Thursday, 12 August 2010

Fatihah diuji

Semalam semasa balik kerja saya terperanjat tengok Fatihah menangis... Kira tahap serius pulak menangisnya.

Bila tanya kat suami, rupa2nya Fatihah dah tak larat nak tahan dahaga. Dia bukan nak bukak puasa tapi nak minum sikit je. La.. Anakku... Mana boleh macam tu.. Kalau dah minum tu, kira dah batallah puasanya.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Fatihah menjalani ibadat puasa. Tahun lepas dia puasa penuh. Mungkin sebab cuaca dua tiga hari ni memang luar biasa sikit panasnya.

Bukan tak kasihan, tapi dah pukul lima setengah pun waktu tu. Sayang pulak nak suruh dia berbuka. Lagipun, kalau dibiarkan, saya dan suami tak nak sikap mudah mengalah akan menjadi kebiasaannya pulak.

Suami saya pun pujuklah dia beli minuman yang dia nak untuk buka puasa. Lepas tu dia bawak Fatihah jalan2 supaya leka dan tak ingat dengan dahaga.

Tapi kalau dah anak2 memanglah anak2. Tak lama lepas tu saya dah tergelak suara ceria Fatihah dan Maryam sedang mandi petang. Tak de pulak nampak letih.

Waktu Iftar lepas tu saya dan suami tanya dia seronok tak puasa. Dia mengangguk- angguk sambil tersenyum.

Fatihah belajar menangani ujian puasa. Saya dan suami pun turut belajar sama... :)

2 comments:

  1. Salam..

    "bukan nak buka puasa tapi nak minum sikit saja" hihi..alhamdulillah..lepas juga fatihah puasa pertama :)

    ReplyDelete
  2. Salam:

    Tu lah dia Sakinah.. Allah uji kita melalui anak2... Sebenarnya akak dan suami yang diuji tu.. macamana nak tangani keadaan tu.. :)..

    Semua pengalaman pertama Fatihah dikira pengalaman akak yang pertama jugak sebab dia anak sulung.. :)

    ReplyDelete