Thursday, 6 October 2011

Saya hairan...



Assalamualaikum wb...



Saya hairan.... 



Apa yang saya hairankan?...




Saya hairan dan pelik... Kenapa kalau saya sedang buat kerja lain terutama semasa sedang memandu, amat banyak isu yang nak saya bincangkan dalam blog... 



Tapi kalau saya dah berada di depan komputer dan blog saya pulak berada pada mod "Create Post", tak ada satu pun idea yang muncul....







Arrrggghhhh....


Tak apa lah... Anggaplah saya tak tulis apa- apa pun...

Wednesday, 5 October 2011

Macam- macam Ado

Assalamualaikum wb..

Akhir- akhir ini saya banyak buat aktiviti "bloghopping". Membaca mana- mana entri yang menarik. Seperti juga aktiviti merayau- rayau di alam nyata, sekiranya tidak dikawal arah, aktiviti merayau- rayau di alam maya juga boleh menyebabkan kita "tersesat".

Kali ini dalam saya "melompat" dari satu blog ke satu blog, saya terjumpa rangkaian blog mengenai kehidupan rumahtangga. Seperti yang kita maklum, selalunya rangkaian blog mempunyai persamaan dari sudut temanya; hobi, cara hidup, Kerjaya  dan aktiviti sosial, sekadar menyebut beberapa contoh.

  1. Hobi: Kraf, Fotografi, Menulis, memasak
  2. Cara Hidup:  agama, bangsa,
  3. Kerjaya: Jualan langsung, perniagaan atas talian, 
  4. AKtiviti sosial: Pertubuhan kebajikan, Kegiatan sukarela, ibu tunggal
Bila saya terjumpa rangkaian blog yang membincangkan permasalahan rumahtangga dari pelbagai sudut, banyak sangat pengajaran yang saya perolehi. Tapi, memang banyaklah juga kisah- kisah tragis dan dramatik  yang selalunya kita hanya  tonton di TV atau dari novel.

Sehingga sampai satu tahap, saya rasa tak payah dah beli novel atau tengok drama. Layari je blog;

"MACAM- MACAM ADO"

Nota Penulis: Ini adalah entri berjadual.

Tuesday, 4 October 2011

Suatu perkenalan...



Assalamualaikum wb...

Pada suatu ketika, saya pernah bercita- cita untuk menjadi penulis rencana. Saya mula membeli buku yang berkaitan dengan bidang penulisan. Justeru, apabila terbaca bahawa satu bengkel penulisan kreatif dan rencana akan diadakan di bandar kecil tempat kami menetap waktu itu, saya menganggap ia satu rahmat.

Saya memang amat teruja kerana bukan mudah untuk berpeluang menghadiri bengkel seperti itu yang selalunya dianjurkan di bandar- bandar besar sahaja. Namun, pada sessi pengenalan bengkel, saya mula diterjah kecewa. Memandangkan masa yang singkat ( dua hari), pihak tenaga pengajar merasakan untuk meneroka kedua2 topik (kreatif dan rencana) dalam satu bengkel adalah tidak berbaloi.

Jadi, akhirnya undian angkat tangan telah dibuat untuk menentukan topik mana yang perlu diteruskan dan menggugurkan satu lagi topik yang kurang mendapat sambutan. Dalam sebuah bilik yang dihadiri oleh sekitar 30 orang peserta, hanya satu tangan sahaja yang menyokong untuk memilih penulisan rencana iaitu tangan saya.

Memang tragis. Saya menangis dalam hati. Inilah satu2nya peluang saya nak belajar menulis rencana dari mereka yang pakar dan ia telah hancur dengan satu undian sahaja. Tapi, memandangkan suami saya pun ikut sekali dalam bengkel tu, saya pun mengambil  keputusan untuk terus menyertai bengkel penulisan kreatif (sajak dan cerpen) walaupun dengan suku hati je.

Yalah.. Siapa yang nak belajar sajak dan cerpen?.. Saya memang sah2 dari dulu tak pernah ada bakat dalam sastera ni. Sajak adalah benda terakhir yang saya akan jadikan bahan bacaan saya. Cerpen pun boleh tahan lagi. Tapi bukan sajak.Bukannn...

Tapi, siapa kita untuk menentukan apa yang baik untuk kita. Kita merancang dan Allah juga merancang. Namun Allah lah Sebaik- baik Perancang.

Secara keseluruhannya bengkel yang dijalankan memang menarik. Dua orang tenaga pengajar dari DBP Kuching begitu bersemangat melaksanakan tugas mereka. Bengkel dibahagikan kepada dua bahagian utama; sajak dan cerpen.

Bak kata pepatah; tiada gading, akar pun berguna. Tak dapat belajar menulis rencana, saya buat perancangan kedua. Saya nak belajar menulis cerpen. Sajak?.. Nahi.. Nahi.. Nahi... Saya tak pandai dan tak faham sajak.

