Tuesday, 22 February 2011

Di mana ada kemahuan...

Salam 18 RabiulAwwal 1432 H...

Petang semalam, lepas balik kerja, telah berlangsung upacara penyerahan kopiah Syazwan yang telah siap...

Alhamdulillah, seperti kata pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Sejarahnya, memang saya tak pernah kaitkan kopiah.

Benda ni buat saya teringat cerita dolu2. Waktu kecik2 dulu, mak saya pernah belikan saya dua gulung (skein) benang kait berwarna hitam untuk buatkan dia serkup. Dan seperti biasa, saya takkan cakap saya tak pandai buat... :).. Tapi, memang saya tak reti buat pun.

Waktu tu (awal 80an) dalam mimpi pun tak pernah terfikir pasal internet. Jadi, sampai la ni la mak saya tak pernah pun merasa pakai serkup yang saya buat, dan saya tak ingat apakah nasib benang hitam dua tongkol tu. Tapi seingat saya mak saya tak pernah tanya pun. Sah dia tahu yang saya tak reti buat...Saja kot bagi saya semangat untuk menyokong minat saya waktu tu.

Kembali kepada cerita mengait kopiah Syazwan nih. Macamana saya nak mula buat kopiah ni? Saya pun selongkar lah koleksi buku kraf saya, ada sebuah buku pasal kait jarum satu. Alhamdulillah ada cara nak buat kopiah/ ketayap kanak2. Ini sudah bagus.

Adik saya kata nak kopiah warna hijau. Tengok2 dalam simpanan saya ada la benang warna hijau lebih saya belajar kait handphone case suami. Saya pun tak pasti satu kopiah perlukan berapa skein (cewah, dah pandai guna istilah crochet).

Petang tu, saya terus cuba ikut seperti yang dalam buku tu. Tapi, tak le semudah itu... Hehe... MAsih ada cabaran yang perlu diatasi sebelum bermula. Saya belajar baca pattern dalam internet baru2 ni, singkatannya dalam Bahasa inggeris Istilah US (Bahasa Inggeris Istilah UK lain pulak ya.. ). Singkatan yang diguna dalam buku ni pulak dalam Bahasa Melayu. Memang le saya faham Bahasa Melayu, tapi bila dia pakai singkatan2, memang langsung berbeza bunyinya dari yang saya belajar dari internet.

Terkial2 pulak le saya nak memahami apakah teknik yang digunakan. Tapi tak per. Tarik nafas dan cuba baca satu2 dengan merujuk singkatan dan gambar teknik asas yang ditunjukkan dalam buku. Memang le leceh dan lambat. Tapi berdasarkan pengalaman cetek yang saya kumpul sikit2 nih, biar mula lambat tapi pastikan kita faham dengan teknik yang digunakan, Insya'Allah langkah2 seterusnya akan lebih mudah. Sebab konsep krosye ni, teknik2 yang sama akan dikait berulang2 sehingga membentuk hasil yang kita inginkan.

Bila dah faham singkatan yang digunakan, saya pun mula lah cuba kait untuk tengok macamana rupa asas corak dari buku tu. Yang kelakarnya, satu pusingan tu saya buat, haih... terperanjat saya. Tak jadi bentuk macam kopiah pun. Dia jadi mengecil nak jadi bola lak. Intai2 punya intai, rupanya saya tertinggal baca satu pusingan. Nak tak nak, kena lah rungkaikan balik pusingan tu.

Bila saya tengok lebar kopiah tu dah lebih kurang lebar kepala Syazwan (saya ukur lebar kepala dan pusing keliling aras telinga Syazwan), bermakna saya dah tak boleh ikut dari buku tu dah. Sebab kalau saya teruskan jugak, kopiah tu akan bersaiz jauh lebih besar dari kepala Syazwan.

