
Petang semalam, lepas balik kerja, saya intai kat dalam rumah, ruang depan tv dah kemas dah...
****************************************************
Amanah
Malam tadi, memandangkan kakak baru balik, kami makan kat luar... Bawak Kakak makan kat Secret Recipe... Bodek punya pasal... :)... Sebab lepas ni memang dia kena overhaul habis rumah tu.... Almaklum, pegawai yang memangku sebelum ni bukan pengurus professional.
Sebenarnya waktu bulan puasa hari tu, ada sehari kami berbuka kat Secret Recipe.... Teringat pulak kat Kakak yang dah balik bercuti waktu tu... Jadi saya dan suami memang dah niat, nanti bawak Kakak pulak makan kat situ.
Memang, saya anggap pembantu saya macam anak sendiri... Di samping sumbangannya membantu saya menguruskan urusan rumah dan anak2, saya juga rasa saya memikul amanah dari ibu bapanya untuk menjaga anak mereka yang berada jauh di perantauan.
Kalau anak kita sendiri yang berada di perantauan macam tu, mesti kita pun amat2 berharap masyarakat di sekelilingnya akan melayan anak kita sebaik2nya seperti kita menyayanginya.
Pada sudut lain, Islam sendiri amat menganjurkan untuk majikan menjaga kebajikan pekerja sehinggakan upah mereka wajib dibayar sebelum sempat peluh mereka kering.
Melalut ke saya ni?.. :)... Melalut2 pun, harap terkandung manfaat untuk dikongsi bersama yek...
Wallahua'lam...
Tuesday, 5 October 2010
Kita Pemegang Amanah
Di mana keadilan
andai kepala dipijak
hati dilanyak
minda dipajak
jiwa dihenyak
di mana keadilan
andai harta dirompak
tindasan tak nampak
kaya berlambak
miskin diasak
usah dicari keadilan
kerana ia milik Allah
kita hanya hamba
yang memegang amanah
sebelum ditelan tanah.
Menangislah
Nak kongsi apa yang saya dengar dari Segmen Motivasi Pagi, Radio IKIM.fm 05/10/2010.
Mintak maaf sebab tak dpt rujuk penceramah sebab belum kenal dengan penceramah baru untuk bulan Oktober 2010. (Penceramah digilir setiap bulan)
- Sekiranya iman tidak bertambah
- Sekiranya ilmu tidak bertambah
- Sekiranya tidak berakhlak
- Sekiranya maruah tercemar
- Sekiranya tidak berharta yang boleh mendekatkan kita kepada Allah
Tak sabarnya...
Malam ni Kakak bertolak dari kampung. Insya'Allah awal pagi esok dia sampai ke Kuching....
Hmmm... Satu hari lagi jadi berpeluang jadi "superwoman"..... Lepas tu....
ENJOY....... :)
Sunday, 3 October 2010
Minggu yang panjang
Minggu lepas memang amat panjang bagi saya. Pembantu saya masih bercuti dan Insya'Allah akan mula "bertugas" Khamis atau Jumaat ini.
Selepas memanjangkan cuti lepas raya seminggu kerana anak2 demam, saya dan suami mula bekerja minggu lepas. Ini bermakna saya kena mintak bantuan adik saya yang duduk bersama mak untuk jaga anak2.
Malam saya kena kemaskan bakul khas dan pastikan semua kelengkapan ada kat dalam tu.
1. Asiah
- Peralatan menyusu- susu dan botol susu yang cukup
- lampin pakai buang
- baju siang- dua tiga pasang
- baju malam- dua tiga pasang
2. Maryam (Sekolah Petang)
- Seragam sekolah
- Baju siang
- Baju Malam
3. FAtihah (sekolah pagi)
- Baju siang
- Baju Malam
Balik kerja terus ambik anak2 dari rumah Mak. ALhamdulillah rumah dekat jer. Sampai rumah terus jenguk dapur. Pastikan at least masak nasi dan jerang air. Last week saya masak le setakat yang termampu.. :).. Ikan kukus halia dan sayur rebus.. Nak lebih2 tak sempat dan tak reti. Janji keluarga dapat makan malam. NAsib baik hubby sporting. PAling2 dia cakap, masakan macam ni baik utk kesihatan.. ;P.
Sedar2 dah azan maghrib. Takde nya solat dalam bilik lagi dah.. Ruang tamu dah jadi bilik solat dah. Kalau nak atas kang lambat nak turun balik. Habis solat clearkan dapur dan sinki. LAp meja. Pungut2 apa2 yang patut kat depan tv. Sapu sikit2 asal tak tenggelam sangat rumah. Jenguk balik bakul budak2 dan refill mana2 yang patut.
Tu tak masuk bahagian dobi. Yang tu hubby punya bahagian.. Nasib baik.. lega.... Lipat baju saya buat tapi tak leh tiap2 hari. Sabtu lepas saya buat jadi hari lipat baju sedunia.
Khamis: Balik kerja, Mak kata badan Asiah panas. Malam tu panasnya menjadi2.. Saya dan suami berjaga semalaman memantau dan lap seluruh badan Asiah.
Jumaat: Sekali lagi saya terpaksa mengambil cuti "terkejut". Tak sampai hati lak nak tinggalkan Asiah dgn adik dalam keadaan macam tu.
Sabtu: Dalam kesibukan memantau demam Asiah yang turun naik, saya cuba jugak kemas rumah yang dah hampir tenggelam. Kang "Kakak" terperanjat tengok rumah dah macam tongkang pecah. Silap2 terus balik Indon. Pagi saya mop lantai, petang lipat baju.
Ahad: Pagi buat sarapan, Pegi rumah mertua ada makan2.
Ahad: Malam: Balik semula ke perenggan di atas.. Kemas bakul anak2.. :)
Mungkin bagi setengah2 orang, tak de apa benda2 tu, tapi saya yang dah lama hidup dengan pembantu rumah, saya hanya nak cakap...
LETIHNYA.......... Tapi syukur sebab ia bermakna saya ada suami dan anak2 untuk dijaga dan rumah untuk dikemas.. :)
Give away by dearest blogger friend
Giveaway ni dianjurkan oleh seorang kawan blogger yang sporting sangat, saya panggil dia Mak ISah.. Bila saya baca entry2 beliau, saya rasa macam being at home pulak... :)..
Nak tau apa hadiah giveaway ni?
Tadaaaa..
Sebuah wallet adidas yang comel yang saya plan nak bagi hubby kalau saya menang giveaway ni.. :)..
Cantik kan wallet nih...
So, sapa2 nak join giveaway ni, sila klik pautan ni...
Selamat Mencuba...
Salam..
(Pssttt Mak Isah.. Betul ke yang saya buat ni?.. MAklum le percubaan pertama.. :)