Salam 27 Safar 1432 H...
Dah masuk Februari 2011 rupanya... Lembap betul kadar penghasilan entri saya tahun 2011 nih...
Nampaknya kena usaha lebih lagi sebelum blog saya ni terjerumus dimasukkan dalam statistik blog yang pupus....
S and R... Apa tu?...
Stimulate and Respond... vs S T R... Stimulate Think Respond..
Ni cerita Segmen Motivasi PAgi di Radio IKIM pagi ni...
Kata penceramah tu, sama seperti kita boleh memilih untuk bahagia, kita juga berupaya untuk menghindari derita...
Kenapa begini?...
Sebab kita adalah manusia dan bukan haiwan... Haiwan mengapplikasi konsep S and R di mana ia hanya berupaya untuk bertindak balas terhadap setiap rangsangan yang diterima...
Bagaimana pula dengan manusia?..
Kita manusia pula dianugerah Allah dengan pelbagai kelebihan sesuai dengan status kita sebagai sebaik2 makhluk ciptaanNya...
Manusia berfungsi melalui konsep S T R dengan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindakbalas dengan setiap rangsangan yang diterima..
Maksudnya, kita tidak semestinya bertindak negatif dengan rangsangan negatif yang diterima tetapi melalui proses berfikir, berupaya menukar ransangan negatif tersebut kepada tidakbalas yang positif....
Jadi....
Fikir- fikirkan.... :)
Assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment