Tuesday, 31 March 2009

Puteri Sulung yang solehah...

Puteri sulung kami ini bernama Syarifah Fatihah Humairaa. Dilahirkan pada 14 November 2002, Fatihah tahun ini berada di dalam Tahun Satu Saidatina Fathimah. Walaupun belum mencapai usia tujuh tahun, Fatihah telahpun lancar membaca Al-Qur'an dan menunaikan solat lima waktu secara bersendirian. Sebagai anak yang sulung, Fatihah dimasyhurkan bersempena surah pertama di dalam Al-Qur'an. Humairaa pula adalah bersempena nama gelaran yang diberikan oleh Rasululullah kepada Saiditina Aisyah. Semoga Fatihah Humairaa akan menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya dan menjadi insan yang bijaksana, INsya'Allah.

Puteri tengah yang bertuah...

Syarifah Maryam Insyirah merupakan puteri kedua kami. Bakal berusia 4 tahun 15 Julai depan, dia semakin petah dan ceria. Walaupun sudah lebih 3 bulan menjejaki alam persekolahan, sampai hari ini Maryam masih lagi menitiskan air mata setiap kali hendak turun ke sekolah. Puteri kedua kami ini dimasyhurkan sempena nama Siti Maryam ibu kepada Nabi Isa (a.s) yang sabar dalam menempuh pelbagai ujian dari Allah. Pada masa yang sama, Maryam dan Insyirah juga merupakan dua surah di dalam Al-Qur'an. Semoga Maryam Insyirah akan membesar sebagai seorang wanita solehah yang sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan, Insya'Allah.

Selamat datang puteriku...



Hari ini genap 6 hari usia Syarifah Asiah Nur Annisaa. Tangisan pertamanya menyapa mama dan abah tepat pukul 7.53 pagi Jumaat, 27 Mac 2009.
Puteri ketiga kami ini dimasyhurkan sempena nama Asiah permaisuri Mesir yang amat berani dan tegas hatta berhadapan dengan Raja Fir'aun yang zalim. Nur Annisaa pula adalah bersempena nama surah di dalam Al Qur'an yang memuliakan golongan wanita.
Semoga Asiah Nur Annisaa akan membesar sebagai seorang wanita solehah yang menjadi kebanggaan mama dan abah, Insya'Allah...

Walau Sekadar Nama

Asiah Nur Annisa

salammu kusambut

moga cekalmu

sekukuh wanita syurga

menaungi bayi Musa

dari kezaliman dunia

Muhammad Dhuha

walau masih terlalu asing

ku panggilmu cahaya pagi

yang memancarkan rezeki

pada mereka yang mencari

Walau kalian hadir

hanya sekadar nama

kutunggu tibamu

bersama doa...

(Karya pemblog sendiri dipetik dari laman Kapasitor)
2008-08-14 14:30:18

Tuesday, 24 March 2009

Duka di hati Maria...

Duka di hati Maria

Saya sendiri kerap tertanya-tanya kenapa frasa ini kerap bergentayangan di petak minda saya tanpa membawa sebarang makna. Mungkin ia bakal menjadi satu tajuk atau tema kepada salah satu bahan penulisan saya. Buat sementara waktu, biarlah saya titipkan dulu frasa itu di sini sehingga saya betul-betul pasti dalam bentuk apa ia akan muncul suatu masa nanti.