Setakat yang saya tahu, kalau kita nak hasilkan bentuk macam botol tu, kita kena kekalkan bilangan kaitan yang digunakan. Saya ambil jalan mudah.. Lupakan semua corak2 yang cantik2 tu, janji kopiah ni siap. Saya pun ambil keputusan guna teknik paling asas untuk mengekalkan bilangan jahitan tu iaitu Single Crochet atau dalam singkatan disebut SC. Saya kait jelah sampai tongkol benang tu habis.

Oh ya... Sebenarnya tongkol benang hijau pertama dah habis tak lama selepas saya sampai ke saiz lebar kopiah. Saya sambungkan pulak dengan setongkol lagi benang hijau lumut (juga baki bekas handphone suami sebab bekas tu dikait berbelang2). Jadi, saya kaitkan dengan mengekalkan bilangan mata kaitan berulang2 sehingga benang tu habis. Syukur sebab sekurang2nya dah ada rupa kopiah walaupun belum pasti sesuai tak dengan kepala Syazwan.

Mulanya risau jugak sebab bila ukur kopiah tu, besar sikit dari ukuran yang saya ambik. Saya ambik ukuran 17 inci dan rancang nak buat kurang dari 17 inci supaya melekap ke kepala. Bila saya ukur kopiah tu, ukurlilitnya 18 inci. Alamak, longgar la pulak kang. Saya dah fikir2, kalau tak leh pakai ni, saya nak buatkan kopiah yang baru lah nampaknya. Tapi stok benang hijau dah abissyy...

Tapi yang bestnya, sepanjang percubaan mengait kopiah Syazwan tu, suami saya memang jadi pakar motivasi lak. Siap lakarkan lagi macamana saya boleh buat bentuk kopiah tu. Jadi, tak le tertekan sangat. Chewah, macam nak buat roket la pulak.

Apa2 pun, semuanya dah selesai dan kopiah tu pun dah diserahkan kepada Syazwan dan memang besar sikit pun. Tapi mak dia kata, boleh la Syazwan pakai lama sikit. Secara keseluruhan, pengalaman yang menyeronokkan sebab saya dah meningkatkan sedikit kemahiran mengait saya.

Kalau nak tengok gambar2 Syazwan dan kopiah hijaunya, boleh lawat kat sini ya.

Alhamdulillah, adik saya berpuas hati dengan kerja tangan saya dan mintak saya buatkan satu lagi kopiah untuk Syazwan. Kali ni nak ada nama pulak kat kopiah tu. Laaa... NAmpaknya pengembaraan saya belum berakhir... Arrggghh.... Tidakkk.........

:)

Sunday, 20 February 2011

Kopiah Syazwan

Salam18 RabiulAwwal 1432 H..

Kemaskini seminggu..

Setakat ini saya masih lagi "angau" dengan minat terbaru, krosye (crochet). Semua benda saya nak cuba buat. Banyak juga benda baru mengenai kraf ni yang saya baru kenali.

Kalau dulu saya cuma pernah tengok pelbagai alas dan topi yang dikait (krosye), sekarang saya baru tahu yang plush toy pun boleh dihasilkan dari kait jarum satu ni. Saya ingatkan hanya kait jarum dua (knitting) jer yang boleh buat plush toy. Plush toy dari krosye ni lebih dikenali dengan amigurumi.

Tapi yang lecehnya, comel memang lah comel, tapi bila cuba buat, boleh tahan jugaklah seksanya. Saya tak berani nak cuba buat yang besar2, takut tak jadi, rugi jer. Jadi saya cuba la buat teddy bear mini (amat mini), tapi yang mini ni pun mencabar jugak tahap kesabaran saya.

Kesimpulannya, takde benda yang mudah di dunia ni. Yang penting ialah kesabaran dan yakin boleh. hehe..

