Thursday, 29 April 2010

Kembali...

Kerana menghargai sokongan sahabat untuk mengemaskini blog, saya akan cuba untuk mengemaskini blog secara konsisten.

Hmm... Nak tulis pasal apa yek? Banyak yang boleh ditulis sebenarnya. Saya boleh tulis pasal permainan di Facebook sebab sekarang saya selalu melayari laman sosial Facebook tu.

Saya juga boleh tulis pasal hobi terbaru saya iaitu membuat kek cawan. Minggu lepas merupakan kali pertama saya cuba untuk membakar kek selain dari kek coklat. Kok Coklat pun dah bertahun saya tak buat. Saya cuba cari resipi kek cawan kat internet dan terus cuba buat resipi tu sebelum semangat saya hilang... Kebetulan, minggu lepas merupakan ulangtahun pembantu rumah saya, jadi boleh cuba bakat dan pada masa yang sama jimat kos.. Hasilnya, memberangsangkan kerana; pertama, tak ada yang pergi klinik lepas tu dan kedua, semua kek cawan tu habis.

Rasanya cukuplah setakat ni dulu.. :).. Catatan yang seterusnya saya akan cuba muatnaik gambar hasil tangan saya tu.. Salam..

Mengintai Kenangan (Telah disiar di esastera)

Mengintai kenangan

oleh ummufatihah

Sesekali bila kenangan lama menyapa
Mengintai kenangan di tepi jendela
jangan kau leka pada hijaunya daun
jangan kau alpa pada birunya awan
jangan kau lupa pada merahnya mawar

kolam cinta yang tenang
kini telah kian kontang
ditelan dek mentari masa
yang menghambat usia

hari ini
saat mega senja menyapa
rerumput di laman rasa
semakin mesra

kerana
kita semakin dewasa.

Ummufatihah
Sarawak
• SAJAK > 2009 > Mengintai kenangan disumbangkan pada Khamis, 25 Jun 2009 9:41:50 AM • Kali terakhir diubah pada Khamis, 25 Jun 2009 9:41:50 AM oleh ummufatihah

Mesej/komen (2)
ummufatihah 6/25/2009 12:57:32 PM
saya suka cara anda mengutarakan idea yang serupa dgn kata2 yang lebih puitis.. terima kasih sebab berkongsi..Salam puisi.

ilhamainol123 6/25/2009 12:53:09 PM
ah,sesekali menguak jendela kenangan
dan membuka kotak memori bisa menemukan kita dengan imejan-imejan
yang menggembirakan,kadang kala menyedihkan dan sekali -sekala menginsafkan....salam puisi..
saya pun pernah menitip sekuntum kidung yang bertajuk- Sejeda di kamar kenang...ada terbit di esastera...

Rumah ini

nota: Sajak ni saya copy paste dari e-sastera dalam usaha saya untuk mengumpulkan semua tulisan yang telah saya coret di merata tempat...

Rumah ini
oleh ummufatihah
Pengenalan
Rumah ini
tiangnya kepercayaan
lantainya kesetiaan
dindingnya keyakinan
anjungnya kemesraan
tangganya kesabaran
bumbungnya ketakwaan

rumah ini
di sini aku berdiri
menyemai cinta
kerana Illahi.

Ummufatihah
Sarawak
SAJAK > 2009 > Rumah ini disumbangkan pada Sabtu, 27 Jun 2009 2:02:45 PM • Kali terakhir diubah pada Sabtu, 27 Jun 2009 2:02:45 PM oleh ummufatihah
Mesej/komen (5)
ainadilah 6/29/2009 12:30:42 AM
rumah ideal

ummufatihah 6/28/2009 10:36:55 AM
Hasil tulisan saya masih terlalu "surface" dan masih byk yang perlu dibaiki... Terima kasih atas perhatian dan teguran anda semua yang pastinya akan byk membantu...

nimoizty 6/28/2009 12:01:38 AM
Membacanya.

Ummufatihah, terus menulis dan menulis.

Amrul Hafeez Bakri 6/27/2009 8:10:20 PM
Peliharailah rumah itu agar sentiasa utuh.
Salam puisi.

Ideal 6/27/2009 2:28:21 PM
Sedap.