Tapi, walau macam tu, semua peserta memang kena hadir semua sessi. Jadi, saya memang kena dengar juga waktu sessi ceramah sajak. Dan ini merupakan kali pertama saya dengar secara serius apakah itu sajak dan bagaimana nak tulis sajak. Dulu kat sekolah memang pelajar aliran sastera, tapi waktu tu belajar sastera semata2 nak lulus periksa, jadi memang tak sampai ke mana lah. Habis periksa, habis lah cerita.

Salah satu latihan yang dibuat semasa bengkel menulis sajak ialah semua peserta dikehendaki mengemukakan sajak masing-  masing untuk dibedah. Peserta yang tak ada sajak disuruh menulis sajak dan- dan tu jugak. Benda yang kunun-kununnya sajak tu nanti akan dihantar kepada penceramah dan dia akan cuba analisa sajak untuk pembaikan kat dalam kelas tu juga.

Saya pun buatlah baris- baris rangkap yang kononnya sajak berdasarkan teknik yang telah ditunjukkan penceramah. Saya ingat lagi, saya buat pasal kanak2 yang belajar bertatih yang sering rebah, tapi tak pernah mengalah. Saya samakan dengan proses kehidupan kita yang sering tersilap tapi kita tidak boleh mengalah dan mesti terus berjuang untuk hidup.

Dan saya ingat lagi, "puisi/ sajak" yang saya hentam keromo tu di antara yang dipilih oleh penceramah untuk dibedah. Haih.. Saya kira terkagum lah jugak. Kiranya ada juga lah benda kat situ yang layak nak dikritik untuk penambahbaikan. Dari kritikan penceramah (waktu tu muka saya yang duduk betul2 kat depan penceramah memang dah setebal tembok, walaupun penceramah tak kenal pun sapa yang menulis benda tu) saya mula membuka jiwa saya untuk mengenali dunia sajak dengan lebih intim.

Itulah sajak pertama saya yang saya hasilkan lima tahun lalu (tapi sayangnya saya tak simpan sebab waktu itu saya tak pernah terfikir yang saya boleh buat banyak lagi sajak di masa depan). Dan itulah sejarah perkenalan saya dengan dunia penulisan sajak.

Daripada seorang manusia yang memang seratus peratus jahil sajak, saya memulakan pencarian dan penggalian bakat dari dalam diri saya sendiri. Saya menjadikan diri saya sebagai "bahan eksperimen" sama ada bakat itu diwarisi dari dalam diri atau boleh dipelajari.

Sekarang saya masih lagi "bertatih" dalam menulis sajak dan tahap saya boleh dinilai dari pelbagai tulisan "latih- tubi" di blog ini.

Kesimpulannya, setiap apa yang berlaku kepada kita tetap mempunyai hikmah tersendiri. Mungkin pada masa ia berlaku, kita anggap tidak mendatangkan kebaikan terhadap diri kita. Namun, hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi di masa depan. Jadi, terpulang kepada kita sama ada ingin melepaskan peluang yang lalu di depan mata, atau menggenggamnya sehingga ia mendatangkan kebaikan kepada kita suatu masa nanti.

Wallahua'lam....



Saturday, 1 October 2011

Nasi Tomato di suatu petang...

Assalamualaikum wb...

Baru je siap masak Nasi Tomato berlaukkan Sambal Tumis Udang Dan Ayam Goreng Salad. Maryam sedang khusyuk menikmati hidangan.

Friday, 30 September 2011

Kenapa Blogger?...



Assalamualaikum wb...

Saya mula berkenalan dengan dunia Blogger pada pertengahan tahun 2008.Namun Blogger bukanlah laman sosial yang pertama dan terakhir saya sertai. Pertama, Multiply yang saya sertai sekitar tahun 2006 (rasanya), Facebook pada awal tahun 2009 dan beberapa laman sosial semasa selepas itu. Tapi bila saya mula berblogger, saya terus berhenti menggunakan Multiply. Begitu juga, bila saya mula aktif FB, aktiviti di Blogger saya turut terhenti. Laman2 yang lain seperti Friendster, MySpace dan yang terkini Twitter pula tidak begitu menarik perhatian saya. Setakat menyertai gaya semasa je.

Untuk Multiply memang saya tidak lagi menjenguk tetapi Blogger saya jengah kembali pada pertengahan 2009 apabila "dijemput" Blogger Mys yang menjadi Pengikut Pertama saya. Terima kasih my dear SIL. Sehingga sekarang, saya tetap bersama Blogger untuk mencatat perjalanan kehidupan saya. Facebook pula hanya menjadi jambatan saya kepada kawan2 dan saudara mara serta sebagai  Game Port saya. Multiply pulak dah taraf "rumah usang" dah.

Kenapa setia kepada Blogger?.


Sebab saya pemalu... :) Hehe.. Apa kaitan blog2 ni dengan sifat pemalu saya...