Seperti yang saya nyatakan pada entri terdahulu, sebarang hasil kraf saya, saya akan masukkan ke blog khas untuk kraf supaya blog saya ni tak berat. Sapa2 yang berminat nak tengok, boleh jenguk blog tu. Link nya saya dah bubuh kat bawah profil saya di blog ni ye... Setakat ni. belum banyak yang saya upload. Nampaknya ke"berat"an nak upload gambar memang susah nak dielakkan.

Hujung minggu, saya cuba nak lapangkan sikit meja study di bilik tidur utama. Memang dah tahap kritikal dengan buku2 yang membukit tingginya. Malas nak fikir panjang (kalau fikir panjang sangat kang langsung tak jalan), saya punggah je buku2 tu ke ruang di luar bilik (bekas ruang menjahit).

Bila dah nampak lapang sikit, suami pun naik semangat nak kemas bilik. Terus keluarkan alat2 penyedut vakum yang kami baru beli hari tu. Alang2 mengemas, sampai ke habuk2 bawah katil tu kami sedut. Siap mop lagi. Yang seronoknya vakum ni, semua dia boleh buat. Sebab dia guna air, habuk2 tu takde lah perlu nak ditepuk2 keluar bila bag dia dah penuh sebab tak pakai bag pun. Semua tu disedut masuk ke dalam bekas air kat dalam penyedut.

Sampaikan air bekas mop tu pun dia boleh sedut dengan alat khas. Jadi, cepatlah lantai kering. Kiranya boleh tahan jugaklah habuk kat dalam bilik tu, sebab dua tiga kali jugak tukar dan isi semula bekas air sebab habuknya dah tepu.

Sesi mengemas bilik kali ni memang menyeluruh di mana setiap inci bilik diintai nak sedut habuk. Alang2 dah ada benda menyedut tu, rugi pulak kalau tak di manfaatkan. Projek seterusnya, saya dan suami rancang nak "dustbusting" bilik anak2 lak. Bila agaknya tu yek?... :)

Haa.. Sekarang baru kita cerita pasal kopiah Syazwan. Siapa Syazwan nih? Ini la anak saudara saya yang terbaru. Di antara anak buah lelaki limited edition kami. Seorang dari tiga orang anak saudara lelaki dari 13 cucu mak dan abah saya.

Semalam suami terjumpa cempedak besar kat supermarket dan tiba2 teringin nak makan cempedak goreng. Kebetulan bertembung dgn adik saya dan suami (mak bapak Syazwan) kat situ dan terus jemput datang rumah join makan cempedak goreng. Rumah diaorang dekat jer. Kalau orang kampung dulu2 kata, sepelaung je. Tapi orang sekarang dah tak main laung2 ni, semua pakai sms.

Untuk memendekkan cerita yang dah sedia panjang, Syazwan sekeluarga pun datanglah bila cucur dah siap. Untuk rekod, sebenarnya bukan cempedak tetapi nangka sebab budak kat supermarket tu silap cakap. Saya pun memang tak leh beza cempedak dan nangka. Tapi nangka goreng pun boleh tahan jugak sedap dan manisnya..

Syazwan pun datanglah dengan kepala botaknya. Sekarang Syazwan dah masuk 4 bulan. Dalam borak2 tu, Abah si Syazwan pun sound kat wife dia (adik saya) pasal kopiah Syazwan. Ceritanya, diorang beli kopiah Syazwan tapi dah terbesar lak. Jadi, diorang cadang nak suruh saya kaitkan kopiah Syazwan.

Sebenarnya saya pun tak pernah buat topi/ kopiah sepanjang kehidupan saya. Tapi, since saya ni memang dari kategori yang suka nak carik susah, saya pun selamba je bersetuju nak buat. Dan sekarang saya sedang terkial2 nak buat topi saiz bayi sebab contoh yang saya ada adalah untuk kanak2/ toddler. Salah satu jalan penyelesaian, cuba belajar buat topi bayi dari internet... Ha... Idea bagus tu...

Salam...

Wednesday, 16 February 2011

Saya nekad...

Salam...

