Sunday, 15 August 2010

Tawaran Harga Runtuh

Salam Ramadhan.

Hari ini merupakan 6 Ramadhan. Jadi, macamana agak kesan Ramadhan setakat ni ke atas diri kita? Semoga peluang membaiki diri semasa Ramadhan tidak disia2kan.

Seperti yang kita maklum, tempoh kedatangan Ramadhan adalah dikira detik demi detik. Hanya akan bersama kita selama 30 atau 29 hari dan tibanya pula hanya selepas kita melalui 11 bulan yang lain. Dan belum pasti kita akan diberi peluang untuk menikmati kemanisan Ramadhan yang akan datang.

Ya... Biarpun pahit, itulah hakikatnya. Kita tidak pasti bilakah ajal akan tiba. Bila- bila masa Malaikat Izrail akan menjenguk dan menyampaikan berita bahawa masa kita telah sampai. Tidak akan dipercepatkan sesaat atau ditangguhkan sesaat.

Jadi, dengan peluang yang masih ada ini, sama- samalah kita memanfaatkan keberkatan Ramadhan ini untuk melengkap diri sebanyak2nya dengan bekalan menuju akhirat.

Kenapa mesti Ramadhan?.. Bulan2 lain tak boleh ke?.

Kenapa agaknya ye?

Sekiranya sebuah pasaraya menawarkan harga rendah untuk setiap barangan, pasti kita akan sentiasa membeli belah di situ.

Tetapi, seandainya sekiranya ia menawarkan :

"kempen tawaran pembelian setiap barangan
akan mendapat
berganda2 barangan lain secara percuma"

dan
tawaran tersebut

hanya

pada bulan Ramadhan,


apakah yang akan kita lakukan????

No comments:

Post a Comment