Hari ini Asiah menjalani ujian darah yang kesekian kalinya kerana jaundice. Saya berasa sedikit kecewa kerana bacaannya naik semula kepada 11.2 selepas pada aras 10.9 pada ujian Jumaat lepas. Disebabkan usia puteri kecil saya ini telah melepasi 20 hari, bacaan 10 ke atas dikategorikan sebagai prolonged jaundice yang memerlukan darah dan air kencingnya di ambil untuk pengesanan lanjut sebab jaundice nya terlalu lama.
Hati saya bagai diruntun apabila Asiah menangis kuat semasa pihak hospital mengeluarkan darah dari tangannya yang kecil. Ternyata jumlah darah yang diambil tidak banyak tetapi mungkin kerana tangannya yang kecil usaha itu saya rasa mengambil masa yang lama (walaupun pada hakikatnya hanya beberapa minit). Keputusan lanjut akan diketahui dalam masa dua minggu.
Pada masa yang sama saya dibekalkan dengan peralatan untuk mengambil kencing Asiah untuk pemeriksaan lanjut. Ia merupakan plastik kecil yang berlubang yang bertindak sebagai alat menampung kencing yang kemudiannya akan dipindahkan ke dalam bekas kecil untuk dihantar ke makmal.
Semoga jaundice Asiah akan segera turun supaya dia tidak perlu melalui perkara yang sama berulang kali... Insya'Allah.
No comments:
Post a Comment