Sebenarnya lama dah saya berada di dalam "buah delima".

Saya nak buat blog baru ke atau masukkan aktiviti kraf saya dalam blog ni...

Kenapa susah2 nak fikir benda nih?

Sebab kalau nak buat entri kraf, selalunya kena upload banyak gambar, dan saya pulak lebih suka fokuskan entri saya di blog ni dengan catatan2 tanpa foto. Di samping nak elakkan "berat", saya cuba nak "ajar" diri saya menulis dengan jelas tanpa bantuan imej kecuali dalam jumlah yang minima.

Jadi, hari ni saya nekad untuk buat blog khas untuk aktiviti kreatif saya. Sapa2 nak jenguk bilik baru kat "rumah" saya nih, sudi2 lah jenguk kat sini ya... Masih belum ada perabot lagi, tapi sebab excited punya pasal, dengan muka "selamba"nya saya buat jugak jemputan...


Salam...

Wednesday, 9 February 2011

E-Bay

Salam 7 RabiulAwwal 1432H.

Semalam saya merayau2 kat ebay. Tiba2 terjumpa satu barang nih, yang memang saya cari kat kedai tapi tak jumpa... Saya ada jugak jenguk2 kedai online tapi harganya kira boleh tahan lah jugak...

Yang buat saya tak boleh tahan tu, boleh dia letak harga barang tu tak sampai 1USD. Tapi kos penghantaran dia memang mahal la berbanding harga barang; USD6.99 lak. Tapi tak cukup untuk meredakan jiwa saya sebab masih jugak jauh lebih murah berbanding dengan harga pasaran tempatan.

Satu jer yang diragukan, iaitu kualiti barang tersebut. Memandangkan ia bukan makanan ataupun pakaian, atau permainan kanak2, saya tekad nak cuba jugak. Apa2 yang terjadi, kira harga sebuah pengalaman.. (nak pujuk hati)..

Saya tengok reputasi penjual 99++%, kira boleh tahan lah jugak. Jadi, saya pun buat bidaan pada saat2 akhir. Memang sah la saya dapat.

Kalau nak dikira, ni bukan kali pertama saya buat transaksi kat e-bay tapi sebelum ni saya buat dengan penjual tempatan. Jadi tak ngeri sangat. Tu pun baru seorang jer... SO far, not bad perkhidmatan dia. Dan saya cuma buat pembayaran selepas pengesahan emel dari penjual berkenaan.

Kali ni, transaksi ebay antarabangsa, memang kali pertama dalam hidup. Memang saspen lah jugak. Godaan harga tu memang saya tak leh tahan sehingga sanggup daftar akaun paypal yang selama ni saya tak yakin nak buat.

Yang buat saya separuh nak tukar fikiran (tapi memang tak leh, sebab dah menang bidaan.. Nanti dapat reputasi buruk kat ebay) ialah kadar kelambatan emel pertanyaan saya dijawab.

Kalau sebelum ni, hantar je mel, terus je penjual tu jawap. Siap hantar sms lagi kawan tu nak confirmkan poskod. Kali ni, saya hantar emel pagi semalam, sampai hari ni tak jawap. Dah lepas tengahari tadi barulah dia jawap. Memang tak seronok betul.

Tapi bila dia dah jawap tu, baru la saya rasa bertambah yakin sedikit ( sedikit jer) untuk buat pembayaran. Saya beli 2 barang, jumlah dia USD11.74 (termasuk penghantaran), lebih kurangRM35.. Tak le cuak sangat nak cuba... Kalau harga biasa, dua barang tu, mahunya 5 atau 6 kali ganda.

Kiranya, pembelian saya ni memang lebih kepada nak cuba perkhidmatan e-bay international. Nak tengok tahap kualiti barangan dia. Tapi, kalau kualiti dia sebanding dengan kualiti barangan yang dibekalkan di kedai online tempatan, amat2 lah bersyukur.. Kiranya orang putih kata, "steal item" lah kiranya... (Istilah ni saya belajar dalam novel Jeffery Archer, entah betul ke tidak cara saya guna nih...)

