Sepanjang ingatan saya, saya belum pernah lagi memblog mengenai pengalaman pahit manis saya sebagai pelajar di saat saya telah menginjak kaki ke alam pekerjaan dan alam rumah tangga. Tapi semenjak dua menjak saya berkenalan dengan seorang blogger yang sedang berada di "alam"MBA yang sama seperti yang saya pernah lalui, rasa terpanggil lak nak berkongsi kat sini.
Sebenarnya sebab saya tak pernah tulis ialah saya tak tahu nak mula dari mana. Banyak sangat yang menarik dan "tertarik" yang saya lalui sepanjang 2 tahun yang singkat tetapi saya rasakan amat "panjang". Pengembaraan MBA saya menuntut banyak perngorbanan dari keluarga saya terutama suami tersayang. Mungkin sebab tu saya sukar nak luahkan melalui kata2.
Tapi saya rasa pengalaman itu amat berharga untuk saya biarkan ia hilang begitu sahaja ditelan masa. Namun, memandangkan catatan ini yang pertama, biarlah ia hanya sebagai preview sahaja kepada rakaman yang selanjutnya.
Sukar sangat ke nak ambik MBA? Tak sukar sebenarnya. Tapi dalam kes saya, saya terpaksa berpindah tempat bertugas untuk berada dekat dengan kampus. Dan terpaksa "berpisah" dengan suami kerana dia tak dapat berpindah kerja. Dan jarak tempat kami pula bukannya dekat. Beratus2 km pulak tu.
Pada mulanya memang saya yang berulang alik setiap hujung minggu untuk menghadiri kuliah. Saya berulang alik memandu ke? Tak.. Saya berulang-alik setiap minggu naik kapalterbang. Arrghh.. Pahitnya kenangan.
Pernah sekali abang saya hantar saya ke lapangan terbang kecil untuk balik selepas kelas. Dan penerbangan tu dibatalkan tanpa saya ketahui. Menangis saya mengheret beg pakaian dan komputer riba ke lapangan terbang utama untuk cari penerbangan lain. Hp saya pulak kong.
Sebulan saya menjalani kehidupan berulang alik macam tu. Suami pun kesian tengok saya dan sebab tu agaknya dia sanggup untuk membenarkan saya dan anak2 berpindah ke bandar yang lebih dekat dengan kampus.
Cukup untuk kali ini.
Salam Ummu :)
ReplyDeleteMak isah faham betul perasaan Ummu waktu itu. Bersyukur sebab suami Ummu seorang yang sabar dan faham.
Mak isah kata faham perasaan Ummu sebab situasi Mak isah pun agak sama macam Ummu. Selepas sahaja berkahwin dan bekerja, berulang alik Miri ke Seria dan Seria ke Miri memakai kapal terbang Shell selama beberapa bulan sebab menghadiri kursus pendek pekerjaan.
Terima kasih kerana 'share' Ummu, buat Mak isah teringat pulak masa silam Mak isah sendiri :)
OMG, bila baca kisah Ummu, terasa macam insignificant plak my problems time tngh buat MBA ni. At least I still get to come home to hubby and my girls every night. If I had to go through what you did, I don't know if I would continue. Please continue to share strories about your MBA life.
ReplyDeleteSalam Mak Isah:
ReplyDeleteMemang syukur sangat suami faham. Tapi sebagai manusia, tak mustahil kadang2 kesabaran teruji jugak... Tapi semua tu lah saya rasa yang "mendewasakan" saya...
Mak Isah share le kenangan silam Mak Isah.. Mesti menarik. LAgipun, boleh jadi panduan bagi kami "budak baru belajar" ni.. :)
Salam ALong:
Takdenya yang insignificant untuk seorang ibu dan isteri yang bekerja sepenuh masa dan pada masa yang sama sedang belajar pula... Cuma dalam situasi saya, ada extra pedas sikit perencahnya.. :)
Yang Along cerita tu sebenarnya adalah ilmu2 bernilai imbuhan dari yuran yang ALong bayar untuk MBA tu. Ilmu2 dari buku tu kira sampingan jer berbanding dengan pengalaman berharga Along menangani karenah ahli kumpulan serta bagaimana untuk mengatur masa buat tugasan skolah di celah2 tanggungjawab untuk keluarga.
Izin kan saya menemani perjalanan MBA Along dengan cerita2 saya yeh.. :)