Syarifah Maryam Insyirah merupakan puteri kedua kami. Bakal berusia 4 tahun 15 Julai depan, dia semakin petah dan ceria. Walaupun sudah lebih 3 bulan menjejaki alam persekolahan, sampai hari ini Maryam masih lagi menitiskan air mata setiap kali hendak turun ke sekolah. Puteri kedua kami ini dimasyhurkan sempena nama Siti Maryam ibu kepada Nabi Isa (a.s) yang sabar dalam menempuh pelbagai ujian dari Allah. Pada masa yang sama, Maryam dan Insyirah juga merupakan dua surah di dalam Al-Qur'an. Semoga Maryam Insyirah akan membesar sebagai seorang wanita solehah yang sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan, Insya'Allah.
mbok yam yang sentimental...bila gik nak datang mukah?....lawak bila teringat 'posing' maut nyaduak abbas :p
ReplyDelete