Asalnya saya menulis di blog adalah untuk belajar menulis sajak. Dan juga sebagai tempat simpanan benda yang kononnya dipanggil sajak saya itu. Dan saya malu nak paparkan tulisan saya tu kepada orang lain. Kalau kat Multiply dan FB, setiap kemaskini kita akan terus dipapar di Wall kawan2 kita. Tapi sebaliknya, kat Blogger ni, kemaskini kita hanya dipaparkan di Dashboard follower kita jer. Sapa2 yang berminat nak baca saja yang akan "datang" baca. Jadi kemaskini kita takkan membanjiri Wall kawan2 kita seperti di Multiply dan FB. Lagipun, banyak bahan bacaan yang ditawarkan oleh pelbagai blogger di seluruh dunia yang boleh dijadikan panduan hidup seharian saya berbanding dengan FB yang lebih kepada rangkaian bersosial.

Walau macam tu sekalipun, saya sebenarnya tetap teragak2 setiap kali nak kemaskini blog. Rasa macam apa yang saya tulis kat sini hanya "sampah" aje. Tapi, bila ingat balik yang blog ni saya tulis untuk kepuasan diri sendiri tanpa ingin memberi kesan negatif kepada orang lain, saya teruskan jugak. Bagi saya, perjalanan di Blogger ini mewakili perjalanan kehidupan saya. Seperti yang saya nyatakan pada ruang Header blog Usrah Fatihah;

Blog ini adalah Kanvas Kehidupan saya.

Semoga ada bahan tulisan saya yang dipaparkan di sini layak sebagai amal  jariah yang akan menjadi "insuran" saya suatu hari nanti walaupun hanya secebis. 

Ameen....

Sabar ya...



Assalamualaikum wb...


Tak lama selepas raya lalu suami mula menghadiri kelas secara separuh masa. Kelas diadakan hanya pada hujung minggu dua kali sebulan. Tak macam saya dulu, kelas setiap hujung minggu selama 2 tahun. Sekurang2nya kami masih ada hujung minggu bersama 2 kali sebulan. Tak lah bosan sangat.

Walaupun kelas pada hujung minggu sahaja, tapi tutorial dibuat sekali seminggu.

Sebenarnya saya nak cerita apa ni?. Saya pun tak tahu nak tulis apa, tapi yang pastinya, kalau suami ada kelas hujung minggu atau tutorial malam, kami anak- beranak memang bosan sangat. Rumah rasa sunyi semacam aje.

Bila saya rasa sunyi macam ni, teringat pulak masa kami duduk berasingan semasa saya kembali belajar hari tu. Bila ingat balik, saya rasa bersalah pulak nak komplen merungut lebih2. Hampir 4 tahun suami duduk sorang2 sebab saya terpaksa balik menetap di bandar yang berdekatan dengan kampus. Dah lah kedua2 tempat kami tinggal tu jauh amat di antara satu sama lain. 12 jam memandu atau naik bas. Kalau nak cepat, naik kapalterbang. Tapi memang tak tercapai dek poket kami kalau nak balik selalu.

Jadi, sekarang duduk diam2 ya. Kalau rasa bosan, ingat dalam hati, suami kamu lagi teruk dari ni berkorban demi cita2 kamu yang nak menyambung pengajian hari tu. :)

Setakat ini dulu...

Catatan semasa: Anak2 dah bergelimpangan kat ruang tamu bila suam suami balik dari perbincangan tugasan sebentar  tadi...


Thursday, 29 September 2011

Semerah Cinta Stilleto...

Assalamualaikum wb..


Sekadar mengimbau...

Pernah tidak lama dulu sekumpulan lelaki di Amerika menganjurkan acara jalan kaki dengan berkasut tumit tinggi.

Menurut mereka, ia merupakan satu cara untuk mereka kaum lelaki di Amerika menyatakan sokongan terhadap wanita yang memikul pelbagai tanggungjawab  di dalam institusi keluarga khasnya dan di dalam masayarakat umumnya.

Saya tertanya- tanya sendiri. Mengapa mesti kasut bertumit tinggi dijadikan simbol seorang wanita?. Nampaknya saya bukanlah salah seorang dari wanita yang mereka maksudkan, kerana saya tidak memakai kasut tumit tinggi dan tidak pernah selesa berkasut tumit tinggi walaupun saiz ketinggian saya seperti amat memerlukan kasut tumit tinggi. :)

Rasanya banyak cara lain yang lebih dekat dengan golongan wanita yang boleh dijadikan simbol untuk meraikan pengorbanan kaum wanita. Kenapa kasut tumit tinggi yang berperanan utama dalam menonjolkan penampilan fizikal wanita pula yang terlintas di fikiran mereka. Malahan tidak keterlaluan kalau hendak dikatakan bahawa kasut tumit tinggi juga kerap dikaitkan dengan imej seksi seorang wanita.

Apa- apa pun, terpulang kepada kita untuk menilai tahap pemikiran masyarakat yang kerap dianggap sebagai golongan yang bertamaddun dan maju dari segala bidang tersebut.

Bagi saya secara peribadi, seperti satu penghinaan pulak bila mereka menggunakan imej kasut tumit tinggi untuk golongan wanita seolah- olah itu sahaja yang mereka boleh nampak sumbangan golongan wanita. Mungkin ia tepat untuk golongan wanita masyarakat mereka agaknya.

Saya  berbangga kerana saya tidak termasuk dalam golongan wanita tersebut.

Salam.