Thursday, 26 August 2010

17 Ramadhan

Salam Ramadhan.

Dah 17 hari kita menjalani ibadah puasa. Pada masa yang sama kehidupan harian saya berjalan seperti biasa.

Telah beberapa hari saya tidak menulis di blog. Bukan tiada masa, tapi hati saya memang tak tergerak nak menulis. Jadi, saya sekadar blogwalking menjenguk blog rakan2 dan bakal rakan2 blog.

Walaupun orang boleh kata kenapa semasa bulan puasa jer, tapi salah satu sebab saya tidak menulis ialah kerana takut tersilap tulis perkara yang tidak berfaedah. Saya pun tak berani nak cakap lebih2 tapi mungkin kerana keberkatan Ramadhan yang menyebabkan saya berfikir lebih panjang sebelum melakukan sesuatu.

Cuma hari ni, hati saya membuak2 nak menulis. Saya berbisik sendiri mungkin kalau tidak banyak mungkin secebis bakal ada tulisan saya yang menyumbang kepada kebaikan, Insya'Allah.

Dalam sessi blogwalking, saya terjumpa dengan satu portal yang membincangkan pelbagai perkara mengenai agama. Yang menimbulkan kemusykilan saya ialah bagaimana semua topik yang diketengahkan bertentangan dengan apa yang kita pelajari sebagai seorang Islam.

Sebagai contoh, menurut portal ini tiada hukum wajib menutup aurat (berhijab) di dalam Islam kerana tidak pernah dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Qur'an mengenai perkara ini.

Selain itu, ia juga menyebut mengenai ucapan salam yang didakwa sepatutnya berbunyi Salamun Alaik atau Salam sahaja kerana hanya ucapan itu ynag wujud dalam Al-Qur'an.

Seterusnya portal itu juga percaya bahawa solat wajib hanya ada 3 waktu sahaja.

Secara keseluruhan, saya berpendapat orang yang mewujudkan portal ini cuba mentafsirkan Al-Qur'an berdasarkan makna bahasa semata2 tanpa cuba untuk menyelidik makna tersirat.

Tetapi bagi saya yang tidak begitu arif untuk mentafsir Al-Qur'an seperti golongan "bijak pandai" ini, Al-Qur'an itu bukan lah sekadar bacaan dari segi bahasa sahaja. Tapi sebaliknya mengandungi pelbagai hikmah yang akan terserlah untuk mereka yang berusaha untuk menggalinya.

Tapi, pada masa yang sama saya rasa sukar untuk golongan "bijak pandai" ini untuk menggali Al-Qur'an lebih dalam kerana ia memerlukan kita memahami sebab2 turun Al-Qur'an dan disokong oleh Hadith2 Nabi Saw dan golongan ini pula tidak mengiktiraf kewujudan hadith2 Nabi SAW.

Saya resah bukan kerana saya terpengaruh dengan portal ini. Sebaliknya saya rasa terkilan kerana masih ada golongan yang bersusah payah membangunkan portal semata2 untuk mengelirukan Islam yang memang jelas dan mudah.

Saya bukan yang terbaik tapi saya berusaha untuk mendapat perhatian Allah.

2 comments:

  1. Salam,

    Yalah..kita orang awam ni tidak layak mentafsir al-Quran. cuma berfikir apabila membaca/terbaca sesuatu tapi berfikir pun ada batasnya.

    kesian kan ada orang sangat percaya al-quran tapi tidak pada hadis. malah ada yg masih tidak faham kenapa kena sayang Allah dan rasulullah, kenapa kena percaya Allah dan rasul..bagi yg non Muslim, kedudukan itu menyebabkan mereka salah faham bahawa Islam pun menganggap rasulullah sebagai tuhan.

    ReplyDelete
  2. Salam Sakinah:

    Diorang ni anggap hadis adalah ayat2 Al-Qur'an yang bermula dengan Qul. Kata mereka, tak caya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Perawi2 sebab orang2 yang bercerita pasal Nabi SAW tu semua dah tak ada.

    Akak pun terfikir, kalau dia cakap macam tu, macamana dia nak percaya dengan Islam sebab semua kita tak ada waktu AL-Qur'an diwahyukan dan kita pun tak pernah jumpa Nabi SAW.

    Moga Allah tetapkan hati kita di JalanNya, Insya'Allah.

    ReplyDelete