Kalau nak berminat nak sambung belajar lagi, cuba- cuba le carik tempat.....
Ehh... Betul ke yang saya dengar ni?.. Kang silap dengar lak.... Baik tanya balik..
"Betul ke yang abang cakap nih?..."
Ye lah... Kalau tak nak, tak payah la...
Eh,... Eh,.. Nak... Nak...
Rezeki jangan ditolak, musuh pulak jangan dicari.... :)
Jadi, minggu lepas saya mula buat siasatan... Tanya la mana2 yang berkenaan mengenai biasiswa dan tempat belajar.
Hasilnya, Insya'Allah ada peluang nak dapat biasiswa sebab jarak saya belajar dulu dah melangkau dua tahun.
Cuma pasal kursus dia lari sikit. Memang dari dulu lagi saya dah rancang, kalau nak belajar balik saya nak ambik yang berdasarkan kerja kursus. Konon2nya, kalau kena hadir kelas, tak le hanyut sangat. Almaklum, saya ni memang amat2 mengenali diri sendiri. Memang mudah "lupa daratan".
Bila saya menghubungi pihak kampus, Koordinator kursus tu kata belum pasti bila nak buat yang ada kerja kursus sebab tak cukup pelajar. Tapi kalau saya nak, saya boleh buat yang berdasarkan penyelidikan.
Alamak... Kena bincang balik ni.. Ini bukan perancangan asal saya. Kang tak pasal2 lak saya kena bayar balik duit biasiswa kalau tak habis belajar.
Tapi, bila bincang balik dengan suami, dia sokong saya untuk teruskan walaupun perlu buat penyelidikan.
Diringkaskan cerita, Insya'Allah dalam jangka masa terdekat saya akan hubungi balik Dr tu untuk mengesahkan yang saya akan meneruskan rancangan saya supaya dia boleh sediakan penyelia untuk membantu saya buat kertas cadangan topik penyelidikan.
Doakan saya dipermudahkan dalam semua urusan yang berkaitan, AMin....
Salam....
Saturday, 28 May 2011
Thursday, 26 May 2011
anak merdeka
Sesekali menjengah ke luar jendela
terasa indahnya rumah kita
di tamannya harum mewangi
kelopak mawar mulus terpelihara
redup cahaya di pohon senja
mengajar erti rindu dan setia
pada akar budaya yang menjalar
di segenap degup dan nadi
anak merdeka
di hatimu ada setia
di pundakmu ada janji
yang harus dijunjung
demi bunda tercinta.
terasa indahnya rumah kita
di tamannya harum mewangi
kelopak mawar mulus terpelihara
redup cahaya di pohon senja
mengajar erti rindu dan setia
pada akar budaya yang menjalar
di segenap degup dan nadi
anak merdeka
di hatimu ada setia
di pundakmu ada janji
yang harus dijunjung
demi bunda tercinta.
Wednesday, 25 May 2011
Uban Nenek
Dia hanya seorang tua
kedut di wajah
adalah foto seribu cerita
diusap secebis bangga
anak- pinak yang telah dewasa
cucu-cicit tumpang bermanja
dia hanya seorang tua
uban di kepala
adalah cahaya kasih
menggendong duka
menganyam kenangan
di hujung usia
sesekali berziarah
aku hanya mampu menyapa
walau mungkin
di matanya aku bukan siapa
namun yang pasti
di hatiku dia adalah masa depan
yang pasti akan menjengah
di suatu ketika.
Nota:
Menziarah nenek yang telah uzur. Sebentar tadi baru saya menyedari yang sehelai ubannya terlekat di lengan baju kurung saya.
kedut di wajah
adalah foto seribu cerita
diusap secebis bangga
anak- pinak yang telah dewasa
cucu-cicit tumpang bermanja
dia hanya seorang tua
uban di kepala
adalah cahaya kasih
menggendong duka
menganyam kenangan
di hujung usia
sesekali berziarah
aku hanya mampu menyapa
walau mungkin
di matanya aku bukan siapa
namun yang pasti
di hatiku dia adalah masa depan
yang pasti akan menjengah
di suatu ketika.
Nota:
Menziarah nenek yang telah uzur. Sebentar tadi baru saya menyedari yang sehelai ubannya terlekat di lengan baju kurung saya.