Tadi saya dah bayar guna paypal... Cuma tinggal terima barangan lah pulak dalam masa 7-15 hari. Hmmm.....

Salam..

Sunday, 6 February 2011

Kek Coklat

Salam 4 RabiulAwwal 1432 Hijrah...

Kemaskini perkembangan terkini... Sekarang saya sedang menyiapkan projek baju melayu suami untuk perarakan MaulidurRasul 15 Feb nih... Kiranya baru 40 % siap... Cuti 4 hari, pun tak leh nak siapkan... Alhamdulillah saya dah potong kain awal2 dan ironkan mana2 yang patut.. Jadi, bila nak jahit, tak lah leceh sangat...

Semalam, kami sekeluarga sibuk membantu Fatihah siapkan projek Bahasa Inggerisnya... Projeknya ialah membuat model rumah dari kotak kasut... Mula2 saya yang tolong, tapi tak jalan... Bila suami saya menjenguk perkembangan projek yang dah jadi projek "sakit" tu, dia mula singsing lengan.

Lokasi pun berpindah dari bilik kraf saya ke bilik tidur utama. Saya malas nak campur... Saya ambik peluang main game cari2 barang kat pc antik kat bilik kraf... Cuma anak2 yang keluar masuk mintak kertas, gam, gunting, pisau dan entah hapa2 lagi....

Bila saya masuk bilik nak solat Asar, saya tengok bilik dah macam tongkang pecah... Tapi.. Boleh tahan jugak model rumah yang separuh jalan tu. Lepas solat saya join sekali jadi tukang bubuh double side tape. Suami saya pulak dah naik syeikh... Macam2 pulak idea dia... Mentang2 lah semua bahan2 dah ada.. :) Sekarang baru dia tahu faedahnya saya beli benda2 "merapu" kraf tu... (boleh lah saya eksen sikit.. :)

Lepas solat Maghrib Fatihah dah dapat idea baru pulak... Dia potong kotak kecik2 untuk buat set sofa. Lepas tu dapat lak idea nak buat lampu chandeliar... Saya teringat dengan manik2 yang saya kumpul satu waktu dulu waktu saya kemaruk kraf manik... Hehe... ada jugak gunanya ye... Mula2 saya ingat nak guna benang untuk gantungkan... Bila godek2 dalam bekas, terjumpa lak dawai kraf...

Mentol kat kepala saya pun mengerlip.... Dawai lebih mudah untuk dibentuk berbanding benang... TAda.... (takde gambar pun.. :).. Untuk bilik tidur saya gunakan sebiji manik tudung yang bujur berwarna putih. Manik tu orang selalu bubuh kat belakang tudung jadi sauh...

Untuk ruang tamu lak, kami pilih manik2 bulat warna peach...4 biji manik setiap satunya diikat dengan dawai dijalin jadi candeliar... Kat dapur lak, sebab dah malas, saya ambik je jalinan manik2 kecil halus yang masih terikat kat benang dan selotep je kat bumbung...

Setakat malam tadi dah kira 90% siap. Bilik tidur dia pun dah ada sebuah katil dan lampu tidur... Manik le... saya cucuk je manik tu kat kayu pencungkil gigi dan gam kat lantai. Pagi tadi Fatihah kata dia nak buat dapur lak... Saya nak tengok macamana dia nak buat... :)

Okay... Apa kaitan kek coklat dengan entri saya ni?

Sebenarnya saya ada terjumpa satu entri mengenai kek coklat yang nampak macam ringkas je bahan2 dia... Jadi, saya nak pautkan kat sini, supaya saya boleh rujuk balik bila ada masa nak buat nanti... Sapa2 kawan2 yang nak cuba nanti, boleh la kongsi kat blog yek... :)

Salam...