Saya sebenarnya sedang kembali belajar untuk memahami agama saya Islam. Ini bukan bermakna Islam tu sukar. Sebaliknya kerana Islam itu mudah yang menyebabkan saya seolah2 mengambil ringan terhadap Islam yang sepatutnya saya jadikan satu2nya panduan dalam menakhodakan kehidupan saya.
Dua tiga hari lepas saya membaca Al-Qur'an dan terjumpa ayat ni:
[Ankabut 29:7] And those who accepted faith and did good deeds - We will indeed relieve their sins and reward them for the best of their deeds.
Saya terpaku kerana sebenarnya kita berpeluang untuk menghapuskan kesilapan2 semasa di dunia lagi dan bukan hanya semasa dihisab di Hari Pembalasan nanti.
Cuma, saya tertanya2 di dalam hati apakah amalan kebajikan (good deeds) yang melayakkan kita untuk menikmati pelepasan dari kesalahan2 kita.
Hati saya berbisik, mampukah saya melakukan amalan kebajikan tersebut? Saya yang saya sendiri sedar hanya orang yang "biasa2" sahaja, layak ke untuk dihapuskan kesalahan2 seperti yang ALlah swt janjikan dalam ayat tersebut?
Dalam berfikir2, saya meneruskan bacaan saya dengan dibantu oleh tafsiran untuk memudahkan saya memahami makna bacaan.
Tiba2 saya terjumpa dengan ayat berikut yang saya anggap membantu menjawab persoalan saya:
[Ankabut 29:58] And those who believed and did good deeds – indeed We will, surely, place them on high positions in Paradise beneath which rivers flow, abiding in it for ever; what an excellent reward of the performers!
[Ankabut 29:59] Those who patiently endured and who rely only upon their Lord.
Ayat 58 menyebut semula mengenai golongan yang beriman dan melakukan amal kebajikan seperti ayat 7 di atas. Tapi kali ni ia diikuti dengan ayat 59 yang menjelaskan siapakan golongan yang tersebut. Golongan tersebut ialah mereka yang bersabar (patiently endured) dan bertawakkal hanya kepada Allah (Rely only upon their Lord).
Ternyata melalui ayat2 di atas Allah (swt) menawarkan tawaran harga runtuh untuk sesiapa yang ingin kesalahan2 (saya rasa dosa2 kecil) mereka dihapuskan dengan melakukan kebajikan melalui bersabar dan bertawakkal.
Patut lah kalau kita menghadapi kesukaran atau menderita sakit, orang akan kata, bersabarlah kerana ia penghapus dosa. Kalau sebelum ni saya dengar tetapi tak pernah tahu kenapa orang cakap macam tu, sekarang Insya'Allah dan Alhamdulillah saya tahu apakah asas kenyataan tersebut.
Saya sekadar berkongsi sedikit perkara yang saya sedang belajar dan sebarang kesilapan adalah dari saya sendiri. Saya alu2kan sebarang teguran supaya saya dapat membaiki kesilapan tersebut.
Wallahua'lam.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteInsyaAllah..kan Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang?
Setiap amal kebajikan walau sebesar zarah pun ianya tetap dinilai.
Allah maha adil.Allah tidak kejam seperti manusia.Sesungguhnya manusia itu kejam pada dirinya sendiri.
Peringatan untuk saya sendiri jugak.