Tuesday, 17 May 2011
Semangat anak bangsa
Telah bergema suara itu
sayu dan syahdu menyapa jiwa
saat hati mula berkata
tiada lagi setia
di tenangnya desa
debu kota dan air mata
adalah semangat anak bangsa
yang kian mengabur
ditelan silau suasa
di puncak menara
dan engkau di situ
jiwa dan hati bersatu
garis nadi merdeka
kini tiada diragu.
Latih tubi 18.05.2011
sekadar mengetuk jari tanpa memberi peluang untuk mind logik menunjuk taringnya....
sayu dan syahdu menyapa jiwa
saat hati mula berkata
tiada lagi setia
di tenangnya desa
debu kota dan air mata
adalah semangat anak bangsa
yang kian mengabur
ditelan silau suasa
di puncak menara
dan engkau di situ
jiwa dan hati bersatu
garis nadi merdeka
kini tiada diragu.
Latih tubi 18.05.2011
sekadar mengetuk jari tanpa memberi peluang untuk mind logik menunjuk taringnya....
Jualan Buku Popular Kuching
Salam semua.
Sekadar untuk berkongsi maklumat "hangat" yang saya dapati dari "bunting" yang direntang di beberapa tempat di bandar Kuching:
Saya akan kemaskini sekiranya terdapat maklumat yang perlu dibetulkan. Maklumkan saya dengan segera sekiranya terdapat maklumat yang kurang tepat.
Diclaimer: MAklumat ini tidak dijamin 100% tepat kerana saya menulis berdasarkan daya ingat semata-mata.
Jom ramai2... Tak dapat pegi Pesta Buku Antarabangsa, dapat pegi Pesta Buku Popular pun kira bolehlah... :)
Sekadar untuk berkongsi maklumat "hangat" yang saya dapati dari "bunting" yang direntang di beberapa tempat di bandar Kuching:
Jualan Buku Popular sehingga 70%
Tarikh: 27 Mei - 5 Jun 2011
Tempat: Dewan Pameran Permata Food Center (Dekat BAngunan LHDN)
Tarikh: 27 Mei - 5 Jun 2011
Tempat: Dewan Pameran Permata Food Center (Dekat BAngunan LHDN)
Saya akan kemaskini sekiranya terdapat maklumat yang perlu dibetulkan. Maklumkan saya dengan segera sekiranya terdapat maklumat yang kurang tepat.
Diclaimer: MAklumat ini tidak dijamin 100% tepat kerana saya menulis berdasarkan daya ingat semata-mata.
Jom ramai2... Tak dapat pegi Pesta Buku Antarabangsa, dapat pegi Pesta Buku Popular pun kira bolehlah... :)
Sunday, 8 May 2011
Indahnya
Indahnya
senyum kalian adalah kelopak mawar
di taman syurga
tangis kalian adalah kicauan burung
di laman bonda
dan pastinya
aku bukan yang terbaik
namun terima kasih anak-anak
kerana kehadiran kalian
aku dimartabat gelaran
seorang IBU.
senyum kalian adalah kelopak mawar
di taman syurga
tangis kalian adalah kicauan burung
di laman bonda
dan pastinya
aku bukan yang terbaik
namun terima kasih anak-anak
kerana kehadiran kalian
aku dimartabat gelaran
seorang IBU.
Selamat Hari Ibu
untuk semua ibu.
untuk semua ibu.
Sunday, 1 May 2011
Nikmat yang paling besar
Nikmat yang paling besar
saat mengungkap Allahuakbar
dengan jiwa yang sedar
dan jasad yang segar
usah digusar
andai harta dunia menghindar
rapuh tiang bersandar
duga hidup yang sukar
kerana,
nikmat yang paling besar
melafaz Allahuakbar
dengan jiwa yang sedar
dan jasad yang segar.
saat mengungkap Allahuakbar
dengan jiwa yang sedar
dan jasad yang segar
usah digusar
andai harta dunia menghindar
rapuh tiang bersandar
duga hidup yang sukar
kerana,
nikmat yang paling besar
melafaz Allahuakbar
dengan jiwa yang sedar
dan jasad yang segar.
Subscribe to:
Posts (Atom)