Seorang doktor gigi ingin mengetahui komen saya mengenai satu persoalan yang mungkin tiba-tiba muncul semasa beliau mengintai-ngintai gigi dan mulut pelanggannya. Sms nya berbunyi berikut
" Dulu saya tak suka Ina Naim tapi meminati Suhaimi. Sekarang saya berpendapat Ina sesuai dengan Suhaimi. Saya juga tidak menyukai Ikin(Mawi) tetapi berpendapat kedua-duanya memang sesuai di antara satu sama lain".
Secara peribadi saya berpendapat inilah yang dinamakan jodoh. Setiap insan akan menemui jodohnya sendiri. Justeru, tidak semestinya orang yang pertama yang kita sukai itu jodoh kita. Malahan pasangan suami isteri yang telah berkahwin pun belum tentu itulah jodohnya sehingga ke penghujung hayat. Sebijaknya, kita harus menerima hakikat bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Illahi. Dan yakinlah bahwa Allah Maha Mengetahui. Sebaliknya pengetahuan kita terlalu amat cetek hatta berguni "phd" yang dikendong. Dalam Al-Quran sendiri ada dinyatakan bahawa pengetahuan Allah begitu luas.
Jadi siapakah kita untuk membuat sebarang kesimpulan. Namun rasanya tidaklah menyalahi sekiranya kita mempunyai tafsiran sendiri mengenai sesuatu perkara atau isu kerana sebagai seorang insan kita dikurniakan akal untuk berfikir dan menilai.
Kembali kepada topik perbincangan asal, ternyata kita dapat menyaksikan sketsa kehidupan manusia di depan mata kita sendiri. Ina yang pada mulanya tampak amat kecewa dengan keputusan Mawi memutuskan ikatan pertunangan mereka ternyata sekarang amat bahagia bersama suami dan bayi sulungnya yang comel. Tanpa publisiti meluas mengenainya tempoh hari, kemungkinan Ina tidak bertemu dengan Suhaimi. Dan seandainya dia kekal bersama Mawi sehingga sekarang, kita sendiri mungkin boleh mengandaikan tekanan yang bakal dihadapi kerana tunangnya adalah seorang MAWI.
Pada masa yang sama, walaupun menilai Ekin secara negatif sebelum ini berikutan penampilannya terdahulu yang dirasa tidak serasi dengan MAWI, namun ternyata perubahan ke arah yang lebih positif melenyapkan ketidakserasian itu. Pada masa yang sama, Ekin sanggup bersama MAWI walaupun menyedari pelbagai cabaran berat yang bakal dihadapi. Hal ini berbeza dengan Ina yang mengenali MAWI semasa MAWI masih lagi sebagai orang biasa. Lantas perubahan kehidupan MAWI mencetuskan masalah kerana kedua-dua pihak sekarang melihat dari sudut pandang yang berbeza. Kesediaan Ekin menghadapi cabaran bersama MAWI bukanlah bermakna dia lebih baik dari Ina atau sebaliknya tetapi situasi semasa yang mengelilingi keempat-empat insan ini telah menyatukan dan menyerasikan mereka dengan pasangan masing-masing.
Semoga komen ini memenuhi kehendak intelektual si penyoal. Jadi, lawatan gigi saya yang seterusnya boleh secara percuma ya... :)
Jodoh,rezeki dan ajal semuanya di tangan Allah swt.Siapalah kita untuk mempertikaikan segala urusan yang telah Dia tetapkan.Mungkin tak baik di mata kita tapi baik bagi mereka dan juga ia adalah terbaik yang dah tertulis dalam suratan yang Allah swt tentukan.Sesunguhnya Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
ReplyDeleteYa betul... Cuma sebagai manusia yang diberi kelebihan berfikir, maka kita masing2 akan mempunyai kecenderungan untuk memilih perkara yang kita suka dan tak suka... :)
ReplyDeletebak kata nabil Raja Lawak.. " lu pikir la sendiri"..hehe (mcm kasar je bahasa dia tu )
ReplyDelete